Kempen “Sertai Skim Bantuan Gaza” – Aman Palestin

aman-palestin

Bandar Baru Bangi – Prihatin dengan peristiwa yang sedang berlaku di dalam Palestin terutamanya tragedi yang sedang menimpa Semenanjung Gaza dan kesinambungan terhadap kempen-kempen yang dilancarkan ke atas Gaza, Aman Palestin dengan ini melancarkan kempen baru dengan nama Kempen “Sertai Skim Bantuan Gaza”.

Aman Palestin memohon kepada Allah swt yang Maha Berkuasa supaya usaha ini akan diberkati dan dilipatgandakan dan ramai pihak akan turut serta menghulurkan tangan memberikan bantuan kepada rakyat Palestin yang dikepung tetapi masih tetap bertahan dan bersabar.

Aman Palestin menyeru semua institusi, organisasi, badan-badan kebajikan, syarikat-syarikat dan individu yang demawan agar membantu rakyat Palestin. Kempen ini ingin mengumandangkan bahawa:-

- Gaza masih lagi merintih dan merayu di bawah himpitan kepungan.. segala rumah dan penempatan telah dimusnahkan, anak-anak dan wanita menjadi pelarian.. keperluan hospital semakin mendesak dan bertindih-tindih… tenaga eletrik diputuskan… kadar pengangguran semakin meningkat secara drastik.. keperluan makanan semakin berkurangan, sukar untuk didapati dan harganya melambung tinggi.

- Ubat-ubatan telah pun kehabisan, sumber-sumber tenaga diberhentikan… kehidupan terbantut… pesakit-pesakit yang cedera dan sakit sudah dijemput kematian… kanak-kanak menderita kelaparan …. Gaza masih lagi MERINTIH dan MERAYU…

Dengan ini Aman Palestin melancarkan kempen “Sertai Skim Bantuan Gaza” untuk keluarga Palestin yang berada dalam kepungan. Skim ini meliputi bantuan segera untuk keperluan asasi (makanan, kesihatan dan keperluan-keperluan hidup yang wajib). Skim ini menawarkan kupon RM 250 seorang. Kempen ini mensasarkan 20 ribu keluarga yang hidup di bawah paras kemiskinan.

Buat masa ini Aman Palestin sedang berusaha untuk menghantar konvoi bantuan ke Palestin. Ayuh !!! segarakan bantuan, sertailah skim ini. Skim yang akan memberikan saham keuntungan kepada kita di akhirat nanti.

Hulurkan sumbangan Anda ke akaun .

Dana dan Sumbangan : BIMB 12029010047880 , MayBank 562263010787 

Dana Pengurusan : Muamalat 12070005133717

Pastikan sumbangan ANDA disalur kepada agensi yang mempunyai kapasiti dan kemampun untuk menyampaikan bantuan tersebut terus kepada umat Islam Palestin.

SHAHRUL PESHAWAR

 

About these ads

2 Comments

Filed under Bencana Manusia, Humanitarian

2 responses to “Kempen “Sertai Skim Bantuan Gaza” – Aman Palestin

  1. Admiralancia

    knp tak hantar tentera or mujahidin je pergi perang menghapuskan israel laknattullah tu dr hantar ubat buang masa je.

    • shahrulpeshawar

      Saudaraku, menghantar tentera atau mujahidin bagi menghadapi Israel memerlukan kesatuan ummat yang kukuh dan mantap, yang mana kita belum bersedia kearah itu lagi. Namun, menghantar ubat mampu membantu meringankan beban luka kesakitan, kecederaan dan memulihkan mereka secara fizikal untuk kembali meneruskan kehidupan yang bersisa. Apapun saudaraku – ALlah tidak menilai seseorang melalui apa yang disumbang – tetapi ianya dinilai melalui keikhlasan sumbangan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s