HINDRAF – Boleh didakwa menceroboh

Oleh Hasnurul Mohamed

 

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 441 Kanun Keseksaan kerana menceroboh atas tindak tanduk mereka sewaktu menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri- menteri Kabinet Rabu lalu.

Peguam terkemuka, Sashi Menon berkata, walau pun dibenarkan menghadiri majlis itu atas semangat meraikan hari raya tetapi mereka dianggap telah menceroboh dan mengugut Perdana Menteri apabila mendesak supaya dihapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dilepaskan ahli Hindraf yang ditahan ISA.

”Mengikut Seksyen 441, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah jenayah pencerobohan dan boleh didakwa di bawah seksyen yang sama,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada tindakan para penyokong Hindraf yang mencetuskan kekecohan pada majlis rumah terbuka itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut Sashi, adalah kurang wajar untuk sesiapa sahaja mengganggu majlis rumah terbuka sesuatu perayaan kerana ia boleh dianggap tidak menghormati majlis tersebut.

Tambahnya, penyokong Hindraf tidak sepatutnya menimbulkan kekecohan pada majlis berkenaan justeru mereka wajar dikenakan tindakan.

Seorang lagi peguam, Datuk Muhamad Shafee Abdullah berkata, penyokong Hindraf telah mengadakan perhimpunan secara haram apabila berkumpul beramai-ramai pada majlis tersebut.

Tindakan mereka itu, jelas beliau, telah mencetuskan kekecohan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk ISA.

Beliau berkata, kerajaan tidak sepatutnya membiarkan perkara seumpama itu berterusan kerana amalan kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun juga ada hadnya.

Jelasnya, tindakan wajar dikenakan kepada pihak terbabit yang mencetuskan suasana kacau bilau walaupun atas dasar memperjuangkan kebebasan.

Seorang lagi peguam, Firuz Jaffril berkata, penyokong Hindraf yang menimbulkan kekacauan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan.

Beliau menjelaskan, seksyen tersebut boleh dibaca bersama dengan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Katanya, mengikut Seksyen 298A, individu yang bercakap atau menulis perkataan yang boleh menyebabkan keadaan tidak harmoni dan menimbulkan perpecahan boleh didakwa di bawah seksyen itu.

Leave a comment

Filed under Inilah dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s