Media senget sebelah: Kerajaan Perak tubuh Sekretariat Blogger

media-senget1

27 Nov 2008 1:02PM

IPOH: Dengan alasan tidak mendapat liputan adil media arus perdana, kerajaan Perak menubuhkan Sekretariat Blogger bagi menyebarkan maklumat dan dasar kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata hasil pertemuan beliau dengan Persatuan Blogger Perak semalam, kesemua 26 penulis blog yang hadir berjanji menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri menyebarkan maklumat menerusi tulisan mereka.

“Segala maklumat dan berita akan disebarkan secara meluas sehingga ke seluruh dunia menerusi penulis-penulis blog ini,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat negeri Perak di sini malam tadi.

Mohammad Nizar berkata seketariat itu, yang diketuai oleh setiausaha akhbar beliau, Anuar Hashim, dapat menepis tomahan, kritikan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan negeri menerusi media arus perdana.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengagkutan Awam Negeri, Nga Kor Ming, dalam ucapannya pula menyelar RTM dan Perak FM kerana tidak memberi liputan yang adil kepada kerajaan negeri dalam menyebarkan maklumat dan aktiviti yang dijalankan. / Bernama

Shahrul Peshawar – Jangan berat sebelah – Laporlah berita dengan penuh etika dan hikmah.  Bukannya sumbat pembaca dengan cerita sampah sarap dan berita bernanah lagi berlendir. 

Jangan ingat rakyat nie semuannya bodoh macam pemimpin kayu tiga diatas tu.  Kita jaja seluruh dunia bahawa kita ada formula nak tangani krisis kewangan tapi bila sentuh bab politik wang (baca sebagai rasuah) – mulalah gelabah, masa tak sesuailah – perlu kajianlah dan macam-macam lagi.

Lagi dekat pemilihan ameno, lagilah banyak isu orang Melayu yang akan diketengahkan.  Memang sengaja disimpan untuk jadi bahan.  Budak Melayu hilang di Indonesia ikut lelaki – pastu Kandang Khinzir di kawasan Melayu – pastu Orang Melayu adalah bangsa yang termiskin di Malaysia – pastu Akhbar Melayu akan pupus – pastu tulisan Jawi – klimak biasa mesti berita panas antara Malaysia dengan Singapura atau mana-mana negara lain.  Putera Ameno bolehlah korang kelentong.

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Inilah dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s