ULASAN PANDANGAN TUN MAHATHIR TENTANG PPSMI

251108-mahathir-melayu

Pandangan Tun Dr. Mahathir dalam Wacana Dilema Melayu anjuran GAPENA baru-baru ini bahawa PPSMI patut diteruskan tidaklah memeranjatkan kerana beliaulah pencetus, pemutus dan pelaksananya. Tun masih dengan dengan sikap biasanya yang tidak sesekali berubah atau berpatah balik apabila telah membuat keputusan.

 

Isunya ialah bahawa hujah Tun merupakan hujah yang tergelincir daripada hakikatnya. Dalam laporan Bernama, Tun mengatakan bahawa PPSMI penting agar anak-anak Melayu menguasai sains dan matematik dan sekali gus meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Ketika Tun membuat keputusan untuk melaksanakan PPSMI, tiada kajian yang dibuat yang menunjukkan bahawa kelemahan penguasaan sains dan matematik dalam kalangan pelajar Melayu (jika benar anak-anak Melayu begitu lemah  dalam kedua-dua subjek itu) disebabkan oleh pengajarannya dalam bahasa Melayu. Kita malah sebenarnya telah melahirkan ribuan sarjana dalam bidang sains dan teknologi yang berwibawa dan bertaraf antarabangsa melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu.

 

Adakah Tun bermaksud bahawa Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang digubal dan dilaksanakan oleh Kerajaan sejak merdeka merupakan dasar negara yang silap? Jika benar, adakah kesilapan itu patut diatasi dengan suatu keputusan yang bersifat ad hoc, dengan membuat keputusan pada tahun 2002 dan terus melaksanakannya pada tahun 2003?

 

Tun menekankan bahawa bahasa Inggeris patut dijadikan bahasa penghantar sains dan matematik kerana bahan ilmu kedua-dua bidang itu banyak tertulis atau terbit dalam bahasa Inggeris. Fakta itu tidak cukup kuat untuk kerajaan mengetepikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar sains dan matematik kerana bahasa Inggeris itu sendiri asalnya hanya bahasa vernakular, bukan bahasa yang diturunkan dari langit sedia sempurna. Sebelum bahasa Inggeris menjadi bahasa besar, orang Eropah bergantung pada bahasa Latin dan bahasa Perancis dalam bidang ilmu, pentadbiran, undang-undang dan ekonomi.

 

Demikianlah maka bahasa Melayu perlu diberi waktu untuk menjadi mantap semula sebagai bahasa ilmu, termasuk dalam bidang sains dan teknologi. Amat malang halnya apabila kita sendiri tidak mempunyai perancangan dan kesediaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi, dan cukup sekadar puas hati menyaksikan bahasa Melayu menjadi bahasa percakapan, seperti yang dibanggakan oleh Tun tentang kebolehannya menggunakan bahasa Melayu walaupun belajar di sekolah Inggeris. Kita perlu membedakan taraf bahasa ilmu daripada bahasa perhubungan sehari-hari jika kita mengimpikan bahasa Melayu menjadi bahasa besar pada masa hadapan. Tentulah aib bagi bangsa Melayu yang berhasrat menjadi bangsa besar di dunia tetapi hanya memiliki bahasa perhubungan sehari-hari dan untuk hal ehwal ilmu dan budaya tinggi terpaksa menggunakan bahasa asing.

 

Hujah Tun bahawa bangsa Arab menjadi maju kerana mempelajari bahasa Greek untuk menguasai sains dan teknologi juga ternyata meleset. Mempelajari bahasa asing dan menggunakan bahasa asing untuk mengembangkan ilmu kepada masyarakat atau bangsa merupakan dua hal yang sama sekali berbeda. Maka itu tidak ada pejuang bahasa manapun yang menolak hakikat pentingnya kita mempelajari dan menguasai bahasa asing sebagai jambatan ilmu dan tamadun. Namun, PPSMI bukan program pemelajaran bahasa asing, sebaliknya program pengembangan ilmu kepada bangsa kita dalam bahasa asing!

Pada hakikatnya, orang Arab yang mempelajari dan menguasai bahasa Greek ialah para sarjananya, sementara ilmu kepada masyarakat dan bangsanya dikembangkan dalam bahasa Arab.

