BIADAP – Mahkamah Khas arah Tuanku Ja’afar bayar Standard Chartered RM3.5 juta

Shahrul Peshawar – Tuanku Ja’afar merupakan salah seorang dari raja-raja Melayu, malahan Tuanku juga bekas Yang Dipertuan Agong Malaysia ke 10.  Tindakan memasukkan berita mengenai Tuanku disaman didalam akhbar merupakan satu usaha untuk menjatuhkan nama dan reputasi raja-raja Melayu.  Berita ini sepatutnya tidak menjadi tajuk utama akhbar Malaysia.  Saya setuju yang salah tetap salah tetapi memalukan seseorang itu adalah tidak wajar dan sangat menyedihkan.  Raja-raja Melayu adalah simbol ketuanan Melayu dan perlu dipelihara.  Saya mengutuk keras tindakan yang menjurus kepada gerakan menjatuhkan nama baik institusi istana dan kedaulatan raja-raja Melayu dikalangan rakyat berbilang bangsa di Malaysia.

Mereka yang terlibat dalam penyiaran berita ini adalah BIADAP dan tidak peka kepada adat budaya Bangsa Melayu dan resam warga Malaysia. DAULAT TUANKU!

 

2 Comments

Filed under Inilah dunia

2 responses to “BIADAP – Mahkamah Khas arah Tuanku Ja’afar bayar Standard Chartered RM3.5 juta

  1. Qrie

    Sdr, dalam Islam memang sesuatu yang salah, jahat, jijik, atau tidak betul kalau boleh tidak disebarkan. Namun dalam Islam juga yang salah ada dua implikasi iaitu diadili di dunia semoga yang bersalah insaf dan perbaiki dirinya dan juga dihisab diakhirat kelak. Tetapi dalam Islam juga, hukuman merupakan satu pengajaran kepada orang lain agar tidak menuruti kesalahan itu. Persoalannya kalau kita (tak kira siapa saja atau pangkat kerana di sisi Islam kita semua sama) bersedia untuk melaksanakan satu tindakan yang salah, ini bermakna kita sudah tahu implikasinya. Jadi kalau dah buat salah, jangan pula kita salahkan orang lain akibat kesalahan kita. Islam itu maha adil dan menuntut kebenaran. Kalau kita melakukan fitnah itu memang biadap, tetapi kalau kita nyatakan kebenaran yang orang lain juga tahu, saya kira itu pengajaran. Janganlah kita mudah menuduh orang biadap tatkala kita begitu taksub dengan bangsa…di sisi Allah semua bangsa, semua orang diterima asalkan mereka menegakkan kalimah Allah yang satu.

    • shahrulpeshawar

      Sdr. Qrie tak dapat maksud saya. Yang saya maksudkan ialah perbuatan menghebahkan tuanku baginda disaman tu sebagai biadap. Perbuatan menyaman tu adalah antara tuanku dan penuntut tersebut – urusan peribadi. Saya setuju, siapa pun – kalau salah perlu bertanggungjawab dan kalau betul kita perlu bela. Dalam hal ini, saya berpendapat menghebahkan bahawa tuanku disaman itu adalah perbuatan biadap.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s