Amerika perguna Anwar – Isu Lapuk yang diberi penjenamaan semula oleh “malaysian Rice”

PUTRAJAYA 19 Sept. – Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu ‘masuk’ ke Malaysia.

Dalam satu strategi penjelasan untuk menangkis tohmahan pihak asing yang menyokong Anwar, Rais berkata, Wisma Putra akan menganjurkan satu seminar yang disertai duta-duta Malaysia yang bertugas di AS, Eropah dan Amerika Selatan di Washington pada 23 September ini.

“Apa sebabnya pihak tertentu di AS begitu taksub nak masuk ke negara ini, bukan kerana sayangkan Anwar, tetapi hendak melihat Malaysia gagal dalam banyak hal.

“Mereka (AS) tak sentuh Thailand, (politik) negara itu lagi teruk (berbanding Malaysia), tapi mereka lebih cenderung kepada Anwar supaya menjadi orang suruhan ketuanya (AS). Dari sudut itu, kita (duta-duta Malaysia) kena tangkis,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rais akan berlepas ke New York esok untuk mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan berada di sana dari 27 September hingga 1 Oktober untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Rais berkata, seminar yang akan dipengerusinya itu nanti akan menyediakan duta-duta berkenaan fakta lengkap mengenai sistem perundangan dan kedudukan ekonomi Malaysia termasuk penjelasan tentang Bajet 2009.

“Pihak tertentu di AS ‘kenakan’ kita dan kita harus berkebolehan mengetahui fakta-fakta terbaru tentang perundangan, ekonomi serta soal-soal politik tanah air,” ujar beliau.

Rais menambah: “Fakta-fakta itu kita sediakan kerana kita tidak mahu duta-duta Malaysia membuat penjelasan melulu.”

Beliau juga berkata, keyakinan tinggi Anwar menguar-uarkan pembentukan ‘kerajaan baru’ sejak beberapa bulan lalu mencetuskan keraguan di kalangan banyak pihak tentang siapa di belakang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Walaupun akhirnya terbukti apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan pada 16 September lalu, namun Anwar masih terus mencanangkan impiannya itu dengan menuntut satu sidang khas Parlimen diadakan pada 23 September ini.

Alasan yang diberikan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meminta sidang khas itu diadakan adalah bagi membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Abdullah tidak melayan permintaan itu.

UTUSAN MALAYSIA

Shahrul Peshawar – kita tunggu maklumat Wisma Putra tu… boleh pakai ke atau tak boleh pakai… Malaysian “Rice” nie pun belum tentu sahih maklumatnya, jangan memBOHONGi rakyat sudahlah…

2 Comments

Filed under 16 September, Anwar Ibrahim

2 responses to “Amerika perguna Anwar – Isu Lapuk yang diberi penjenamaan semula oleh “malaysian Rice”

  1. emmm ntah la yekkk,mintak2 kita jgn bergantung harap dengan us..diorg ni tak bleh percaya…..kita ada acuan sendiri tak perlu la diorang duk sibuk yek….tp tak semestinya laporan dsAi digunakan AS betul…..

  2. Kekadang tertanya gak nape Anuar sorng ni tergedik2 nk jd PM…dari zaman Dr M lg dia dah tak sabar…mungkin ada benarnya juga Amerika nk pergunakan dia utk hancurkn Malaysia. Kita pun dah tahu Amerika bkn boleh tgk Negara Islam mcm Malaysia ni membangun..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s