Monthly Archives: October 2009

Drop Charges against Oleg Orlov

2009_Russia_OlegOrlov.jpg

Oleg Orlov.

(Moscow) – Russian authorities should immediately drop criminal libel charges against Oleg Orlov, the prominent activist who heads Memorial Human Rights Center, Human Rights Watch said today. The charges stem from Orlov’s statement that Ramzan Kadyrov, the president of Chechnya, was responsible for the murder of Natalia Estemirova, Memorial’s leading researcher in Chechnya.

“Criminal penalties for libel are disproportionate and have a chilling effect on free expression in Russia,” said Allison Gill, Moscow director for Human Rights Watch. “Kadyrov has already had his day in court over this issue.”

The decision to bring a criminal case was made public on October 27, 2009. If convicted, Orlov faces up to three years in prison.

Kadyrov brought civil defamation charges against Orlov and Memorial, suing for 10 million rubles in damages (approximately US$300,000). On October 6, 2009, a Moscow court ruled that Orlov’s statement defamed Kadyrov and ordered Orlov and Memorial to pay a total of 70,000 rubles (approximately US$2,400) and publish a retraction that the statement “does not correspond to reality.”

Orlov and Memorial have appealed that ruling and have stated their intention to appeal to the European Court of Human Rights if necessary. The European Court has previously ruled, in Kazakov v. Russia, that “to make someone retract his or her own opinion by acknowledging his or her own wrongness is a doubtful form of redress and does not appear to be ‘necessary.'”

Human Rights Watch said that the current case against Orlov highlights the need to bring Russia’s laws in line with its international obligations to protect freedom of expression. Russia and Azerbaijan remain the only two Council of Europe member states to make libel a criminal offense.

In determining whether Orlov’s statements were libelous, the court will need to take into account the standards applicable under Russia’s human rights obligations, especially the need to protect freedom of expression, Human Rights Watch said. The threshold for criticism of a public official is much higher than for a private individual, Human Rights Watch noted.

“Freedom to criticize officials, even accuse them of wrongdoing, is important to fostering public debate and to holding officials accountable,” Gill said. “The threat of criminal sanction to restrict speech strikes at the very essence of what it means to be a free society.”

Estemirova was abducted outside her home in Grozny, the capital of Chechnya, on July 15 and was found shot dead in the neighboring republic of Ingushetia later the same day.

The nature of Estemirova’s investigations into official abuses, the circumstances of her murder, and  the  pattern of threats against her, Memorial, and investigative journalists and human rights defenders in Chechnya all point to possible official involvement in or acquiescence to her murder.

Human Rights Watch warned that the Russian authorities should not allow the suit to distract from their responsibility to investigate Estemirova’s killing thoroughly and impartially and to identify and prosecute those responsible.

Human rights groups have documented serious human rights violations committed by law enforcement and security personnel under Kadyrov’s de facto control. These violations, committed in a counterinsurgency campaign, include illegal detention, torture, extrajudicial executions, and home-burnings of individuals they accuse of being involved in or supportive of the insurgency. Those who document and publicize these crimes have faced violence, threats, and harassment.

Estemirova’s murder was followed three weeks later by the killings of Zarema Sadulayeva and her husband, Alik Dzhabrailov, civic activists who worked for Save the Generation, a charity that provides humanitarian assistance to war victims. Sadulayeva and Dzhabrailov were abducted from their Grozny office by law enforcement personnel on August 10 and found shot the next day. In the months since Estemirova’s murder, several Memorial staff who work on Chechnya have faced threats and intimidation.

The announcement of the criminal charges comes just days before the European Union and Russia will hold their bi-annual human rights consultations. Human Rights Watch urged the European Union to seize the opportunity of the talks, scheduled for November 5 and 6 in Stockholm, to press Russia to protect human rights defenders and to seek a commitment from Russia to bring its libel laws in line with its international obligations to protect free expression.

