Pelajar atau Mahasiswakah yang berDEMO?

Ibrahim Abu Shah nampaknya dah kemaruk nak tunjuk pada Pak Lah bahawa dia masih boleh diharap tatkala big boss yang lain-lain sedang sibuk mengemas pejabat dan meng”shred” dokumen-dokumen dari pejabat masing-masing.

Nasib sdr. Herman dan Zaki Yamani masih tidak terbela sehingga kini disebabkan demo dan kesediaan mereka menentang kerajaan yang zalim tidak lama dahulu, tetapi kini abang Berahim sendiri yang merestui demo ini, dan para pelajar UITM yang segelintir ini – tanpa akal – ikut berdemo.  Cuba tengok dalam kampus UITM sendiri – ada berapa ramai pelajar dari Timur Tengah yang sedang belajar – dulu ada pelajar dari Uzbekistan dan entah celah mana penjuru dunia pun ada belajar – apa masalahnya dengan cadangan YAB Menteri Besar Selangor? 

Untuk menjadi seorang mahasiswa – seseorang itu harus berfikir dan bertindak sebagai seorang mahasiswa – kalu tidak – kekal ajelah di level “pelajar”…

Shahrul Peshawar aka SENTOUL

 

Pelik, mahasiswa UiTM berani keluar berdemo bantah cadangan Khalid

Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Aug 13, 08 | 1:59:25 pm MYT
Amat jarang sekali kita mendengar mahasiwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) keluar beramai-ramai untuk berdemonstrasi bagi menyatakan bantahan terhadap sesuatu pihak samada kerajaan mahupun pihak lain.

Namun peristiwa semalam (Selasa 12 Ogos) amat menarik untuk diperhalusi dimana lebih 5000 mahasiswa UiTM berdemonstrasi di hadapan Bangunan Setuausaha Kerajaan Selangor (SUK) bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka 10 peratus kuota kemasukan UiTM kepada bukan bumiputera.

Sebelum ini umum mendengar laporan bahawa pernah beberapa orang mahasiswa universiti berkenaan diambil tindakan berikutan menyertai himpunan aman anjuran persatuan-persatuan mahasiswa.

Sebagai contoh, seorang mahasiswa UiTM Shah Alam, Herman Sanuddin pernah ditahan polis dalam himpunan aman di hadapan Masjid Negara pada tahun 2000 bagi membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalamdan Negeri (ISA).

Berikutan itu, Herman digantung pengajiannya hingga kini meskipun ketika digantung, pelajar terbabit belum pun dibuktikan bersalah di mahkamah atas dakwaan menyertai perhimpunan aman.

Ketika itu UiTM ditadbir oleh Naib Canselornya yang cukup popular, Ibrahim Abu Shah yang juga dikenali sebagai penyokong Umno.

 

Malang sekali, kali ini dengan bukti yang kukuh, dengan gambar yang cukup jelas, 5000 mahasiswa yang berhimpun di hadapan SUK semalam tidak pun diambil tindakan oleh universiti yang ditadbir Ibrahim Abu Shah.

Jauh sekali kata-kata amaran dikeluarkan UiTM kepada pelajarnya untuk menghalang dari menyertai himpunan aman tersebut.

Cukup terbuka dan cukup bebas nampaknya Ibrahim Abu Shah kali ini, membiarkan mahasiswa UiTM berdemonstrasi sedangkan sebelum ini beliau begitu anti kepada kelompok yang berdemonstrasi.

Apakah yang tersirat di sebalik keterbukaan Ibrahim Abu Shah kali ini atau sebenarnya ada pihak yang ‘menyalakan api’ supaya mahasiswa-mahasiswa ini berdemontrasi tanpa memikirkan siapa dibelakang tabir peristiwa bersejarah ini.

