Kempen Seorang Sekampit Beras


Taman Saga, Ampang (29 Ogos 2008),Kempen Seorang Sekampit Beras telah berjalan selama 2 tahun setiap kali menjelangnya Ramadhan. Pada tahun ini, kempen penyerahan bahan mentah dimulakan dengan penyerahan oleh penduduk Taman Saga.Pada Jumaat yang lalu, seramai enam orang staf ABIM telah mengadakan pertemuan bersama penduduk Taman Saga Ampang di Dewan Masyarakat Taman Saga pada jam 8.00 malam. Pertemuan yang dianjurkan oleh seramai lebih kurang 30 orang penduduk Taman Saga yang kebanyakannya wanita ini bertujuan menjemput pihak ABIM memeriahkan majlis Tahlil dan doa selamat sempena Ramadhan dan seterusnya menyerahkan beberapa kampit beras dan bahan-bahan mentah sumbangan penduduk-penduduk Taman Saga.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil diketuai oleh Puan Rokiah. Seterusnya jamuan makan dan sesi ramah mesra diantara staf dan penduduk. Akhir sekali, sesi penyerahan bahan-bahan mentah sumbangan penduduk Taman kepada pihak ABIM. Bahan-bahan mentah tersebut terdiri daripada beras, kicap, susu pekat, minyak masak, gula dan tepung gandum. Selain bahan mentah, pihak ABIM juga menerima sumbangan dalam bentuk wang sebanyak RM 385. Melalui Biro Pembangunan Sosial, ABIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk Taman Saga yang telah menyumbang tenaga dalam menjayakan pertemuan ini. Diharap kerjasama dan hubungan yang terjalin ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Leave a comment

Filed under Humanitarian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s