KITA & EURO 2008

,

logo euro

Kejohanan Bolasepak Piala Eropah (EURO 2008 ) datang lagi. 16 pasukan terbaik  dari negara-negara Eropah akan beradu kekuatan, ianya merupakan antara kejohanan bolasepak berprestij di dunia.  

 

Di Malaysia – Land of Hadhari – Kejohanan ini akan dibawa secara langsung oleh TV3 dan TV9.

 

Portugal, Belanda, Itali , Sepanyol dan Perancis adalah antara negara yang ternasuk dalam kejohanan ini.

 

Tidak asing nama-nama negara nie pada kebanyakkan orang Malaysia.  Nama-nama nie adalah nama-nama yang kita semua pelajari dan tekuni ketika berada di sekolah tatkala membicarakan pra kewujudan Tanah Melayu dan Malaysia.  Nama-nama ini kita temui apabila kita membaca perihal Empayar Johor-Riau-Lingga, perihal Kesultanan Melaka, perihal Kesultanan Demak, perihal Kesultanan Pasai.  Malah bagi mereka yang mengkaji Kesultanan Sulu dan Sejarah jatuh bangun Dinasti Ottoman pasti akan menemui hasil tinggalan hampir kesemua 16 pasukan “TERBAIK” ini.

 

Kenapa mesti kita bersungguh-sungguh nak sokong kejohanan ini?  Nak jugak tengok macamanapun, paling teruk satu kali siaran langsung mesti tonton.  Inilah kekuatan penjajahan fikiran – al ghazwatul fiqr. Dengan tema makan bola-mandi bola-minum bola- bangsa kita secara tiba-tiba bertukar menjadi penyokong fanatik sesuatu pasukan (yang mewakili Negara masing-masing) Ada tu sanggup belikan anak jersi team yang disokong – tak kiralah kalau ada apa pun iklan kat jersi tu – iklan arak ke apa ke… dah tak jadi hal.  

 

Kita menyokong pasukan yang bertanding itu dengan bangga dan penuh sedar tanpa sedikit pun rasa bersalah kepada para leluhur yang bermandi darah dan keringat menentang mereka.  

 

“Ala tuan, itu semua kes dulu, dah jadi sejarah – tak payah nak dikenang-kenangkan, lagipun inikan sukan”.  

 

“Kita tengok game nie nak enjoy je, kasi release tension sikit”

 

“Salah ke kalau sokong team penjajah dulu?  Itu datuk nenek diaorang dulu yang jajah – diaorang tak salah”

Kalau lah Raja Ali Haji hidup dan dia melihat bangsa Melayu menyorak dan menyokong Belanda – terguriskah hati pejuang bangsa ini yang jenazahnya dikebumikan di kandang khinzir tatkala tewas mempertahankan watan?

 

Kalaulah Mat Kilau dan Dato Bahaman ada, tidak terguriskah hati mereka melihat bangsa Melayu mengibar bendera bangsa asing?  Kedua tokoh ini terpaksa beruzlah di belantara bagi mempertahankan jiwa dan bangsa merdeka.

 

Kalaulah pejuang-pejuang Melayu Empayar Melaka yang bertempur dalam pertempuran berdarah Ogos 1511 ada, tidakkah terguris hati mereka apabila anak-anak bangsa Melayu gila menyokong Portugal?

 

Tidakkah pilu hati pejuang-pejuang Melayu Kesultanan Sulu yang bermati-matian bertempur dengan Sepanyol bilamana anak bangsa asyik kemaruk mendoakan Sepanyol agar menang?.

 

Tidakkah pilu hati Omar Mokhtar tatkala melihat saudara seagamanya melaung Forza Italia?  Tatkala beliau akhirnya dipenjara, diseksa dan dihantar ke tali gantung –  Keluarganya dihapuskan dan seluruh penyokongnya ditangkap dan diseksa.

 

Tidakkah pilu hati Aslan Mashkadov, Presiden Chechnya yang ke-empat melihat saudara seagamanya memakai jersi Russia – regim pemusnah yang menyumbang kepada kejatuhan Empayar Turkistan dan Ottoman.?  Mayat Aslan Mashkadov sehingga kini belum dapat disempurnakan kerana masih dalam pegangan Russia.

 

Memang tuan akan kata saya kolot, saya anti sosial, saya tidak terbuka, saya extrimis, saya ketinggalan, saya tak maju, terlampau sentimental, tak matang, saya tertutup, hujah saya tak berasas dan bermacam lagi..

 

Fikirkan tuan, fikirkan dengan mata hati yang jelas – kewajaran kita menyokong walaupun dalam acara sukan mereka yang datuk neneknya datang menginjak dan meceroboh kedaulatan dan maruah bangsa kita serta agama kita.  Tidak kah ada sekelumit rasa bersalah kepada leluhur kita?  Tidak kah ada sedikit pun rasa malu pada mereka yang diseksa dan dibunuh oleh penjajah dahulu.  

 

Kalau tuan rela dan tak kisah, saya tak upaya nak ubah.  Tetapi saya tidak – malu sangat saya kepada pejuang-pejuang yang bertempur dengan puak penjajah ini.

 

Tempat jatuh lagi dikenang

Inikan pula tempat bertempur

 

Al Fatihah kepada semua pejuang leluhur yang menyerahkan jiwa dan raga demi memastikan kami cucu cicit kekal diatas landasan yang satu ini.

SHAHRUL PESHAWAR, Kg. Changkat

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s