YAYASAN AMAL MALAYSIA dipelawa IDB ke persada antarabangsa

Yayasan Amal Malaysia (Amal) bukan nama asing dalam kerja-kerja kebajikan negara ini an antarabangsa. Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu mula berkhidmat dalam misi bantuan kemanusiaan di lebih 13 buat tempat yang pernah dilanda bencana alam seperti tsunami di Acheh, gempa bumi di Pakistan dan negara yang berlaku peperangan seperti Lubnan. Kini, Yayasan Amal melaksanakan pula misi kemanusiaan tersebut di China dan Myammar. Ikuti wawancara wartawan Harakah, Awang Harun bersama Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Haji Husin Ismail di pejabatnya, di Kuala Terengganu, 5 Jun lalu.

Apakah objektif misi Yayasan Amal Malaysia (Amal) ke China kali ini?

Misi Amal adalah untuk memenuhi tuntutan bantuan program kemanusiaan yang dikira sebagai NGO pertama dari Malaysia ke China untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Wilayah Sinchuan China.

Berapa ramai sukarelawan Amal yang menyertai rombongan bantuan kemanusiaan tersebut?

Dari Malaysia kita (Amal) ada 13 anggota dan dibantu oleh dua orang rakyat Malaysia yang berada di sana (China) iaitu Ustaz Mohamad Ibrahim dan Tan Chin Min yang sedang belajar di China dan menyertai rombongan, sekaligus sebagai pemandu rombongan.

Apakah tugas utama Amal di sana?

pertamanya kita pergi meninjau atau melihat ruang lingkup dan bidang kerja yang mampu kita olah atau kita buat bagi tujuan misi kemanusiaan berikutnya ke China. Kedua, bersama kita juga doktor dan paramedik yang sekaligus memberi khidmat secara langsung kepada mangsa-mangsa gempa bumi.

Ketika berada di kawasan gempa di China. Apakah yang pihak Amal dapat lihat?

Ya, terdapat beberapa perkara barangkali boleh kita ambil fokusnya. Pertama, memang kerajaan China sebuah kerajaan yang ‘super power’ (kuasa besar), kerajaan yang besar dan mempunyai jentera yang besar, mempunyai peralatan yang canggih, mempunyai tentera yang ramai. Jadi operasi yang pertama itu memang sudah dikendalikan oleh petugas-petugas dari pemerintah China dan Palang Merah China.

Namun, bencana itu terlalu besar dan dari satu kawasan ke satu kawasan mengambil waktu yang panjang dengan mengambil masa dua jam atau lebih. Keadaan masa dan suasana yang berlaku masih menuntut bantuan daripada NGO luar negeri. Di China tidak berkembang NGO seperti di negara-negara lain. Sistem komunis itu masih berjalan di sana dan badan-badan NGO tidak banyak berbanding badan-badan kerajaan.

Amal wakil dari Malaysia yang pertama ke China?

Setakat yang kami fahamkan dalam pertemuan dengan wakil kerajaan China, belum ada yang sampai sebelum kami. Dan dalam satu wawancara dalam bahasa Inggeris di radio China pun menyebut ada menerima kunjungan kumpulan perubatan antarabangsa dari pelbagai negara. Tidak menyebut langsung pasal Malaysia dan yang ada disebut adalah ‘medical team’ dari Indonesia.

Sebab itu, semasa kami sampai ke China, kami diberi sambutan yang sangat meriah di lapangan terbang dan hotel. Semasa kepulangan pun kami masih diberi sambutan yang sangat meriah sebagai kumpulan dari Malaysia yang datang untuk membantu masyarakat China kerana dikatakan kumpulan pertama dari Malaysia.

Apakah bentuk bantuan yang dibawa dalam misi bantuan kemanusiaan gempa bumi ke China?

Sebagaimana yang saya sebut tadi iaitu team pertama kita pergi dengan team logistik dan team untuk tinjau ruang-ruang bidang yang akan kita boleh bantu untuk kali ini atau mungkin yang akan datang. Keduanya, medical team. Jadi, misi ini lebih tertumpu kepada medical team. Tetapi suka saya sebutkan bahawa oleh kerana sistem di China itu suatu sistem yang kita tidak pernah lalui sebelumnya, dan untuk masuk ke semua lokasi kita mesti mendapat kelulusan pihak berkuasa China. Kita telah pun mendaftar nama dengan jabatan terbabit di China dan hospital besar di Chengdu, Sinchuan. Lanjutan daripada itu, pertemuan kita dengan beberapa pihak lain lebih khusus dengan Jabatan Kesihatan China di Kwanyuen untuk mendaftarkan senarai ubat-ubatan yang kita gunakan. Palang Merah China juga berpangkalan di Kwanyuen iaitu kawasan bencana.