Umum mengetahui, sejarah-sejarah penglibatan mahasiswa dalam himpunan-himpunan aman banyak berkisarkan kepada gerakan yang dibawa daripada beberapa universiti terkemuka antaranya Universiti Malaya (UM); Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sekitar tahun 1998 hingga 2001, ramai pelajar dari UM, UKM dan UIAM ditahan kerana menyertai dan menganjurkan himpunan aman membantah dasar-dasar kerajaan ketika itu.

Namun, jarang sekali kita mendengar kelompok pelajar UiTM menyertai himpunan aman, dan jika ada sekalipun hanyalah menjadi peserta dan bukan penganjur.

Amat pelik sekali isu yang dibantah berdasarkan kepada cadangan yang dikemukankan oleh Khalid yang hanya semata-mata cadangan tanpa boleh mengganggu dasar sedia ada UiTM yang ditetapkan oleh kerajaan pusat.

Khalid sendiri tidak ada kuasa kerana beliau hanyalah Menteri Besar dan bukannya Menteri Pengajian Tinggi yang ada kuasa ke atas UiTM.

Atas dasar itulah, ramai tertanya mengapa kerajaan Selangor yang menjadi tumpuan mahasiswa UiTM berhimpun di hadapan SUK membantah cadangan Khalid sedangkan MB Selangor itu tiada kuasa dalam menentukan dasar universiti berkenaan.

Mulalah akhbar arus perdana melaporkan kenyataan-kenyataan yang mengecam Khalid kononnya MB Selangor itu tidak memperjuangkan hak orang Melayu dengan cadangan ini, sedangkan beberapa tahun lalu cadangan yang sama pernah dikemukankan oleh kerajaan Umno-BN sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Apakah Umno ketika itu ‘prihatin’ kepada orang Melayu/bumiputera dengan cadangan itu?

Mungkin ramai yang tidak menyokong cadangan Khalid, namun amat pelik sekali apabila isu ini sengaja diperbesarkan dalam media sedangkan cadangan Khalid tidak akan menjadi barah kepada kerajaan pusat untuk mengubah dasar UiTM.

Dalam hal ini boleh dianggap bahawa himpunan yang dibuat seperti ‘seorang doktor yang merawat pesakitnya yang demam, namun ubat yang diberikan ialah ubat kencing manis’.

Siapa di belakang pelajar ini mungkin persoalan ini boleh dilontarkan kepada Ibrahim Abu Shah sendiri yang hingga kini tidak membuat sebarang kenyataan berhubung tindakan pelajar berhimpun.

Mungkin himpunan sebegini nilainya diharuskan oleh Ibrahim atau Umno-BN merelakan himpunan sebegini kononnya demi kepentingan menjaga kepentingan Melayu.

Satu persoalan yang perlu dijawab mahasiswa yang terbabit dengan himpunan, sejak bilakah Umno-BN menjadi benteng kepada hak dan kepentingan Melayu hingga gula-gula sedemikian termakan oleh mereka?_

6 Comments

Filed under Di Minda Saya

6 responses to “Pelajar atau Mahasiswakah yang berDEMO?

  1. suriatni

    takkan sokong bangsa sendiri di abaikan kot..wah..ini penting diri sendiri..bayangkan kalu 10 percent of 200000 tu berapa…kalau benda tu jadi kat diri sendiri apa rasa..kalu tak awak anak cucu awak tu nak lempar mana?kalu nak biarkan tempat tu kat orang non bumi..fikirla sikit..jangan asyik nak berpolitik sampai anak cucu sendiri nak gadai..aku kalu dapat datuk cmni..memang malu…xnak aku ngaku darah aku…

  2. shahrulpeshawar

    Siapa pentingkan diri sendiri? RIDA & ITM memang ditubuhkan untuk bangsa melayu cik suriatni sayang, tapi UITM bukan lagi untuk melayu tetapi untuk politikus melayu – pengambilan pelajar tidak pernah diimbangkan dengan keperluan pasaran kerja – akibatnya student uitm menggangur dan tersepit. Kenapa ketika matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris tiada demo dari pelajar uitm? Kenapa tidak Melayu ketika itu? Kenapa mesti Melayu sekarang? Mahasiswa harus bangkit dan melihat realiti dunia masakini – saya percaya dan tetap percaya – student UiTM akan lebih kreatif dan berjaya dan juga lebih berani jika tiada campurtangan umno dan pengkhianat bangsa yang menghambat. Celik dan bangkit adik suriatni ku…

