Bagaimana Mencari Dana?

Malam 28hb Januari yang lalu, saya sempat menghadiri sesi Brown Bag Yayasan Salam di Petaling Jaya. Turut hadir sama beberapa teman dari MRA – Kak Fauziah (Pengurus MRA) dan Nina (Sukarelawan MRA) dan wakil dari KAMY (Kumpulan Aktivis Muda Yayasan Pembangunan Ummah) – Haslina dan Nadia, datang untuk menimba ilmu. Selainnya adalah orang-orang Salam saya rasa. Saya sebenarnya dalam misi perjalanan ke Ipoh kerana keesokan pagi, kami mempunyai program pembuatan EM di sebuah sekolah di Bagan Serai dalam rangka misi MRA untuk menyemarakkan kempen hijau kami – Memasyarakatkan Pertanian Organik.

Yayasan Salam mempunyai ramai tenaga sukarelawan, apatah lagi mereka juga sudah lama dan ternama serta mempunyai sokongan organisasi yang mantap dan sistematik.

Program malam ini dimulai dengan sesi Tengku Azila, bekas pengurus dana MERCY. Beliau memberikan maklumat yang cukup berguna, secara teratur dengan slide-slide yang begitu berguna untuk seorang fund raiser. Ini merupakan kali kedua saya bertemu beliau, kali pertama saya bertemu beliau dalam satu kursus fundraising di PJ. Beliau menekankan keperluan untuk mendapatkan Tax Exemption bagi memudahkan penderma korporat memberikan sumbangan.

Pembentang seterusnya ialah Dr. Bubble, Sdr. Iskandar Syah Ismail, orang kuat Islamic Relief Malaysia suatu masa dahulu. Beliau berkongsi pengalaman dalam aktiviti pengumpulan dana. Beliau menyatakan bahawa strategi untuk kelihatan lain daripada yang lain (unik) turut membantu dalam pengumpulan dana – berbuat apa yang tidak dibuat oleh orang lain. Beliau juga lebih suka berdamping dengan sesuatu institusi yang sedang meningkat naik kerana potensi untuk berkerjasama yang lebih luas. Beliau turut menggesa agar setiap organisasi mempunyai laman web atau setidaknya sebuah blog bagi berkongsi dengan orangramai (bakal penderma) tentang apa yang mereka lakukan.

Antara yang turut dikongsi malam ini ialah sedikit tips bagi menghasilkan surat pengenalan yang bertenaga dan berpotensi untuk menarik penderma. Surat tersebut menurut beliau harus dimulakan dengan mendoakan penerima surat itu, bukannya membodek tetapi mendoakan. Kemudian pemilihan ayat berikutnya harus ditulis dengan halus dan berhati-hati. Beliau memberikan contoh, penggunaan ayat yang salah boleh membawa makna yang terus menyimpang seperti perkataan mohon dan sila. Mohon dilihat lebih mesra dan lebih mulia berbanding sila yang dilihat terlalu regimental (skema) dan berbaur elemen pengarahan (instruction), penerima surat boleh sahaja memberikan penafsiran yang berbagai termasuk yang negatif jika ayat yang dipetik adalah kurang tepat.

Majlis ini tamat sekitar jam 10.45 malam, namun kami masih lagi berlegar-legar untuk berbual-bual dengan peserta lain termasuk penceramah. Kami kemudiannya dibekalkan dengan mee hoon goreng, sebiji epal dan sekotak air minuman. Tapi kami terpaksa berpatah balik ke Kampung Baru kerana banner MRA tertinggal di pejabat, Iskandar telah ingatkan pastikan dalam setiap gambar mesti ada logo organisasi, maka kami terus saja praktikkan ilmu yang diperolehi sebentar tadi.

Shahrul Peshawar

3 Comments

Filed under Di Minda Saya, sukarelawan

3 responses to “Bagaimana Mencari Dana?

  1. faz

    Assalamualaikum..bagaimanakah sy ingin mengetahui lebih lanjut cara-cara untuk mencari dana???

  2. assalamualaikum….bagaimana caranya hendak mencari dana??? boleh emailkan saya di jijothyung@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s