Sebahagian dari ubat-ubat tersebut kita serahkan kepada pihak Palang Merah dan Jabatan Kesihatan China di kawasan bencana. Tidak banyak lokasi yang dapat kami pergi, kerana satu lokasi ke satu lokasi bencana itu terlalu jauh. Cuma kita tumpu kawasan-kawasan tertentu. Selain itu, kawasan yang kita beroperasi mudah bagi tujuan urusan makan minum kita yang diyakini pasti halal yang dibuat di perkarangan Masjid Besar di Kwanyuen. Di situ, terdapat restoran orang Islam.

Berapa lama rombongan Amal berada di kawasan bencana, sumber dan kos terbabit?

Kita menerima banyak sumbangan dari masyarakat bagi tujuan kemanusiaan misi ke China. Sumbangan paling besar adalah dari kerajaan negeri Selangor yang memperuntukkan RM500,000.00 daripada RM1 juta untuk misi bantuan kemanusiaan di China dan Myammar.

Misi pertama kita ke China itu, kita membawa dan menyerahkan ubat kepada Jabatan Kesihatan di Kwanyuen bernilai RM140,000.00 nilaian ubat yang sebahagian kita beli dan sebahagian lagi sumbangan. Disamping, sebahagian lagi kita sumbang dalam bentuk duit tunai kepada wakilnya untuk membeli barangan-barangan perlu bagi membantu meringankan bebanan mangsa gempa.

Sebelum misi ke China sudah berapa negara Amal melakukan misi bantuan kemanusiaan?

Kita telah melakukan lebih 13 misi bantuan kemanusiaan seperti itu. Jika saya ulang selain dari Bandar Acheh, Melaboh, Jogjakarta, Jawa Timur, di kawasan Gunung Berapi Merapi, di Padang Indonesia, di Sri Langka, di Lubnan, di Iran, di Pakistan, di Kashmir dan yang terakhir sebelum dari gempa ini ialah di Bangladesh.

Di Myammar lambat sikit sampai. Sudah lebih sebulan berurusan untuk mendapatkan visa ke Myammar tetapi junta tentera di Myammar mempunyai polisi yang agak berbeza dan bermula 4 Jun 2008, kita ada satu pasukan dalam 10 orang pergi ke Myammar untuk buat tinjauan dan sekaligus khidmat perubatan ke Myammar.

Kita dimaklumkan, di Myammar sekarang ini sangat kritikal dengan masalah perubatan, tentang kesihatan dan sebagainya. Amal akan memberi tumpuan di Myammar kerana ianya sebuah negara miskin. Sudah tentu khidmat kami diperlukan, InsyaAllah.

Amal sudah ada program berterusan setiap tahun di Kemboja dan Vietnam sejak dua tahun lalu. Program korban dan khidmat bantuan perubatan dilaksanakan di sana dan selepas ini kita akan ke Laos.

Bagaimana harapan tuan tentang Amal?

Di Malaysia kita telah berada di semua negeri dan kita telah tubuh cawangannya di semua negeri. Kita sekarang sedang pergi ke peringkat yang lebih bawah dengan mewujudkan unit-unit di daerah-daerah.

Sebenarnya, peranan kita lebih luas bukan sahaja pada isu bencana sebab kita mempunyai 13 biro Yayasan Amal termasuk Biro Latihan, Biro Kemasyarakatan, Biro Perubatan, Hospital Islam dan sebagainya. Sekarang ini, kita telah mulakan mobil klinik di Selangor. Kita telah membuat persetujuan menubuhkan empat buah klinik tambahan bergerak di Selangor dan juga di Kedah. Kini, beberapa perbincangan dibuat untuk kita melaksanakan program motivasi dan program pembangunan belia. Insya Allah, modulnya telah siap dan kita akan mulakan pada bila-bila masa. Selain program bantuan banjir, kita juga tumpukan program pembangunan wanita, program pendidikan, program khidmat masyarakat dan lain-lain. Di peringkat antarabangsa, kita sudah mendapat perhatian langsung daripada Bank Pembangunan Islam (IDB) yang berpangkalan di Jeddah.

Presiden IDB mempelawa kita menyertai team profesional dalam IDB yang menawarkan khidmat membantu program-program kemanusiaan dalam bentuk program pembangunan semula masyarakat di negeri yang bukan Islam.

Kita ditawarkan di Filipina, China, India, Bangladesh, Nepal dan sebahagian besar negara Afrika dan Amerika Latin. Ini juga merupakan program bagi ?menjual? nama baik Malaysia di mata dunia.– tajdid_

Shahrul Peshawar, Kg. Baru

website Yayasan Amal boleh dilihat di ruangan kanan “Agensi Bantuaan Kemanusiaan Tempatan”

 

Leave a comment

Filed under Bencana Alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s