 

Hal yang sama dilakukan oleh bangsa-bangsa Barat yang memperoleh pelbagai disiplin ilmu daripada sarjana Arab. Mereka mempelajari dan menguasai bahasa Arab untuk memindahkan ilmu dalam bahasa Arab ke dalam bahasa mereka sendiri. Oleh itu bangsa Barat tidak menggunakan bahasa Arab untuk mengembangkan ilmu kepada bangsa mereka, tetapi sebaliknya menggunakan bahasa mereka sendiri. Itulah hakikat jalan sejarah perkembangan tamadun di dunia. Seluruh bangsa dan negara yang besar dan maju di dunia sekarang ini pun masih tetap memajukan bangsa dan negara mereka dalam bahasa masing-masing. Angkasawan kita yang ditumpangkan dalam Soyuz Rusia pun terpaksa beberapa bulan mempelajari bahasa Rusia untuk mengikuti misi ke angkasa perlepas. Kekuatan bahasa Inggerisnya rupa-rupanya belum cukup melayakkan dia untuk diterima mengikuti misi tersebut!

 

Tun turut menggunakan contoh yang silap apabila mengatakan bahawa buku panduan atau manual telefon bersel yang dicetak dalam bahasa Inggeris oleh pengeluar menyebabkan ilmu sains yang diajarkan dalam bahasa Melayu menjadi tidak berguna. Bukankah buku panduan itu dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, atau pelajar kita yang diajar dengan baik bahasa Inggerisnya dapat memahami buku panduan dalam bahasa Inggeris itu. Mungkin Tun belum pernah melihat adanya telefon bersel yang panduannya ditulis dalam bahasa Melayu pada perisian telefon itu sendiri! Pokoknya, apabila sesuatu bangsa berilmu, bahasa sumber ilmu itu bukanlah masalah yang besar.

 

Sebagaimana pendukung PPSMI yang lain, Tun mengulang lagu lama bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik bukan langkah meminggirkan bahasa Melayu. Namun, dengan terang di hadapan mata kita bahawa apabila bahasa Melayu akan hanya berfungsi pada sekitar 40 peratus atau kurang di sekolah dan sekitar 30 peratus atau kurang di IPT, maka amat jelas bahawa bahasa Melayu memang terpinggir dan tidak berperanan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, sebagaimana yang ditetapkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996.

 

Pada hemat saya, manfaatkanlah pepatah kita yang berbunyi “Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan”. Kita belum pun sesat sehingga di hujung jalan, maka tidaklah sulit untuk kembali ke pangkal jalan, iaitu melaksanakan semua program pembangunan negara dengan berlandaskan dasar-dasar negara yang telah difikirkan, dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya selama ini. Usahlah kita mengalami nasib “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Ingatlah juga kata orang tua-tua “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

 

Prof. Dr Awang Sariyan

Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia – China

Universiti Pengajian Asing Beijing

 

25 November 2008.

12 Comments

Filed under Bencana Manusia, Inilah dunia

12 responses to “ULASAN PANDANGAN TUN MAHATHIR TENTANG PPSMI

  1. momok

    jangan la narrow minded sangat. Tak salah belajar bahasa Inggeris. Kau nak runsing lebih lebih pasal Bahasa Melayu apsal. Dah tentu dari kecik kau cakap melayu.

    Dah memang bahasa Inggeris tu national language. Sekarang MAndarin dah jadi bangsa pertama dunia. Kau ingat senang ke nak martabatkan bahasa sampai di peringkat dunia. Dah la orang melayu ni asal dari hutan, kampung semua. Siapa nak pandang kalau kau duk praktik bahasa melayu je. Berapa ramai sangat orang malaysia berjaya di mata dunia.

    come on..

    • shahrulpeshawar

      Aku kesian kat kau. Tak de jatidiri.

      Kalau kau nak dewa kan bahasa Inggeris tu silakan aje, aku tak de hal pun, tapi cuba lah kau pegi Jepun, Korea, Russia, German pas tu kau tanyalah diaorang dalam Bahasa Inggeris… diaorang tu tak tinggal dalam hutan pun tapi diaorang tak kisah pun pasal Bahasa Inggeris nie…

      sekarang nie yang aku tahu.. Kau sorang je yang asal dari hutan.

