Raja Petra Kamaruddin kena tahan ISA

Raja Petra Kamaruddin kena tahan ISA

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Fazallah Pit, Norakmah Mat Youb, Ifwan Tun Tuah dan Rudy Syareme Sheriffudin
bhnews@bharian.com.my


DARI kiri, Raja Petra Kamaruddin, Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng

Penahanan mereka kerana bangkitkan isu perkauman

KUALA LUMPUR: Dua hari selepas memberi amaran akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pihak yang membangkitkan isu sensitif dan perkauman, kerajaan semalam melancarkan gerakan dengan menahan tiga individu.

Mereka yang ditahan ialah penulis blog, Raja Petra Kamaruddin; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang dihubungi lewat malam tadi mengesahkan penahanan ketiga-tiga mereka dibuat mengikut Seksyen 73 (1) ISA 1960 yang membolehkan mereka ditahan sehingga 60 hari.

Raja Petra, 58, ditahan sepasukan 10 anggota polis Bukit Aman diketuai Asisten Komisioner Md Yusof Che Me di rumahnya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini, kira-kira jam 1.10 petang.

Tan, 33, ditahan di rumahnya di Alma, Bukit Mertajam kira-kira jam 8.30 malam, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, manakala Teresa Kok yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, ditahan di sini jam 11.20 malam tadi.

KOMEN SAYA senang sahaja… Inilah Malaysia – yang mencetuskan huru hara terlepas – yang cuba untuk menyelesaikan jadi mangsa – Sayfool bising – Anwar kena – Najib buat hal – RPK kena – Ahmad Jelutong buat hal – reporter kena – Dasar politik minda kelas dunia ketiga.

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s