The European Union and the United States should further urge the Russian government to demonstrate its commitment to openness and accountability by securing immediate and unfettered access to Russia, including to the North Caucasus, for international monitors who have long sought such access. These include the Council of Europe Parliamentary Assembly rapporteur on legal remedies for human rights violations in the North Caucasus, and UN special rapporteurs on torture, extrajudicial executions, and human rights defenders.

“If anything, the charges against Orlov should remind Russia’s partners of the urgent need to protect human rights defenders in Russia,” Gill said. “The EU should seize the chance to press Russia for an effective, credible, and transparent investigation into Estemirova’s murder.

1 Comment

Filed under Human Rights

Demokrasi dirogol oleh Zambry dan Ganesan di Perak

Demokrasi mati ditangan Zambry dan Ganesan

Apa sudah jadi dengan demokrasi?  Demokrasi telah dirogol di khalayak ramai dan dibantu oleh anggota Polis… itulah kesimpulannya.  Mana dia penyelamat demokrasi?  Mana dia pejuang keadilan dan rakyat prihatin?

Apa makna Satu Malaysia?  Satu Malaysia hanyalah untuk UMNO dan BN serta sekutunya dan orang yang menyokong mereka… bukan untuk Pakatan Rakyat dan rakyat terbanyak.  Demokrasi tiada dalam satu Malaysia… yang ada hanya satu rejim yang ganas, zalim, menindas dan jahil.

Mari kita tengok kemana rejim haram Zambry nie nak pergi dan sejauh mana dia boleh pergi.

Shahrul Peshawar

Kenyataan Media YB Drs Khalil Idham Lim

Alhamdulillah perjuangan kami ADUN Pakatan rakyat mempertahankan madat rasa dan gelombang rakyat yang mahukan DUN Perak dibubarkan pada anggapan saya berjaya setelah kami mampu berdepan dengan tekanan yang kuat dari pasukan keselamatan sehingga terlewat namun kami akhirnya dapat juga berada dalam dewan .

Tahniah kepada kehebatan “panglima” Pakatan Rakyat Perak DS. Muhammad Nizar Jamaluddin yang saya anggap berjaya mengepalai semua ADUN PR bagi menghadapi tekanan yang sangat dasyat dari pihak polis semasa pergelutan kami dengan pasukan polis dalam usaha mereka untuk merampas songkok dan jubah Speaker Sivakumar.

Pagi ini terasa suatu kepuasan dan itulah yang saya anggap dirasakan oleh semua rakan ADUN Pakatan rakyat kerana telah berjaya konsisten dengan prinsip pada landasan yang kami yakin benar belandaskan undang-undang , namun badan terasa sakit dek pergelutan dan tolak menolak dengan “sayap kanan UMNO” itu.

Kerana itu saya ingin mengeluarkan beberapa kenyataan media :-

1. Saya menafi dengan sekeras-kerasnya dakwaan MB Kudeta Perak yang mengatakan kononnya kehadiran ADUN Pakatan Rakyat dalam sidang kelmarin sebagai satu pengiktirafan kami kepada Speaker haram Ganesan.

Suka saya maklumkan bahawa hujah dan bukti dokumen yang lengkap telah kami kemukakan kepada rakan media samada disiar atau tidak disiarkan mengenai kedudukan Ganesan yang tidak sah dan ia melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri perak diluar dewan .

Sekali lagi perkara tersebut dikemukan oleh kami dalam dewan walaupun pembesar suara diganggu saya beranggapan suara ADUN Buntong yang ditugaskan mengemukan hujjah tersebut sangat jelas untuk didengari oleh Ganesan, ADUN BN dan semua yang berada di dalam dewan.

2. Saya mencabar supaya rakaman hujjah yang dikemukan oleh ADUN Buntong mengenai haramnya Ganesan yang dibuat oleh petugas Bahagian Teknologi Makmumat disiarkan kepada umum khususnya rakyat Perak, termasuklah untuk menginsafkan Zambry dan semua ADUN BN bahawa mereka sebenarnya sedang memperkudakan Ganesan untuk mencapai hasrat jahatnya bagi membentag bajet 2009 yang saya anggap tidak sah.