      Hidup Bahasa Melayu!

      • azwan

        aku setuju ngan momok tu..sedarlah kita blm ditahap sehebat negara jepun n suma tu..kita still byk begantung dngan negara luar dalam eplbagai segi..kita kena belajar dari kemahiran luar daripada hasilkan dengan kepakaran sendiri..sebab tu kita kena jgk belajar bahasa dorang untuk memudahkan kita. .aku tak nampak pun dimana rasional dan perkaitan bila berbahasa inggeris dengan kebencian terhadap bahasa melayu..jgn lah sempitan fikiran…camna nak maju kalau kita susah nak terima pandangan..mmg kita orang melayu ni cpt sangat melatah..

      • shahrulpeshawar

        Belajarlah sebanyak mana bahasa pun, yang penting akar budi sebagai orang Melayu tu kekal.

  2. lara

    x hilangnya bahasa melayu kalau kite belajar sc dan matematik dlm bi..mgkin anda x menghayati wawasan 2020..di situ ada dinyatakan dlm tempoh sebelum tibe thn 2020, kita kena memantapkan diri kita dari segi teknologi, moral, ekonomi dan sebagainya. cara kita nk memantapkan adalah melalui penguasaan ilmu..seperti yg kita tahu,byk bahan rujukan lebih kepada bahasa inggeris..jika hendak berguru,kita tidak boleh bodoh sombong..mmg kita boleh translate,tetapi sampai bila kita nk bergantung pada translation?bkn ke lebih baik kita paham terus..kalau nak translate dah 1 keje..nak cri buku yg dah translate pon 1 keje lg…kalau taip kat internet pon banyak info dlm bi.dalam wawasan 2020 telah dinyatakan setelah kita berjaya memantapkan diri kita dari segi ekonomi, moral, teknologi dan berjaya mencapai tahap negara maju, menjelang 2020, kita akan menjadi negara maju dalam acuan sendiri..kalau kita dah jadi negara maju baru kita boleh ketepikan bahasa inggeris dan menetapkan syarat pada pelabur asing utk pelajari bahasa melayu kalau nak ada hubungan diplomasi dgn kita..tp kita sekarang belum maju..kita dalam proses untuk maju dengan cara berguru dengan negara maju..kita tak boleh bodoh sombong kerana sampai bila-bila kita tak akan maju. salah satu faktor kejatuhan tamadun adalah apabila ia merasa selesa dgn apa ia ada dan tidak mahu memajukan diri dan jumud iaitu tidak mahu menerima pengisian yang baik daripada tamadun lain..

    • shahrulpeshawar

      Aku tak faham kau nie kemana nak pergi? If you want to communicate in English with me, please… I have no problem. Yesli ti nada skazite pa ruski yezik, toje uminya nema problema.

      Kau nie sengal betul, kenapa Sheikh Muzafar naik ke bulan kena belajar bahasa Russia dulu? Tak cukup maju ke Bahasa Inggeris yang dia tahu? Sebabnya bukan bahasa Inggeris saja yang boleh hantar manusia ke bulan.

      Kenapa laskar laut kita yang bawak kapal selam scorpene tu kena belajar bahasa Perancis sebelum boleh bawak kapal selam tu semua? Tak boleh bawak kapal selam ke kalau pandai bahasa Inggeris? Sebabnya orang cakap Perancis pun boleh buat kapal selam gak.

      Kau ingat negara maju dalam dunia ni semua cakap Inggeris saja ke? Kenapalah Inggeris tak tawar biasiswa atau kerakyatan pada orang macam kau, yang pagi petang siang malam ingat Inggeris ajelah negara hebat. Pandangan kau terhadap rukunegara – Kesetiaan kepada Raja dan Negara – agaknya pada Queen Elizabeth dan England kot?

