KERA di hutan disusukan…

Memang aku tengah naik minyak lepas minyak naik.

Belum pun reda kenaikan harga minyak (merah lagi tanah kubur tu…) dah sibuk-sibuk pulak kemungkinan kenaikan harga gula. Tu belum lagi pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam walaupun kualiti perkhidmatannya hampas dan tidak boleh diharapkan.

Ada akhbar hari nie melaporkan peniaga makanan akan mula menaikkan harga makanan mulai minggu depan. Teringat pesan pakcik aku – pak anjang “kalau kau berniaga makanan, naikkan harga-ok-tapi kualiti dengan kuantiti jangan dikurangkan” – ini harga dah tinggi semacam, kualiti lari kuantiti pulak makin berkurang – apa hal?.

Harga gas memasak memang tak naik, tapi kos penghantaran gas memasak pulak yang naik. Dengarnya Koh Tsu Koon mengkritik kenaikan ini sebagai too drastic and too soon – tapi biasalah dalam BN – pagi critic tapi menjelang petang apple polishing. Tak mustahil mee kuning naik sikit lagi, ayam, daging – ikan, telur semua naik. Sayur-sayuran pun naik.

Satu perkara pulak, kata harga petrol kat negara jiran mahal – jadinya sehari sebelum kenaikan – warga asing tak boleh beli petrol dari kita nanti mereka dianggap sebagai penyeludup petrol, jadinya balik negeri dengan tangki kosong je lah gamaknya. Tiba-tiba hari nie, halangan ditarik balik, larangan di buka semula walaupun harga kenaikkan ini masih rendah dari harga yang ada kat negara mereka – baik punya wayang.

Bagi negara cam Thailand dan Singapura, minyak dijual lebih tinggi bukanlah sesuatu yang pelik, sebabnya mereka bukan pengeluar minyak. Benda dah tak de, tapi orang nak pakai – dia terpaksa import dan jual dengan harga mahal – memang masuk akal. Yang tak masuk akal ialah negara cam Malaysia nie, yang untung tahunan syarikat Petroliamnya mencecah billion US Dollar tapi terpaksa jual dengan harga yang mahal kepada rakyatnya sendiri sebab kita terpaksa import petrol dari orang lain. Petrol kita tu kita jual kat sapa lak?

Pendek cerita, sama cam kes Batu Puteh, kepentingan negara dan rakyat dipinggirkan bagi memenuhi kehendak dan tembolok segelintir syarikat dan penguasa. KERA di hutan disusukan – anak sendri MATI kelaparan.

Shahrul Peshawar
Kg Baru

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s