3. Tindakan pengendalian sidang oleh seorang yang bernama Ganesan sesungguhnya memalukan sistem demokrasi dan dewan negeri Perak yang kita muliakan. Sidang 28 Okt menyaksikan satu sidang meluluskan bajet haram oleh sebuah kerajaan haram dan dikendalikan oleh seorang speaker haram.

4. Kehadiran semua ADUN pakatan Rakyat adalah atas surat yang dikeluarkan oleh Speaker Perak yang sah V. Sivakumar. Usaha Zambry memutar belit fakta dengan mengatakan kami hadir kerana mengiktiraf Ganesan adalah tindakan memperbodohkan dirinya sendiri. Tidakkah beliau sendiri menyaksikan selama sidang berlangsung dan seluruh tetamu menyaksikan serta dilaporkan oleh semua media bahawa kami tetap konsisten bersidang dan menghormati jawatan Speaker yang sah iaitu V. Sivakumar dan kami beredar meninggalkan dewan setelah sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah V.Sivakumar selesai dan ditangguhkan.

Sebaliknya kami langsung tidak menghormati Ganesan walaupun ianya dianggap sangat penting oleh BN dengan dikawal ketat oleh puluhan orang upahan.

5. Sehubungan dengan itu tidak ada istilah kami memboikot atau memulau sidang yang dikendalikan oleh Ganesan, malah saya anggap sebagai kebudak-budakan kerana dengan status Ganesan yang tidak sah sebagai speaker apakah alasan sehingga itu boleh dikatakan sidang yang sah, siapakah yang masih waras fikirannya akan mengatakan bahawa itu adalah sidang. Lebih tepat boleh saya katakan lakonan dan sandiwara untuk menyampaikan hasrat jahat BN bagi meluluskan bajet bagi meneruskan kerajaan kudeta di Perak.

6. Saya membantah tindakan kekerasan yang dilakukan terhadap ADUN Pakatan Rakyat. Jika alasan untuk menanggalkan jubah speaker seperti kononnya Sivakumar mengingkari arahan notis menyerahkannya kepada polis, kenapakan dengan cara yang tidak bertamadun seperti itu. Tidakkah negara kita masih mempunyai proses dan prosuder undang-undang untuk mendapatkan barang yang kononya dicuri.Itupun Sivakumar tidak pernah mencuri dan dia mempertahankan hak atas nama jawatan Speaker yang telah dilantik dengan sah dan jawatannya masih kekal sehingga kehari ini.

Tindakan menyekik, menekan perut sehingga mengancam nyawa Sivakumar serta menanggalkan dengan paksa jubah Speaker Sivakumar adalah tindakan tidak bertamaddun dan saya yakin diarahkan oleh BN yang sudah sekian lama tidak menghormati undang-undang yang mereka sendiri cipta.

Bukankah tindakan BN itulah dipanggil mencuri ?

7. Halangan yang berulangkali sehingga semua ADUN terpaksa melewati 5 sekatan adalah suatu titik hitam dan sejarah yang menyebabkan demokrasi di Perak telahpun hampir mati. Kebeaasan rakyat dan ADUN yang dipilih dengan sah disekat jelas dengan arahan pihak BN kepada pihak polis dengan bertindak diluar batas undang-undang yang sedia ada.

BN semacam merancang supaya kami tidak boleh samapai ke dalam Dewan, kalau itu bukan tujuannya saya mempersoalkan kenapakan kami diperiksa sedemikian rupa.

