cinta di langit gaza & memoir tragedi memali

Aku membeli dua buah naskah buku yang diterbitkan oleh Jundi Resources.  Buku pertama – Cinta di langit Gaza – tulisan Ust. Riduan Mohamad Nor, buku yang mengisahkan perjalanan beliau berserta suka duka yang dilalui sepanjang melaksanakan misi bantuan kemanusiaan di berbagai buah tempat, antaranya – Lebanon, Acheh, Kashmir, Kemboja, Pakistan dan Bangladesh.  Juga dikongsi anekdot perjalanan beliau di merata pelusuk dunia.  Aku cuba juga untuk menulis pengalaman aku, tapi sering dihambat dengan lelah dan kesuntukan masa.  Mungkin aku yang tidak pandai mengurus masa…

Buku kedua pula, ditulis oleh Ust. Riduan Mohamad Nor berserta C.N Afghani, buku ini bertajuk duka – Memoir Tragedi Memali.  Aku tahu kisah Memali ini, dan aku ingat ketika itu aku masih di tingkatan satu.  Seperti rakyat yang lain, aku juga ditipu dan disuap dengan maklumat haram lagi palsu… hinggalah aku dapat menjejak letak berita yang sebenar.  Buku ini menjadi panduan untuk aku mengetahui kisah sebenar yang terjadi sebelum ianya menjadi sejarah songsang sepertimana perjuangan menuntut kemerdekaan ditulis.

Shahrul Peshawar, Kota Bharu

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Gaza, Humanitarian, IDP, Inilah dunia, Palestine, Refugee, sukarelawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s