Minyak Naik

Minyak Naik akan menyebabkan pelbagai barang keperluan lain turut naik. Kesan kenaikan tambang bas, pengangkutan awam seperti teksi dan kapal terbang pastinya tidak dapat dielakkan. Kenaikan dari RM1.92 ke RM2.70 bermaksud peningkatan RM0.78 atau 40% dari harga asal.

Minyak Naik bermakna kos pengangkutan meningkat – dan cara untuk mengurangkan “rasa” (baca sebagai rugi) pastinya pengilang / pengeluar akan meningkatkan harga barangan mereka dibawah klausa kenaikan kos. Kalau dulu kita boleh makan roti canai sekeping lepas isi minyak seliter sekarang ianya tinggal kenangan.

Belum reda kenaikan harga beras dan kehilangan gula, rakyat dibebankan lagi dengan pakej subsidi minyak yang direka menurut tembolok mereka yang berkuasa bukannya dari akal dan nurani. Inilah jadinya bila mandat melalui undi yang diberikan oleh rakyat untuk hidup dibawah kerajaan yang prihatin dan mesra rakyat – yang terkenal dengan tema “Tradisi Membela Rakyat” tidak langsung dipedulikan malah ianya menjadi tuba beracun yang membinasakan rakyat.

Persatuan Pengguna seolah-olah kehilangan bukan lagi taring malah gigi susu pun kelihatan hampir tiada. Kenaikan 78 sen bukan kecil – Kenaikan 78 sen banyak – Kenaikan 78 sen seliter adalah beban kepada keluarga yang ada 5 anak yang bersekolah – Kenaikan 78 sen adalah penganiayaan kepada pesara kerajaan yang menerima pencen kurang dari RM200 sebulan – Kenaikan 78 sen adalah penindasan kepada rakyat yang makan kais pagi dan petang. Kenaikan 78 sen adalah penyamunan kepada harta rakyat. Kenaikan 78 sen adalah terjemahan kepada kerajaan yang menindas dan merompak rakyatnya sendiri.

Persatuan Pengguna menggesa rakyat mengubah cara hidup – satu saranan yang dibuat oleh TPM lama dulu. Rakyat boleh ubah cara hidup – mudah sahaja – ubah pemimpin – berubahlah cara hidup. Jelas pimpinan negara yang ada sekarang tidak pedulikan rakyatnya yang amat terjejas dengan kenaikan minyak ini.

Kita dimomokkan dengan subsidi. Dulu ingatkan Melayu je bangsa subsidi, kini satu bangsa Malaysia juga rupanya bangsa subsidi. Rakyat turut dimomokkan dengan rebet bagi pemilik kereta yang berkapasiti sehingga 2000cc dan trak pikap dan jip berkapasiti 2500cc dengan jumlah RM625 setahun. Manakala bagi pemilik motosikal berkapasti sehingga 150cc pula ianya adalah sebanyak RM150 setahun. Ianya serupa dengan pengistiharan kenaikan gaji kepada kakitangan awam, naik ciput saja tapi kesan kenaikan tu mengakibatkan harga barang melambung sehingga menyusahkan semua orang.

Yang saya pasti rakyat semakin ramai yang menunggu hari – berapa lama lagi agaknya Anwar Ibrahim nak tunggu untuk takeover Federal Government?

Shahrul PeshawarKg. Baru

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s