      Aku tak pernah kata tak boleh belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, cuma kalau belajar dalam Bahasa Melayu kalau dia Budak Melayu pasti dia lebih cemerlang. Di sekolah Cina, Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Cina juga… sebab tu anak Cina pandai Sains dan Matematik. Aku tak kata cikgu tak pandai ajar, aku kata anak murid lebih senang tangkap dalam Bahasa Melayu.

      Tak payah gaduhlah, cuba kau terjemah dalam bahasa Inggeris pepatah nie “Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga”

      Shahrul… tak suka gaduh

  3. Pasal bahasa pun kita boleh bergaduh berpecah belah, cuba ambil dari sudut positif, sedari kecil kita hanya mengenali bahasa kita sendiri bahasa melayu, merangkak dewasa kita mula berjinak2 dengar lagu mat saleh, tgk citer kongsi gelap cina, layan hindustan, semakin senja usia dah mula belajar bahasa arab…TAKDE 1 PUN YG BURUK KALAU KITA BELAJAR SEMUA BAHASA, malah manfaatnya amat besar, contoh : mahathir lokman yg menguasai banyak bahasa dunia beliau berjaya di mata dunia dan di iktiraf. Tok nak bg 1 situasi, kita ngan dua org kwn bangsa cina, diorg duk simbang sekali ngan kita tapi kekadang ckp bahasa diorg pastu gelak2, kita yg tak paham pun gelak gak, adakah kita tau apa yg diorg bualkan? entah2 duk kutuk kita, itu bahasa cina, kalau b.i pun kita taknak belajar n pahamkan alamat yg susah bukan org lain, tapi diri sendiri. cina di malaysia tau ckp BI tau ckp melayu dan ade yg tau ckp tamil, begitu jua ngan kaum india, kita yg melayu 99% tau ckp melayu berapa % yg tau ckp cina & tamil?

    bahasa dalam bacaan solat pun kita kekadang salah apatah lagi pahami maksud ayat yg dibaca.. so jgn duk gado pasal bahasa ni, semua tu bahasa Allah SWT dia yg menciptakan pelbagai bahasa dan setiap ciptaan Nya pasti ada kebaikkan… tugas kita mencari ilmu, walau sampai ke akhir hayat…. ILMU DUNIA & ILMU AKHIRAT

  4. shahrul fuck……………bodoh

    • shahrulpeshawar

      Ini saje ke yang kau tahu dalam bahasa Inggeris? Tulislah panjang lebar dalam bahasa Inggeris… dan satu lagi aku tak rasa bodoh pun…

    • shahrulpeshawar

      saudara, “fuck” sahaja ke yang saudara boleh ungkapkan? bicaralah lagi dengan saya dalam bahasa Inggeris yang bermutu tinggi setaraf bahasa karya Shakespeare… kalau setakat “fuck” aje, Tun pun malu gak dibuatnya…

      • patriotik bangsa

        bagus shahrul…mempertahankan bahasa melayu..satu masa dahulu bahasa melayu pernah menjadi bahasa dunia kalau korang belajar sejarah la pada zaman kesultanan melayu melaka ‘Lingua Franca’ …diowg ni sume dah tenggelam dalam arus barat dan dah diwarnai dengan ideologi mereka sampai maruah bangsa entah hilang kemana…pelik betul aku kenapa diowg ni sume mengagunggkan bahasa inggeris daripada bahaisa melayu..x salah belajar bahasa inggeris tapi ingatlah bahawa bahasa ibunda kita tetap bahasa melayu…orang jepun pun sume subjek pelajaran seperti sains,matematik dll tetap menggunakan bahasa jepun dan tidak akan ditukar kepada bahasa inggeris kerana mereka bangga dengan bahasa mereka..sekian

  5. nanti dulu…. Jangan kita bergaduh sesama kita….. tak malu ke bangsa lain tengok kita bergaduh sesama sendiri…. semua orang ada pendapat masing-masing…. kita ada hak untuk mengeluarkan pandangan kita…. namun…. sebelum kita membandingkan negara kita dengan negara lain…. kita kena kaji dulu…. Saya ambil contoh negara Jepun seperti yang saudara nyaakan…. kenapa negara Jepun lebih maju walaupun menggunakan bahasa mereka sendiri.?????

