Najib menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO

sapa-agen-amerika
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan kedudukannya untuk menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO selepas menerima 134 pencalonan sehingga pukul 6 petang ini.

Jumlah pencalonan itu menutup peluang calon lain untuk melepasi kuota kelayakan 58 pencalonan sekiranya mahu menentang Najib pada pemilihan Mac depan.

Bahagian yang mencalonkan beliau hari ini ialah Teluk Kemang, Tawau, Kota Raja, Jerantut, Segamat, Ayer Hitam, Kulim/Bandar Baharu, Batu Kawan, Tampin, Sekijang, Tanjung Malim, Kapar, Kuala Pilah, Indera Mahkota, Balik Pulau, Pandan dan Klang.

Seorang lagi calon yang menawarkan diri untuk jawatan Presiden UMNO, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang setakat ini memperoleh satu pencalonan daripada bahagiannya sendiri, semalam. – Utusan

 

SHAHRUL PESHAWAR

Apa harapan pada pembinaan negara-bangsa kalau pemimpinnya dipilih melalui wasiat dan pewarisan bukannya melalui muafakat dan suara terbanyak.  UMNO akan pupus jika gagal menyesuaikan diri dengan kehendak dan kemahuan rakyat.  Bye bye Pak Lah.

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s