NAJIB PM JUN 2010 – demokrasi dibunuh dalam umno

Meneropong 2010

Meneropong 2010

Akhirnya UMNO menjadi satu organisasi autokratik juga.  Bilamana demokrasi tersungkur tidak bangun-bangun.  Protes dalaman semakin lemah.  Protes luaran tiada kesan.  Demokrasi telah dibunuh dalam umno.   

Menambat tarikh Jun 2010 bagi menabalkan Najib sebagai Perdana Menteri adalah pengkhianatan kepada negara tercinta –  Meletak Najib sebagai Presiden UMNO kelak adalah sebagai pelengkap kepada kejatuhan UMNO – itu pasti.

Bagaimana mungkin seorang yang wibawanya di pertikai – gagal mengendalikan urusan jual beli secara telus, terlibat dengan pelbagai skandal yang dibuktikan melalui pengakuan bersumpah dan juga yang tidak bersumpah.  Mempertaruhkan keselamatan negara dengan melantik pihak ketiga menguruskan pembelian kelengkapan perang negara ini boleh diLIHAT sebagai potensi terbaik negara ini untuk memimpin negara?  Apakah PAK LAH memilih Najib kerana memang beliau bersedia untuk melepaskan jawatan atau sekadar nak melenyapkan kata-kata nista dan sindiran sinis dari bekas PM. Dr. M.

Ahli-ahli umno akan kelak menerima sahaja segala keputusan dengan akur dan sebarang bantahan akan dilihat sebagai anti umno dan dilabel sebagai pengikut anwar.  Ahli umno telah dinafikan hak untuk menentukan siapa yang layak memimpin mereka.  Kalau dizaman Dr. M dulu tiada siapa boleh cabar Presiden – diperkenalkan dasar undi akar umbi kini di zaman Pak Lah, lebih celaru bilamana presiden seterusnya telah ditentukan seolah-olah parti tersebut milik beliau seorang… takpelah tu umno – yang jantannya semakin kurang… tapi jawatan PM pun nak diserahkan kepada Najib – Halooo Brader respeklah sikit orang lain – ramai lagi yang lebih baik dari Najib…

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under 1, Inilah dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s