May 2, 2009...1:01 am

Imam Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara dipecat serta merta

Jump to Comments

ustshamsul

DUNIA KEMANUSIAAN mengutuk pengurusan Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara diatas pemecatan serta merta Imam Masjid tersebut Al Fadhil Ust. Shamsul Firdaus Al Hafiz.

Ust. Shamsul telah bertugas di masjid tersebut sejak 10 tahun yang lalu.  Pemecatan secara tergopoh gapah ini jelas menunjukkan elemen tidak profesional, biadap dan tidak berperi-kemanusiaan.  Ust. Shamsul seharusnya diberikan notis dalam tempoh waktu yang berpatutan dan bukannya serta merta, ini bukan kilang, ini masjid.

Pengurusan Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara harus segera membuat kenyataan berhubung tindakan ini.  Sekiranya tidak ada sebarang kenyataan dibuat, nyatalah bahawa pengurusan Masjid ini tidak lebih dari terompah-terompah kayu yang menjadi alat dan perkakas kepada penguasa dan pentadbir agama yang zalim.

Shahrul Peshawar

Leave a Reply