    1. Rakyat Jepun sentiasa mempunyai idea yang kreatif, kritis dan inovatif.
    – Kita melihat rakyat Jepun sentiasa mempunyai kreativiti dalam pelbagai bidang termasuklah dalam sains dan teknologi… saya ambil contoh paling mudah iaitu kereta… saya berharap agar saudara semua faham kerana saya bukan menghina barangan Malaysia… tetapi jika kita tanya rakan-rakan kita, sanak saudara kita, kereta apa yang nak beli jika kita ada wang yang mencukupi???? kebanyakan kata Toyota, Honda, Mitsubishi dan sebagainya. ini bermakna setiap design dan juga ketahanan kereta tersebut menjadi semua peringkat umur… ini bermakna rakyat Jepun memahami kehendak dunia… jadi, ramai rakyat Malaysia yang membeli jenama tersebut walaupun harga mahal dan sanggup membelinya walaupun kereta secondhand jenama yang sama. tetapi bukan bermakna rakyat Malaysia tidak berfikiran sedemikian… cuma kurang dalam Malaysia… Jadi jika kita nak maju macam Jepun… kita kena berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.

    2. Rakyat Jepun rajin bekerja walaupun lebih masa.
    – Ini bukan perkara baru dalam Jepun…. Kita akan melihat rakyat Jepun bekerja dengan tekun dan rajin. walaupun tarikh menyiapkan sesuatu kerja masih panjang, mereka selalu menyiapkannya dalam masa yang singkat dan tepat masanya…. Cuba kita bandingkan dengan rakyat Malaysia… Kerja lebih masa ada yang merungut… dah lah dang lambat tapi nak balik awal… dalam pengalaman saya beberapa hari ini… saya naik radang dengan cara staf kaunter tertentu yang membuat kerja… jabatan dan urusan apa itu saya tak nak sebutlah… saya sudah 25 minit sampai di kaunter bagi menjalankan urusan tetapi stafnya masih lagi gembira berborak di belakang kaunter walaupun ada orang datang untuk berurusan mereka…. bukan saya saja tetapi ramai lagi yang menunggu…. bagaikan tunggul…. dah lah tu…. bila kami nak berurusan… ada staf kata “saya tak pastilah… saya tak berani nak beritahu…” Itukah cara rakyat Malaysia bekerja????? Bila Malaysia nak maju jika kita ada tabiat sebegini….????? Sebab itu YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad melaksanakan dasar “PANDANG KE TIMUR” untuk mempelajari cara rakyat Jepun dan Korea bekerja dan sebagainya. Jepun boleh maju kerana rakyatnya memberikan komitmen yang tinggi terhadap kerja. Syarikat Jepun juga akan hire pekerja yang boleh berbahasa Inggeris dan Mandarin bagi memudahkan urusan dengan negara lain…. because Bi is a International language… kalau Orang Jepun datang Malaysia… adakah kita faham apa yang beliau katakan jika dia menggunakan bahasa Jepun???? Renung-renungkan….

    3. Pelajar Jepun berbeza dengan pelajar di Malaysia…
    – ini juga bukti kenapa Jepun maju dengan bahasanya sendiri… mereka berdisiplin tinggi… pelajar Jepun excellent kerana sistem pendidikannya yang maju kehadapan… mereka telah diajar untuk datang awal dan pulang lewat… kerana masa yang ada disekolah adalah penuh dengan pelbagai matapelajaran dan program yang boleh memantapkan bahasa jepun dan sebagainya… mereka juga mempunyai kelas bahasa Inggeris sama macam kita… tetapi jika anda perhatikan… tidak ramai dapat menguasai bahasa Inggeris… walaupun mereka lemah bahasa Inggeris tetapi mereka excellent dan berupaya menumbang kepada negara…pelajar malaysia(bukan semua)…. datang selalu lewat ke sekolah tetapi nk balik awal… kes ponteng tinggi.. kes buli tinggi… kes samseng tinggi…. dan sebagainya…. bagaimana mereka nak majukan negara dengan bahasa Melayu jika mereka sebegitu rupa..????
    Bagi student Malaysia yang belajar di luar negara… mereka tetap kena belajar bahasa Inggeris walau apa pun alasan…. BI ialah international language…. semua negara menerima pakai…. sama juga pelajar Jepun yang belajar diluar negara…. mereka kena belajar bahasa Inggeris walaupun mereka belajar di Malaysia….