8. Saya juga membantah tindakan polis melarang dibawa kami membawa masuk perakam video, kamera dan komputer riba adalah tindakan yang melampau dan menyalahi undang-undang.Dalam keadaan perak ingin dimajukan IT nya bagaimana sehingga ada ADUN yang dilarang membawa komputer.Selain itu saya membantah tindakan menghalang saya membawa masuk kamera. Yang jelas apabila saya meminta dari mana arahannya seorang pegawai polis cuma berani meminta dari jauh menunjukkan dari jauh tanpa berani menyerahkan kepada kami dan terus disembunyikan dibalik punggungnya.

9. Saya ingin mempersoalkan, jika sekiranya tidak ada ratusan pihak polis membantu BN untuk mennegedalikan sidang haram kelmarin, beranikah BN bersidang. Tidakkan selama ini sidang sangat aman dan tenteram dan tidak ada seorangpun polis yang berada di dalam Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Kerana itu jelaslah pengunaan kuasa polis dalam rentetan sidang DUN perak termasuklah kelmarin membuktikan BN adalah penakut dan bacul dan saya mencabar kalau BN benar-benar ada hujjah dia kerajaan yang sah, speakernya sah, segera kendalikan sidang tanpa campurtangan pihak polis atau pihak lain yang diperkudakan.

9. Kerana itu saya menyeru supaya krisis ini diselesaikan dengan cara yang paling tepat iaitu segerakan bubarkan DUN Perak. berilah laluan kepada rakyat untuk kembali memilih.

Tindakan BN yang ingin menegakkan benang basah dan memperkudakan pihak keselamatan dan badan kehakiman tidak akan menyelesaikan kemelut ini.

Sekian.

KENYATAAN MEDIA/29 OKT 2009

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi PRBBC Perak/
Ketua penerangan PAS Perak.

Kenyataan nie aku sedut dari Sharpshooter (Din Binjai)… dia tak bagi pun… aku sedut gak…

1 Comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya

MRA hulur bantuan makanan kepada mangsa gempa Sumba

Pihak MRA telah menghulurkan lebih dari 600 pek barang-barang asas makanan seperti beras, gula, minyak masak dan lain-lain kepada mangsa gempa di sekitar Pariaman, daerah yang paling teruk dilanda oleh gempa bumi. Team bantuan perubatan MRA yang dianggotai oleh Dr Hyzan, Dr Dahlia, Dr Suryasmi dan empat orang staff nurse serta dibantu oleh rakan-rakan tempatan telah menyampaikan sendiri bantuan tersebut dan menyampaikan salam simpati rakyat Malaysia kepada semua mangsa yang ditemui. Setiap penerima bantuan melahirkan rasa terharu yang amat sangat diatas ingatan dan doa dari rakyat Malaysia dan mereka mengucapkan kesyukuran dan terimakasih diatas bantuan yang diberikan.

Dari hasil pemerhatian team disana, mangsa gempa masih belum boleh bekerja kerana seringnya berlaku gempa susulan (aftershocks) yang membuatkan mereka sentiasa bimbang dengan keselamatan ahli keluarga mereka. Disamping itu mereka perlu menguruskan hal-ehwal keluarga mentelahan lagi kediaman mereka telah ranap dan tidak boleh dihuni. Justeru, MRA menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyalurkan bantuan kewangan untuk membolehkan pihak MRA membeli bahan makanan asas untuk membantu mangsa gempa yang amat-amat memerlukan.

a a
a a
a a
a a
a a
a a
a a

2 Comments

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya, Humanitarian, sukarelawan

MRA hulur bantuan perubatan waktu malam


Sunday, 11 October 2009 11:55
Ma Jo, panggilan mesra kami kepada salah seorang staf di Puskesmas Pedusunan Kampung Tengah, telah memaklumkan bahawa kampung beliau, Kampung Malintang yang terletak sejauh 30 km dari Pariaman amat memerlukan pemeriksaan kesihatan kerana masih belum ada bantuan kesihatan yang sampai.

