Kickdefella dibebaskan!

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) –Penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) dibebaskan hari ini selepas ditahan polis untuk siasatan selama dua hari oleh Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID).

Malaysiakini melaporkan, beliau dibebaskan pada jam 1 tengahari tadi. Semalam, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan beliau direman sehingga 5 petang ini.

Sebaik sahaja dibebaskan, beliau memberi keterangan pula kepada pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau disambut oleh anggota keluarganya serta rakan-rakan apabila keluar dari pejabat CCID pada kira-kira jam 4 petang.

Syed Azidi, 38, pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan, ditahan di rumahnya di Demit, Kota Bharu mengikut Akta Hasutan pada 17 September.

Beliau disiasat kerana didakwa menyiarkan bahan berunsur hasutan di blognya, Kickdefella, membabitkan kempen memasang Jalur Gemilang secara terbalik semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan bulan lalu.

Shahrul Peshawar – Syukur Syed dah dibebaskan, dapatlah meneruskan perjuangan semula dan menyambut hari raya di luar penjara.  Saja je diaorang nie gatal tangan nak cekup orang.

Leave a comment

Filed under Inilah dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s