Dato’ Baha Zain Menulis: Jenazah Samad Ismail Sepatutnya Disemadikan di Makam Pahlawan

ALLAHYARHAM SAMAD ISMAIL
TAFSIR TOKOH ATAS SEJARAH

Kenapa dia tidak disemadikan di Makam Pahlawan? Kerana hari ini apa yang dikenal sebagai sejarah itu, sudah tidak penting lagi. Yang bersakti adalah politik dan ekonomi semasa. Politik itu adalah Pahlawan, dan Ekonomi itu Raja. Apakah juga bangsa kita telah menjadi orang yang tak pandai berbudi dan mengenang budi?

Saudara Ahmad Azam, sewaktu memberi tanggapan terhadap pemaparan saya dalam blog saya tentang A.Samad Ismail, berpandangan jenazah patriot ini sewajarnya disemadikan di Makam Pahlawan. Memang itulah juga yang kami bincangkan sewaktu berbuka puasa semalam dengan beberapa orang.

Dia patut diberikan pengebumian rasmi oleh negara mengingat bukan main banyak jasanya berjuang sejak 1940, selepas baru saja meninggalkan bangku sekolah pada umur 16 tahun.

Pada zaman penjajahan Inggeris, dua kali dia dicampakkan dalam penjara. Selepas Tun Razak meninggal, lagi sekali pada tahun 1976 dia dipaksa merengkok dalam tahanan selama empat tahun lebih.

Jadi bayangkan dia sepatutnya diberikan sebaik layanan dan kemudahan untuk berfikir dan berkarya mengungkapkan segala macam pengalaman media, politik dan kebudayaan bagi cermin dan contoh tentang apa maknya pergelutan memperjuangkan keadilan rakyat serta kemerdekaan bangsa, dia sebaliknya pada zaman kemerdekaan itu dijadikan alasan besar untuk kepentingan perebutan politik faksi tertentu.

Dia menulis sejumlah cerpen dan esei sastera dan sebelas buah novel yang sebahagian besar temanya adalah menyuarakan perjuangan yang sangat pro rakyat.

Dia menjadi pemikir bagi gerakan-gerakan budaya dan intelektual di Singapura pada zaman pra merdeka, dan di Kuala Lumpur pada zaman awal merdeka. Dia telah memperkukuh tradisi dan institusi persuratkhabaran kebangsaan yang meliputi akhbar-akhbar perdana Utusan Melayu, Berita Harian, dan New Straits Times.

Walaupun pernah menjadi anggota dan Pengerusi Tetap UMNO di Singapura, tetapi kegiatan Samad tidak pernah menonjol dalam politik, meskipun sumbangan fikirannya dalam gerakan-gerakan politik di Singapura dan di negara ini terutama pada zaman Tun Razak bukanlah kecil.

Saya masih ingat baru-baru dia bebas daripada tahanan pada tahun lapan puluhan beliau berkunjung ke rumah saya di Seksyen 11 Petaling Jaya di depan Hospital Universiti.

Dari rumah saya itu dia melihat ke menara telekom tinggi yang kelihatan daripada rumah. Katanya setiap hari dia melihat tiang telepon itu tegak menjulang di udara kerana itulah pemandangan yang bebas daripada tempat tahanannya.

Beberapa waktu sebelum dibebaskan dia ditahan dalam sebuah rumah banglo beredekatan sebagai pemulihan sebelum keluar. Di situ namun dia tetap tidak bebas berhubungan dengan orang luar, dan saya juga tidak mengesyaki banglo yang senantiasa berkunci pagarnya, dan tidak pernah kelihatan ada penghuninya, sedang mengawasi kebebasan seorang cendekiawan dan pejuang bangsa kita.

Sewaktu bercerita itu, anehnya saya tidak melihat sebarang kesan kegetiran dan kemarahan daripadanya. Sebelum berangkat pulang beliau mempelawa saya dan isteri ke rumahnya, dan katanya dia ingin memasak sendiri sup dan makanan lain untuk kami. Ini suatu bakat dan kegemarannya yang saya belum pernah tahu sebelumnya.

Sebenarnya banyak sekali rahasia politik tanah air yang dibawanya sekali ke pusaranya kerana Samad tidak menceritakan banyak. Dia seorang tokoh yang pelbagai dimensi minat dan fikirannya. Hanya mereka yang rapat dan sering berinteraksi dengannya yang mengetahui tentang sikap, fikiran dan wataknya.

Tetapi suatu hal yang nyata ialah dia manusia perjuangan, manusia cita-cita dan tak pernah jemu-jemu mengasah dan mendidik bakat penulis, wartawan dan cendekiawan yang selanjutnya memberikan sumbangan bermakna kepada usaha pengisian kemerdekaan bangsa.

Dia seolah-olah menggali emas mentah dari perut bumi untuk dijadikan aset memperkaya khazanah dan jati diri bangsa selepas dikosongkan oleh penjajah.

Dia seorang cendekiawan yang melambangkan perjalanan daripada kehinaan menuju kepada keyakinan diri yang besar.Prasarana kejiwaan serta mental ini adalah prasyarat bagi kreativiti dan pembangunan manusia yang patriotik dan merdeka. Merdeka jiwa dan fikirannya daripada penjajahan politik dan budaya asing.

Nota: Artikel ini disalin dengan izin dari blog DesaKota 

 

Puas aku menanam ubi, Nenas juga ditanam orang, Puas sudah aku berbudi, Emas juga dipandang orang.

Minta Izin dari Puan Zainon, Universiti Terbuka untuk quote.

Shahrul Peshawar

2 Comments

Filed under Di Minda Saya

2 responses to “Dato’ Baha Zain Menulis: Jenazah Samad Ismail Sepatutnya Disemadikan di Makam Pahlawan

  1. semutar hitam

    Sepatutnya…begitulah.

  2. shahrulpeshawar

    Inilah harga perjuangan. Bagi bangsa yang bebas seperti kita – ianya amat menyedihkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s