Tahi-Tahi Bintang Jatuh di Melaka – dari Fudzail (Dubai Version)

Saya gelak giler baca tulisan Bro. Fudzail http://1426.blogspot.com/2008/10/tahi-tahi-bintang-jatuh-di-melaka.html.  Teringat cerita dulu, tentang orang nak ambik pingat dato di Melaka datang secara rombongan dan naik bas (sebab banyak sangat yang dapat).  Lagi satu kalau ke kedai kopi dan jerit “Dato’…” maka semua orang akan toleh… begitulah ramainya Dato’ di Melaka.  Nampaknya Dato di Melaka sudah internasional dan mungkin nanti kita akan tengok sejarah Melaka versi keturunan Si Kitul dan Mendeliar pulak. 

Dato di Melaka sama ramainya Hang di negeri Kedah.

SHAHRUL PESHAWAR

dengar tahi-tahi bintang tahunan
kembali jatuh terhempas
berselerakan bagai tahi lembu
memenuhi tanah melaka bersejarah
sebagai meraikan keputeraan ‘sultan”sultan’ jadian melaka bukan sembarangan
anak pahang berjiwa hindustan
sakan mengutip tahi-tahi bintang
mengganti hutan balak yang hilang
untuk poket yang terus berlubangbendahara ali bukan calang-calang
sama berkongsi komisen tahi-tahi bintang
50% untuk aku, 50% untuk ‘sultan’
demi ketuanan warisan parameswara
menjual maruah untuk untung sekangkang

meriah sambutan tahi-tahi bintang
semakin berlambak dan bersepah
kuch kuch hota hai, demi big mama
disembah satu untuk raja bollywood
yang menjadi ikon hiburan picisan

siapalah mereka cucu-cicit hang tuah
untuk tidak merasa amat bertuah
dengan gemerlapan datuk-datuk tahi bintang
bersama si kitul mengulang sejarah melayu
yang busuk kentutnya merentas cakrawala!

Fudzail
Atlantis Dubai
10 okt 2008

Melaka anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan
10/10/2008 5:17pm
MELAKA 10 Okt. – Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.
Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk.

758 terima pingat Melaka
MELAKA 10 Okt. – Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar mengetuai senarai 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70 esok.Abdul Aziz bersama Presiden Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka Prof. Emeritus Datuk Dr. Md. Yusop Hashim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Omar Kaseh, dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) membawa gelaran Datuk Wira.

“Seramai 77 penerima dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk,” kata Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun kepada pemberita di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau berkata seramai 323 penerima akan menerima anugerah masing-masing pada majlis istiadat penganugerahan di Dewan Seri Negeri esok manakala baki 435 penerima akan menerima pada Ahad.

1 Comment

Filed under Inilah dunia

One response to “Tahi-Tahi Bintang Jatuh di Melaka – dari Fudzail (Dubai Version)

  1. sam

    Melaka memang hebat.Stretegi marketing diguna sepenuhnya.Sekarang pemasaran darjah datuk ketahap antarabangsa.Bollywood India.Hebat.Tahun depan ramai lagi pengeluar filem dari Bollywood akan buat filem di Melaka.Ramai lagi la pelakon India yang akan di panggil datuk.Datuk Salman Khan,Datuk Hrithik Roshan dll.Pihak istana raja Melaka mungkin perlu merenung sejenak kenapa Melaka dipilih oleh Shah Rukh Khan ops sorry Datuk Shah Rukh Khan. . .Sebabnya murah dan dapat banyak kemudahan.Budget murah ,minta apa pun dapat.Hormat ,sanjung macam raja.Bukan sangat nak promote Melaka.
    Sebenar nya yang dipertikaikan ialah kewajaran Datukship tu.Kalau pingat lain mungkin tak seheboh ini.Selama ni yang saya tahu mereka yang layak terima anugerah Datuk and above ada dua golongan.Pertama mereka yang betul2 berjasa melalui khidmat bakti untuk negara.Kedua mereka yang mampu membeli sebab kaya.Hari ni timbul golongan baru seperti Shah Rukh ni.Nak menilai kerana dia berjasa kepada negeri atau negara , pun tak seberapa.Ramai mana pelawat ,pelancung,pelabur luar negara yang mengunjung Melaka ekoran dari tayangan filem Bollywood ni. Nak kata dia beli dengan wang,mustahil sebab dia sendiri tak tahu nilai anugerah yang dia dapat.Jadi apa sebenar jastifikasi penganugerahan ini ? Kepada rakyaat jelata semua . . lu Pikir La Sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s