  3. donna

    Hanya org Bodo je yang akan cakap bende tu mcm kamu cakap. Kerajaan skg tak zalim seperti apa yang anda cakap. Tak sama dengan demo yang ada pada dulu. Skg punya demo lebih kepada kata2 khalid yang ego nak mampus, sanggup untuk berkata UITM perlu meningkatkan taraf dengan menambah pelajar cina. HANYA ORG BODOH JE CAKAP MCM TU. Tak pernah fikir tentang ayat yang ingin dikeluarkan. Ikut cakap Hati je. Mana Nak maju negeri. Fikir Negeri sendiri dulu. semua manifesto blom lagi terlaksanan. Da fikir camne nak ubah UITM. Mana tak marahnya bila pertikaikan UITM dan juga org MELAYU. Hanya org yang sanggup mengkhianati KEISTIMEWAAN org melayu saja sanggup berkata begitu iaitu PKR dan PAS pula sanggup berkompromi dalam hal ini dan sanggup menjadi tali barut semata-mata itulah harapan mereka dalam membentuk negara ISLAM kononnya negara skg tidak ISLAMIC.PAdahal skg ni saja jelas terlihat bahawa mereka hanya dianggap sebagai MUFTI yang hanya terlibat jika bab2 agama sahaja yang berlaku.
    Wahai Org MELAYU. Bangkitlah. Perjuangan PKR bukan Sahaja mengkikis Keistimewaan dan mempertikaikan org Melayu, malah akan MEMBUNUH sendiri ORG MELAYU di tanah bumi SENDIRI. Ini lah POLITIK PEMBANGKANG. sanggup MEMPERGADAIKAN PERPADUAN dan KEHARMONIAN antara KAUM setelah NENEK MOYANG kita perjuangkan dulu MUSNAH begitu sahaja.

  4. shahrulpeshawar

    awak puteri umno cawangan mana? sedarlah, bangsa melayu bukan bangsa kecil yang perlu dimomok-momok. bangsa melayu adalah satu bangsa besar – bangsa pedagang – bangsa pelaut – bangsa perantau – kita sedia bersaing – kita sedia bertarung – kita tidak pernah takut untuk bersaing. Tengok diri awak sendiri – seronok dan percaya dengan cakap umno bahawa uitm hanya untuk orang melayu – buka mata – celikkan hati tu..
    bila masuk kerja nanti – suasananya adalah semua penuh persaingan – yang menang adalah mereka yang cemerlang walaupun dia bukan melayu… ada faham? pergi belajar lagi dengan Berahim Abo. Satu lagi, tak payah kaitkan dengan PKR dan PAS, takde kena mengena. Tulah saya kata kualiti budak UITM sekarang dah hancur – pembangkang di Selangor ialah umno – donna..donna.. cerdiklah sikit kalaupun tak dapat cerdik banyak…

  5. abdrahim

    Ini bangsat punya Melayu (kalau engkau Melayu) .Tak sedar diri.

    Negara dah diambang nak jatuh kepada bukan Melayu pun masih tak sedar diri.

  6. bapaktiri belah atok

    Betol2 anak babi punya shahrulbabi…….lu punya mulut memang celaka la…….bacol plak tuh…tuh…tuh….ko taknak masuk uitm ko pergi mampos lah……ramai lagi anak2 melayu yang bapak dia susah tu nak masuk kat uitm…..kalo dah 10 % ilang pasni,anak melayu yg result cukup makan nak beli borang pon dah tak boleh macam mrsm…..ko ni ketrunan babi maner la agaknya…..sibuk nak jd pejuang………………..kalo pejuang bangsa takper ni pejuang celaka…….semoga ko cepat lah mampos….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s