Syabas UKM – harapnya dapat membantu

Antena UKM kesan gempa

Oleh Maiamalina Mohamed Amin, maiamalina@hmetro.com.my

BANGI: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan memasang satu antena penerima Sistem Kedudukan Global (GPS) di Kutub Utara bagi mengesan tanda-tanda awal gempa bumi.

Naib Canselornya, Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, berkata stesen penerima GPS itu akan dipasang setentang dengan antena penerima GPS Institut Sains Angkasa (Angkasa) yang dipasang pada 2002 di Kutub Selatan.

“Kita sudah pasang (antena) penerima GPS di Kutub Selatan dan akan pasang satu lagi di Kutub Utara dan kedudukan dua penerima ini akan membolehkan kajian ke atas tanda awal gempa bumi serta kesan ribut matahari dibuat,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara UKM dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini, semalam.

MoU itu memperkukuhkan kerjasama UKM menerusi Institut Sains Angkasa (Angkasa) dengan Pusat Wayarles dan Sains Radio (Waras) UTHM bagi meningkatkan penyelidikan angkasa.

Damaged Jeep

 

Usaha sama itu membolehkan UKM dan Waras terus menjalankan penyelidikan bidang terbabit, termasuk kajian ionosphere yang menambah baik pengetahuan berkaitan atmosfera serta hubungan matahari bumi.

Dalam menjayakan penyelidikan itu, kedua-dua pihak saling melengkapi dengan UTHM akan menyalurkan kepakaran mereka, manakala UKM bersedia menerusi rangkaian peralatan moden serta berteknologi tinggi.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai pemasangan antena penerima GPS berkenaan, Dr Sharifah Hapsah berkata, projek membabitkan kos lebih RM200,000 itu akan dibuat akhir Ogos ini, melalui kerjasama UKM, Institut Kajian Polar Kebangsaan Jepun dan Institut Sains Universiti Iceland.

Menurutnya, sejak berlaku tsunami besar pada 2004, banyak pihak berminat dalam kajian gempa bumi dan beliau berharap kajian itu akan menambahbaik kaedah meramal gempa bumi dan tsunami.

Disedut oleh Dunia Kemanusiaan dari: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20080626093257/Article/index_html

Leave a comment

Filed under Bencana Alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s