Setelah berbincang dengan rakan-rakan, kami pun terus membuat persiapan dan bertolak kekampung beliau jam 7:00 malam selepas klinik di Puskesmas Pedusunan tamat jam 6:30 petang. Kami sampai kira-kira jam 8:00 malam dan para penduduk telah pun menunggu kedatangan kami. Dengan berbekalkan cahaya lampu dari generator, kami terus beroperasi melayan pesakit seorang demi seorang sehingga kami kehabisan bekalan ubat yang dibawa.

Jumlah pesakit yang dirawat ialah seramai 83 orang dan kami berjanji akan datang keesokan hari untuk merawat mereka yang masih belum mendapat rawatan. Kami bertolak pulang jam 10 malam dan sampai di tempat penginapan dengan selamat jam 11 malam.

Staff Nurse Zai, Gee dan Wan sedang sibuk menguruskan ubat-ubatan untuk para mangsa gempaKlinik sedang berjalan diterangi cahaya lampu
Dr SuDr Dahlia
Dr DahliaDr Dahlia
Dr SuDr Su
Klinik sedang berjalan diterangi cahaya lampuDr Su
Staff nurse zarina dibantu oleh pegawai perubatan daerah menberikan ubat-ubatanTeam mra bersedia untuk menjalankan klinik bergerak pada waktu malam

Leave a comment

Filed under Bencana Alam, Human Rights, Humanitarian, IDP

Khairil pejuang kesukarelawanan tulen

hands for gaza 10

Bro. Khairil Anuar Khalid yang ditengah-tengah tu…

Oleh Rohaniza Idris

Sanggup lepaskan gaji besar, seru golongan muda, profesional sertai bantuan kemanusiaan

PERNAHKAH anda terfikir menjadi sukarelawan sepenuh masa yang berkhidmat untuk menyelamat dan memberikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana serta mempertaruhkan nyawa di zon perang.

Pastinya, dalam 10 orang yang ditanya sukar untuk mencari seorang pun yang memberi jawapan sanggup menjadi sukarelawan atau pekerja bantuan kemanusiaan.

Namun, berbeza dengan Khairil Annuar Khalid, 48, yang sanggup melepaskan jawatan dan gaji besar yang diperoleh daripada syarikat multinasional Hewlett Packard pada 1980-an hanya semata-mata kerana mahu menjadi sukarelawan sepenuh masa.

Malah, beliau yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang sukarelawan dan bantuan kemanusiaan bertekad untuk terus membantu masyarakat dunia yang memerlukan bantuan akibat peperangan dan bencana alam.

“Ketika menyatakan hasrat mahu berhenti kerana mahu menjadi sukarelawan, saya dibidas ketua di tempat bekerja dan dia menyatakan saya tidak akan mampu menyelamatkan dunia. Saya menjawab yang saya tahu tidak akan dapat menyelamatkan dunia tetapi sekurang-kurangnya saya berusaha menyelamatkan dunia,” katanya ditemui di kediaman yang dibelinya hasil titik peluh bekerja sebagai sukarelawan dengan pelbagai pertubuhan bantuan kemanusiaan antarabangsa dan tempatan.

Beliau yang agak emosional setiap kali menceritakan pengalamannya, berkata sering kali ada pandangan salah mengenai pekerjaan sebagai sukarelawan dan ramai yang menyatakan pekerjaan itu tiada masa depan.

“Sebenarnya itu hanya mitos saja kerana bekerja sebagai sukarelawan atau pekerja bantuan kemanusiaan adalah profesyen yang baik dan berpotensi. Perlu difahami bahawa sukarelawan bukan semuanya tidak dibayar atau diberikan gaji.

“Jika anda menyertai mana-mana pertubuhan bantuan kemanusiaan, anda akan dibayar bergantung kepada kepakaran dan tugas yang anda lakukan. Nama saja sukarelawan, namun anda masih dibayar tetapi bukannya gaji yang menjadi asas tugas anda, sebaliknya lebih kepada tugas menyelamat dan memberi bantuan,” katanya mengakui berkhidmat sebagai pekerja bantuan kemanusiaan bukannya jawatan yang popular seperti profesyen lain.

