Putera lancar khidmat bantuan kemanusiaan menerusi SMS

KUALA LUMPUR: Sekretariat Pengaduan Awam dan Pembelaan Masyarakat Putera Umno semalam melancarkan saluran terbaru untuk orang ramai menyuarakan masalah serta mendapat khidmat bantuan kemanusiaan iaitu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula Isnin ini.Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata langkah itu bagi menampung permintaan yang semakin meningkat daripada orang ramai selepas sekretariat itu menyediakan perkhidmatan melalui talian bebas tol 1-300-88-1113.

Beliau yang juga Pengerusi Putera Umno berkata, sambutan dan keyakinan orang ramai terhadap khidmat bantuan sekretariat itu semakin meningkat dengan menerima sekurang-kurang 30 laporan sehari membabitkan pelbagai jenis kes.

 “Orang ramai boleh menghantar SMS itu dengan menaip Azeezputera taipkan aduan dan hantar ke 36553. Khidmat ini terbuka kepada seluruh masyarakat tanpa sebarang ‘pilih bulu’ dan bukan untuk etnik tertentu saja,” katanya

Beliau berkata, semua aduan yang disalurkan menerusi SMS berkenaan akan dihantar ke lima sistem pangkalan data berasingan secara serentak yang setiap satunya dipantau petugas biro berkenaan untuk tindakan susulan.

“Setakat ini, kami sudah berjaya menyelesaikan 70 kes, termasuk 20 yang serius seperti menjejaki dan menyelamatkan anak pengadu yang dilarikan ke luar negara.

“Ini membuktikan kami amat komited dan serius bekerja demi Umno. Keikhlasan kami berkhidmat kepada rakyat akan menarik sokongan, kepercayaan dan keyakinan mereka kepada parti dan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan,” katanya pada pelancaran SMS itu di sini, semalam.

Abdul Azeez berkata, sejak 2004 lagi biro itu juga berjaya membantu kira-kira 5,000 pemuda Melayu kebanyakannya mat rempit, melalui program peluang kedua kepada mereka memperbaiki hidup serta berjaya.

Katanya, menerusi program itu mereka diberi peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di kolej komuniti dan lebih 1,000 daripada mereka kini berjaya mendapat pekerjaan, termasuk di syarikat automotif dan hotel terkemuka.

Walaupun usaha mendekati mat rempit itu mendapat banyak kritikan serta menimbulkan pelbagai kontroversi sebelum ini, ia sudah semakin diterima baik masyarakat.

 

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, keputusannya untuk menawarkan diri bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Mac ini dibuat atas permintaan akar umbi serta kesedarannya untuk menyumbang kepada parti serta masyarakat.

“Saya sentiasa sanggup jadi kuli kepada masyarakat dan Umno. Walaupun saya menawar diri bertanding jawatan ahli MT, semua itu bukanlah untuk meraih populariti sebaliknya atas kesedaran untuk memikul amanah serta tanggungjawab.

“Saya sendiri sebenarnya terlalu sibuk dan tidak sempat berkempen secara giat, jadi saya hanya menyerahkan kepada akar umbi untuk menyokong berdasarkan penilaian mereka terhadap rekod komitmen kerja saya selama ini,” katanya.

Ditanya mengenai peluangnya dalam persaingan itu, Abdul Azeez berkata, semua itu terserah kepada masyarakat dan beliau akan berusaha memikul amanah yang diberikan kepadanya untuk membantu membela nasib mereka.

Syabas Dato Azeez, dalam sibuk pemilihan parti pun sempat fikir pasal bantuan kemanusiaan… atau nie memang part of the campaign? hahahahah gurau sikit.

Shahrul Peshawar

pernah bersama di Islamabad & Muzafarabad 

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Humanitarian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s