EZAM MASUK UMNO

Ada sahabat lama tanya kenapa Ezam pilih untuk masuk UMNO?  Saya diam, tak ada jawapan.  Lagipun saya dah lama gak mufarakah dengan parti KeADILan nie.

Dah ramai kawan tanya, carilah jugak beritanya – jangan tak tahu langsung – Lihat pula dalam kenyataan akhbar tempatan – katanya ada 6 orang tokoh pemuda akan menyertainya – Nak gak tahu siapa mereka nie – Apakah sumbangan mereka nie pada gerakan Reformasi – bukan lepas Mac 8 2008 tapi pada hari pemecatan DSAI – 2 September 1998 sehinggalah tertubuhnya ADIL dan KeADILan.

Suratkhabar menyatakan mereka yang turut serta ialah Sdr. Anuar Shaari, Sdr. Azwandin Hamzah, Sdr. SD Johari, Sdr. Hamdan Taha, Sdr. Mohd Nazmi Rosli, Sdr. Khairul Annuar Ramli, Sdr. Ahmad Daud Che Ghani dan Sdr. Abd. Ghani Haroon.

Ada yang saya kenal dan ada juga yang saya kurang kenal.  Sdr. Anuar Shaari memang saya kenal – lemah lembut, ex PTD.  Sdr. Azwandin pula – kami pernah berlaga angin dalam KeADILan Wilayah – Sdr. Ghani pula kali terakhir saya jumpa di Palace of Justice – saat menunggu keputusan perbicaraan Lina Joy.  Hamdan Taha – biasalah otai lama pemuda.  Sd. Johari memang pegawai Ezam – tak terkejut dia ikut boss – malah Setiausaha Pemuda Selangor memang biasa lompat parti – dulu Sdr. Wan Indera Putra – entah apa nasib dia kat UMNO.

Kesimpulan saya senang je, asalkan tak keluar ISLAM sudah, parti politik nie alat je, jangan sebab alat kita dah hancur lebur – matlamat akhir tu yang penting. 

Selamat Berpolitik – pelajaran yang saya belajar ketika dalam parti ialah “Tiada yang kekal dalam parti – matlab: Tiada musuh kekal dan Tiada kawan kekal”  sendiri mau ingat bila bercakap dan bertindak.

Shahrul Peshawar, Kg. Bharu

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s