Shahrul Peshawar adalah nama pena yang digunakan sepanjang keterlibatan saya dalam Misi Keamanan Sejagat di Asia Selatan – Pakistan-Afghanistan-Kashmir-Iran. Nampak melekat pula nama tu jadi teruslah saya pakai sehingga kini.
Saya memperjuangkan keadilan bersama dan keamanan sejagat untuk semua bersesuaian dengan konsep Rahmatul Alamin – Membawa Rahmat ke seluruh Alam dan bersedia untuk mempertahankan perjuangan ini dengan seluruh jiwa dan raga.







17 Comments
June 25, 2008 at 10:34 pm
saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada saudara kerana tabah dan tekad dalam memperjuangkan konsep keamanan sejagat. sekarang ini sudah tidak ramai orang seperti saudara dalam usaha yang sebegini. teruskan usaha dan luaskan idealism saudara kepada dunia blog di malaysia ini.
http://opendebate.wordpress.com.
June 26, 2008 at 4:30 pm
terima kasih sdr. ash037 – saya dah lawat opendebate – menarik – ada banyak perkara yang saya nak belajar dari sdr. terutamanya mengenai dunia mahasiswa kini dan cara nak “up”kan lagi widget di blog. Boleh dapatkan emel tak?
June 27, 2008 at 2:08 am
salam perkenalan saudara.
saya berterima kasih kerana sudi melawat open debate..
sedia membantu setakat termampu…
bantuan yang pertama ialah saya akan menyenaraikan blog saydara di open debate..
saya juga berharap saudara boleh berkongsi maklumat tentang isu semasa dengan saya…
memandangkan OPEN DEBATE ialah medium bersuara untuk semua orang…saya juga ingin menjemput saudara sebagai penulis tamu di OPEN DEBATE..bentangkan apa sahaja isu..
terutamaya isu kemanusiaan yang saudara perjuangkan ini….
kedatangan saudara amat dialu-alukan…
July 19, 2008 at 4:55 am
Salam Ukhuwah. Tahniah untuk segala-galanya. Tolong tuntut royalti/reward/remuneration/residual income pada Allah Rabbul Jalil. Terima kasih.
July 22, 2008 at 12:14 am
Terima kasih dr halimah, selalu gak baca cerita dr. di akhbar, kalau ada sebarang bantuan yang diperlukan saya sedia membantu…
October 22, 2008 at 1:22 pm
Salam ziarah, belum sempat bertegur sapa walaupun sekali sekala terserempak di Gelugor.
Apa pun salam perkenalan.
October 22, 2008 at 8:56 pm
Sdr. Abuhasif, tak perasan lah pulak, dimana kita pernah terserempak ye? jom makan di line clear – saya belanja…
December 1, 2008 at 2:10 pm
saudara pun kena ghout tak pe a gifted tradition from allah bersabar dan berhati-hati ketika makan
January 14, 2009 at 12:01 am
Lewat pula jawab. Ghout nie dah semacam warisan kepada keluarga saya, ayah pun ada ghout gak. Jadi ianya pun turun kat saya
February 20, 2009 at 10:56 pm
Saya mendoakan saudara terus berada dalam landasan kebenaran tanpa berpihak kepada mana-mana yang batil. Doakanlah kebenaran dan keadilan yang sama kepada saya dan yang lain-lain.
February 22, 2009 at 10:24 am
Sdra. Azfarhan
Biarlah kita berbeza pendapat tetapi tetap mesra. Saya doakan tuan didalam kebenaran dan keadilan, dibantu ALlah setiap masa dan ketika.
March 9, 2009 at 10:40 am
salam ukhuwah islamiah..
semoga sentiasa dipermudahkan urusan dunia dn akhirat..
salam perjuangan…
March 10, 2009 at 9:37 am
Terima kasih sdr. Izyan
Dunia ini hanyalah salah satu perhentian, bukan destinasi. Sesiapa yang menganggap dunia nie sebagai destinasi kita perlu berikan CPR secepat mungkin… semoga saudara juga sukses di dunia dan senang hati di akhirat.
August 13, 2009 at 6:25 pm
salam ukhwah. kenal lagi ngan nama ni tak?
August 14, 2009 at 2:38 pm
salam ukhwah,
saya norzahrah mustajap. bekas pelajar uitm tahun 94-98. dah lama tak dgr khabar. kebetulan tergerak nak melayari blog ni. tahniah saudara. masih ingat saya?
August 16, 2009 at 10:01 am
Salam Ukhwah kembali
Saya kenal nama nie. Cuma muka je tak berape ingat. Ada dimana sekarang?
Shahrul
October 25, 2009 at 11:48 am
Saya amat berterima kasih kepada sdr dan team MRA yang baru saja pulang dari Padang / Pariaman. Banyak bantuan yang diterima oleh saudara kita yang menderita akibat gempa bumi di sana. Saya amat terharu kerana ada yang sudi menghulurkan bantuan. Kebanyakkan mereka sangat memerlukan tempat untuk berteduh yang sehingga kini tinggal di tenda-tenda darurat. Saya ingin tahu adakah pihak MRA sekarang ini melihat kepada bantuan dari segi memberi masyarakat di sana bantuan untuk membina rumah ala kadarnya. Bagaimana pihak MRA mendapat tahu lokasi yang akan dibantu. Bagaimana caranya saya boleh mengusulkan lokasinya kepada pihak Sdr.