    banyak lagi yang kita kurang daripada Jepun…. YABhg Tun Dr Mahathir seorang yang futuristik… beliau boleh menjangkakan sesuatu pada masa hadapan jika sesuatu tindakan diambil sekarang… saya rasa tak salah beliau menggunakan pendekatan PPSMI… semuanya bergantung kepada kita… saya rasa terms sains dan matematik dalam bahasa Inggeris lebih senang difahami daripada bahasa Melayu… namun bergantung kepada kita, pelajar dan guru yang mengajar subjek tersebut… sebagai pelajar, ini ialah satu cabaran kepada kita kerana sekarang kita berada dalam era globalisasi yang mencabar… kita kena menguasai bahasa Inggeris sebagai medium dalam pasaran kerja nanti…kebanyakan majikan akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai satu kemestian sebelum mengambil pekerja. semua syarikat besar bukan lagi berniaga di Malaysia tetapi di seluruh dunia…
    jika kita tak faham bahasa Inggeris, perkukuhkannya dengan pelbagai cara. buat latihan dengan banyak, baca artikel bahasa inggeris, cari perkataan yang tidak faham dalam kamus dan sebagainya… rakyat Malaysia kurang membaca buku… bagaimana nak menguasai bahasa Inggeris apatah lagi Bahasa Melayu??? bila guru terangkan di hadapan, kita tak fokus, bila guru bertanya adakah kita dah faham atau tidak… kita diam dan ada yang mengatakan “YA” walaupun pada hakikatnya satu pun tak faham… kerana Apa???? malu dengan rakan…. malu dengan guru… semua itu alasan semata-mata…. Malu Bertanya Sesat Jalan…

    bagi guru pula… jangan 100% menggunakan bahasa Inggeris dalam P&P… kita sedia maklum bahawa majoriti menggunakan bahasa Melayu… kadang-kadang guru menggunakan bahasa Inggeris 100%.. ini menyebabkan pelajar malu untuk bertanya apa yang mereka tidak faham…. ajar pelajar dengan perlahan-lahan sehingga faham….

    Rakyat Jepun juga banyak yang tidak menguasai bahasa Inggeris… jadi pelancong susah untuk bertanya kepada penduduk tempatan… sekarang pemandu pelancong dan penterjemah semakin mahal…. takkan kita nak melancong pun kita kena bawa orang lain yang bukan daripada ahli keluarga kita???? Tepuk Dada Tanya Selera…

    Pemuda Jepun juga berbeza dengan Malaysia…. remaja kita banyak terliat dengan masalah sosial seperti dadah, rogol, bunuh, rompak dan sebagainya… bagaimana Malaysia nak majukan bahasa Melayu sedangkan bangsa Malaysia sudah jadi sedemikian….

    Kita Rakyat Malaysia harus mengubah cara pemikiran kita… Bukan saya nak menghina Bahasa Melayu… tetapi kuasai lebih daripada satu lebih baik bukan??? bangsa lain seperti cina dan india dapat menguasainya dengan baik… kerana mereka tahu kepentingannya… PASARAN KERJA….. itu terms yang perlu diambil perhatian dan mereka sedar tentang perkara itu… saya pun tidak pandai dalam Bahasa Inggeris…. tetapi saya tetap mempelajarinya dan Alhamdulilah… kita dapat speaking supaya orang lain boleh faham walaupun tidak sebaik native speaker… YABhg Tun Dr Mahathir tahu yang kemungkinan kemerosotan dalam subjek tersebut tetapi ini adalah penting bagi melahirkan generasi rakyat Malaysia yang terbaik dan kental dengan pelbagai cabaran dalam era globalisasi seperti yang dikehendaki oleh WAWASAN 2020….

    ini adalah pandangan saya…. saya harap tidak ada pihak yang tersinggung kerana yang Baik DATANG DARI ALLAH SWT… yang buruk datang dari saya…. saya mohon maaf sekiranya ada yang tersinggung dan marah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s