Beliau menceritakan mula menyertai organisasi bantuan kemanusiaan antarabangsa sepenuh masa pada 1988 dan dihantar ke Kemboja bagi misi menyelamat di kawasan peperangan di negara berkenaan.

“Ketika itu saya berusia 27 tahun dan belum berkahwin. Selama satu setengah tahun, saya berahsia dengan keluarga dan mereka tidak mengesyaki apa-apa kerana setiap bulan atau dua bulan sekali akan kembali ke tanah air.

“Rahsia terpaksa dibocorkan apabila saya mendapat tawaran berkhidmat di Amerika Tengah membantu pelarian perang di El-Salvador. Keluarga terkejut dan menentang, namun berkat doa dan kesungguhan yang saya tunjukkan, ibu bapa menerima dengan baik pekerjaan saya ini…Alhamdulillah,” katanya yang bertemu jodoh dengan Dr Norhasimah Hashim ketika berkhidmat di Bosnia Herzegovina.

Norhasimah juga aktif dalam kerja sukarelawan dan bersama-sama beliau berkhidmat di Sarajevo dan Kosovo ketika membantu mangsa konflik peperangan di Balkan itu. Malah, anak sulung beliau Muhammad Khairil Asyraf turut dibawa menyertai misi bantuan ketika berusia empat bulan dan membesar di Sarajevo sehingga lima tahun.

Khairil Annuar berkata, minat yang mendalam timbul sejak di bangku sekolah lagi, namun tidak banyak maklumat mengenai bidang berkenaan.

Namun, hobi membaca membuka matanya mengenai kerja sukarelawan yang pada ketika itu tidak begitu diketahui di negara ini.

“Saya memohon menjadi sukarelawan dengan sebuah pertubuhan bantuan kemanusiaan antarabangsa dan diterima dengan latihan pertama dilakukan bersama sukarelawan yang lebih kanan di Kemboja,” katanya.

Bercerita lanjut, selepas El Salvador, beliau pernah berkhidmat di Asia Tengah ketika konflik di Chechnya dan beberapa negara lain di bawah Kesatuan Soviet seperti Uzbekistan, Turkmenistan, Azerbaijan dan Tajikistan.

“Saya berkhidmat di Asia Tengah selama satu setengah tahun dan kemudian menyertai misi menyelamat dan memberi bantuan untuk mangsa perang ketika peperangan di Balkan. Saya berkhidmat di Sarajevo, Bosnia, Kosovo dan Montenegro selama enam tahun dan menyaksikan peperangan berlangsung sehingga tamat,” katanya yang turut serta dalam pertubuhan kemanusiaan antarabangsa membantu kerajaan membuka Kedutaan di Sarajevo, Bosnia-Herzegovina.

Ketika di Bosnia, Khairil Annuar yang ketika itu masih berkhidmat dengan pertubuhan kemanusiaan antarabangsa turut membantu pasukan kemanusiaan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang menjadi pertubuhan kemanusiaan pertama dari Malaysia ke wilayah perang berkenaan.

Selepas menyedari Abim memerlukan khidmat sukarelawan yang berpengalaman dengan pertubuhan kemanusiaan antarabangsa, beliau mengambil keputusan pulang ke Malaysia dan menyertai pertubuhan Malaysia Relief Agency (MRA).

Keputusan pulang ke tanah air juga dibuat selepas mengambil kira pertambahan ahli keluarga, selain faktor usia dan sejak itu beliau juga mengambil keputusan berkhidmat di kawasan konflik untuk tempoh yang singkat, selain banyak menumpukan kerja menyelamat dan bantuan kemanusiaan pada peringkat tempatan.

Beliau menjelaskan penyertaan golongan profesional bukan setakat pasukan bantuan perubatan dan rawatan saja, sebaliknya mereka yang bertugas sebagai peguam, jurutera, arkitek dan kaunselor juga diperlukan kerana kepakaran mereka sangat berharga.

