Isu Selangor: Yahya – Semuanya tidak benar

Bekas Pegawai Khas Menteri Besar Selangor – Sdr. Yahya Sahri menafikan segala tuduhan dan konsipirasi yang dihalakan kepada beliau.  Berpegang kepada prinsip “Berani kerana benar – Takut kerana salah”, Yahya cukup pasti bahawa tiada penyelewengan yang dilakukan, tugasan dilakukan dengan penuh amanah dan tanggungjawab serta ketelusan menjadi intipati bagi setiap tindakannya.  Semoga segala salah faham dan salah tanggapan dapat dirungkai dan diselesaikan secepat mungkin.
 Muda Mohd Noor | Jun 27, 08 7:15pmyahya sahri
Bekas pegawai tugas-tugas khas menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri menjelaskan bahawa akaun kedua untuk memungut derma kepada PKR “tidak wujud”.Beliau turut berkata, tidak ada surat-menyurat daripada pejabat menteri besar yang meminta syarikat korporat menyumbang wang untuk majlis perayaan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu.”Tidak ada akaun kedua yang dibuka untuk tujuan itu, tiada transaksi dan tidak ada pungutan wang,” katanya, yang meletakkan jawatan tersebut dan setiausaha perhubungan PKR negeri, Isnin lalu.

 

 

 

“Kenyataan menteri besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim), Datuk Dr Hassan Ali dan (bekas pemimpin kanan PKR) Ezam (Mohd Nor) tidak benar,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas dakwaan pesuruhjaya PAS itu bahawa partinya tidak diberitahu mengenai pungutan wang daripada syarikat swasta untuk menjayakan majlis sambutan tersebut, 20 Jun lalu.

Kelmarin, Ezam mendakwa pejabat menteri besar Selangor telah membuat surat dan menghantarnya kepada banyak syarikat supaya memasukkan wang ke dalam akaun milik individu.

“Ada syarikat yang beritahu saya mengenai perkara tersebut dan saya akan tunjukkan surat itu,” katanya ketika berceramah di Sungai Besi di ibu negara, Rabu lalu.

 

 

 

 

Yahya berkata, majlis sambutan 100 hari itu diuruskan oleh kerajaan negeri dan bukannya oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, urusan kewangan untuk program tersebut juga tanggungjawab kerajaan negeri.

“Memang pada peringkat awal, Pakatan Rakyat mahu menganjurkan program tersebut tetapi ia dibatalkan dan diberikan kepada kerajaan negeri.

“Apabila ia dianjurkan oleh kerajaan negeri, secara automatik pembabitan parti tidak perlu lagi,” kata Yahya lagi.

Leave a comment

Filed under Inilah dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s