SAJA NAK BUAT KECOH PASAL UiTM.

Dilampirkan bersama nie emel yang saya terima, untuk

Betul kata Prof. Koo Kay Kim.  Sebelum 8 Mac 2008 tak kecoh pun pasal 10 peratus kemasukan kuota bukan Melayu ke pusat pengajian tinggi khasnya di bawah kelolaan MARA.  Sebaliknya isu ini sengaja digembar-gemburkan apabila telah wujudnya Pakatan Rakyat yang menjadi saingan kepada UMNO/BN yang sudahpun memerintah 5 Kerajaan Negeri dan cadangan itu pula keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat.

 

Padahal isu menetapkan kuota 10 peratus untuk pelajar bukan bumiputera ke Pusat Pengajian Tinggi sudahpun diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2002 yang pada ketika itu PM nya ialah Dr. Mahathir Mohamad.  Pada ketika itu tak ada sebarang bantahan daripada pimpinan UMNO sebaliknya seorang demi seorang menyokong keputusan tersebut dengan pelbagai alasan.

Bukankah MRSM itu merupakan maktab yang akan membekalkan pelajar untuk ke UiTM.  Kalaulah kuota 10 peratus sudah diperuntukkan di MRSM ke mana pula perginya pelajar bukan bumiputera nak melanjutkan pelajaran kalau bukannya di UiTM?

Tanya soalan ini kepada TV3, TNC UiTM dan pemimpin UMNO yang buat komen tentang isu ini.  Paling saya panas hati bila Ketua Puteri UMNO mengatakan bahawa Tan Sri Khalid “kurang ajar” dengan mimik muka yang memualkan.  Kalau saya ada kat situ tak tahulah apa akan jadi.  Celupar sangat.

Lihatlah arkib Utusan Malaysia atas tajuk “Pelajar Bukan Bumiputera” bertarikh seperti berikut:

1/6/2002-       Matrikulasi bolehkan pelajar Melayu bersaing kaum lain – PM

2/6/2002-       Kuota 10% munasabah – Ansara

6/6/2002-       Kuota 10% muktamad – Aziz — Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum

6/6/2002-       Sahut cabaran dengan proaktif

8/6/2002-       Kuota 10 peratus – Cabaran bumiputera bekerja keras

15/11/2002-MRSM – Kuota 10 peratus perlu publisiti lebih meluas

21/8/2003-MRSM – Bilangan pelajar bukan Melayu semakin kurang

2/9/2003-       Pelajar bukan Melayu elak kejutan

12/9/2004-MRSM: Bumiputera isi jika bukan bumiputera tolak

19/1/2004-Bukan bumiputera – Di lima MRSM

(Kalau selepas ini Utusan Malaysia padam arkib tersebut hubungi saya untuk dapatkan soft copy)
 

Pinochet Robert

14.08.2008

Leave a comment

Filed under Inilah dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s