Beliau menjelaskan sukarelawan atau pekerja bantuan kemanusiaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu yang berbayar dan tidak berbayar.

Golongan berbayar bererti mereka bertugas sepenuh masa dengan pertubuhan kemanusiaan, manakala yang tidak berbayar ialah sukarelawan separuh masa yang hanya dibayar elaun makan, tiket penerbangan dan kemudahan penginapan ketika bertugas.

Khairil Annuar merayu golongan muda dan profesional di negara ini membabitkan diri dalam bidang sukarelawan dan bantuan kemanusiaan kerana mereka mempunyai kepakaran yang sangat diperlukan di kawasan berkenaan.

“Dalam misi bantuan kemanusiaan dan menyelamat, tugasnya ialah memberi bantuan dan menyelamat, jika sukarelawan tiada ilmu pengetahuan, lemah dan kurang bijak, bagaimana mereka mahu membantu orang yang dalam kesusahan,” katanya yang mendedahkan kepada anaknya mengenai kerja sukarelawan seawal usia kanak-kanak lagi.

PROFIL: Khairil Annuar Khalid
Umur: 48 tahun
Asal: Penaga, Pulau Pinang
Pendidikan: ITM, Perlis
Profesyen: Sukarelawan Sepenuh Masa, Pengarah Bantuan Kecemasan, MRA
Isteri: Norhashimah Hashim, 40.
Profesyen: Doktor
Anak: Muhammad Khairil Asyraf, 12, Noor Athirah, 8, dan Muhammad Khairil Akram, 5.

disedut dari Berita Harian

4 Comments

Filed under Humanitarian, Inilah dunia, Kenyataan Media, sukarelawan

Selamat Mengundi N31-Bagan Pinang. Tolak pemimpin rasuah!

DSCN4192

Leave a comment

Filed under 1, Bencana Manusia, Di Minda Saya

Kenyataan Media Insaf Malaysia – 9hb Oktober 2009

2 Doktor Perubatan, Dr Alvin Tan dan Dr Koh Lee Min serta seorang ‘Logistiction’, sdr Ling Ing Hook dari MISI 1- INSAF Malaysia telah berlepas ke PADANG dengan pesawat Air-Asia jam 5 petang tadi dan membawa bersama bekalan ubat-ubatan yang dipesan ‘TEAM’ RAT dari Kota Pariaman.

Mereka akan berada di sana selama seminggu dan akan mengambil alih tanggungjawab ‘TEAM’ RAT yang diketuai Dr Ahmad Abd Wahid yang telah pun berkhidmat selama seminggu di PARIAMAN. Manakala MISI 2 -INSAF Malaysia pula akan bersiap dari sekarang dan dijangka bertolak pada hari Rabu depan dengan bekalan ubat-ubatan, selimut dan makanan bayi yang akan dibeli dari Medan.
Walaubagaimana pun jumlah bekalan Misi Kemanusiaan ini bergantung penuh kepada hasil sumbangan daripada orang ramai.
Sedikit latarbelakang ‘TEAM’ ini ialah Dr Alvin Tan adalah seorang doktor perubatan yang berpengalaman yang telah berkhidmat misi-misi kemanusiaan di Pakistan, Aceh, Sichuan dan Gangsu di China. Sementara Dr Koh adalah doktor prediatic Hospital Selayang dan Sdr Ling dari Perak akan membantu dalam penyediaan bekalan air dan tandas.
SEKRETARIAT MEDIA
INSAF Humanitarian Relief Malaysia
International Social Welfare,Rescue & Humanitarian Relief, Malaysia
9-1, Jalan Setiawangsa 9,
Taman Setiawangsa,
54200 Kuala Lumpur
Tel: 03- 4251 9444 Fax: 03-4252 3813

Leave a comment

Filed under Belasungkawa, Bencana Alam