Go Gurun Go

Ke Gurun lagi.

Gurun mana? Gurun di Kedah lah.  Gurun di Kedah tidak seteruk gurun yang sebenar.  Gurun nie takde pokok kaktus, tidak ada unta berkeliaran, tidak ada ribut pasir, tidak ada pokok kurma tempat berteduh, matahari tidak terik, tidak ada debu-debu halus, tidak ada penjual air yang berlari-lari mendapatkan anda, tidak ada anak-anak yang menjual petrol dalam botol-botol plastik dengan cara menyedutnya ikut mulut dialihkan dengan paip getah kedalam tangki kenderaan.  Tidak kelihatan mamat-mamat berkuda dengan senapang terselempang didada dan pisau belati terselit rapi dipinggang, misai melenting dengan baju yang dikanji keras.  Tidak ada bangunan yang digelar “hotel” tetapi hanya satu tingkat setengah.  Tidak ada itu semua. 

Gurun yang ini adalah dikaki Gunung Jerai yang puncaknya sering diliputi awan putih persis salju di kemuncak Gunung Fuji.  Gurun yang ini hijau dengan pokok-pokok kelapa sawit yang dikemetotkan bagi menjilat hasilnya tanpa perlu mendongak ke langit.  Gurun yang ini sejuk dan nyaman malah ada banyak taman didalamnya.  Gurun yang ini tenang, tidak ada macet, tiada kedengaran nyaring siren, tiada mat rempit walaupun ada kilang buat motor disini.  Gurun yang ini menjana kekayaan bagi negeri Kedah, sumber rezeki anak watan.  Gurun ini tempat pelbagai jenis kilang dan organisasi korporat beroperasi.  Gurun ini nasi lemaknya bukan seringgit tapi masih lagi lima kupang – kuihnya bukan tiga seringgit tapi masih lagi empat seringgit dan puas memakannya. 

Namun persamaan antara Gurun pasir dan Gurun Kedah ini tetap ada.  Keramahan penduduknya menyambut orang luar dengan senyuman dan keceriaan.  Jalan keretapi merentas bandar, sesekali jalan ditutup secara manual, membenarkan keretapi usang yang jauh lebih lama berkhidmat daripada YB yang menang pilihanraya tempohari bergerak dengan gerabak-gerabaknya memberikan satu nostalgia kepada dunia kenderaan darat dan erti kemodenan.  Gurun pasir dan Gurun Kedah – tempat yang sepi selepas 7 malam, tiada kehidupan kepada yang suka berseronok, tiada kegembiraan kepada yang suka berpesta.  Stesen minyaknya sunyi dengan seorang atendan menunggu santai kenderaan yang sudi berhenti.  Ini lah persamaan yang dapat aku rasakan.  Gurun Kedah terkenal dengan ayam KLGnya dan Gurun Pasir ini terkenal dengan “air chai”nya.

Kenangan ketika berada di Gurun Kedah sepanjang tempoh berkhidmat dengan NAZA atas tugasan yang pelbagai – dan kenangan melalui gurun pasir di Balochistan, Pakistan dan Mazar-I-Shariff sewaktu berkhidmat dengan Global Peace Mission Malaysia.

Ke Mazar-I-Shariff dalam Misi Bantuan Kemanusiaan untuk membantu banduan yang dipenjara di bandar Sherbagan.  Manakala perjalanan menempuh Balochistan dalam Misi Bantuan Kemanusiaan bagi membantu mangsa zalzalah (gempa bumi) di Bam, Iran  – masuk ikut pintu Mir Javah – pintu masuk melalui darat dari Pakistan. Tabik hormat kepada sifu yang turut gagah mengharung padang pasir luas walaupun ada “slip disc” – Tuan Haji Mohd Anuar Tahir dan Sdr. Khairil Anuar Khalid – mentor yang melatih aku di Uzbekistan.

Shahrul Peshawar, Kg. Baru

gambar Gunung Jerai (Mount Jerai) 3 – saya pinjam dari http://www.flickr.com/photos/zairi/ milik sdr. Zairi

gambar padang pasir, pakistan – saya pinjam dari http://www.flickr.com/photos/67068445@N00/ milik sdr. Rashid Aziz 1

 

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s