KAPAL KITA DITAWAN LAGI – KENA BAGI SEORANG-DUA RAKYAT MALAYSIA MATI BARU KITA AMBIL TINDAKAN CAM BIASA

 

 

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Sebuah kapal tunda dan tongkang milik dua syarikat swasta negara ini bersama 11 anak kapal warga Indonesia yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia ditawan sekumpulan lanun Somalia di perairan Yemen semalam.

Kedua-dua kapal tersebut yang tidak membawa sebarang muatan ditawan kira-kira pukul 7.15 pagi waktu tempatan (12.15 tengah hari waktu Malaysia) sebelum dibawa masuk ke perairan Somalia.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Muhamad Hatta Abdul Aziz berkata, Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama kedua-dua syarikat tersebut atas tujuan keselamatan.

“Setakat ini belum ada tuntutan daripada pihak lanun berhubung penawanan dua kapal tersebut. Kita baru dimaklumkan mengenai perkara ini (ditawan lanun Somalia),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Shahrul Peshawar – Seperti biasa, kita kena tunggu ada rakyat Malaysia mati baru kita ambil tindakan sewajarnya.  Ini bukan perkara baru – tapi perkara berulang-ulang.  Pihak yang bertanggungjawab seharusnya lebih peka dan prihatin dalam menyelesaikan masalah lanun yang semakin canggih dan menjadi-jadi.  Cuba hantar FRU ikut kapal-kapal nie – kan lebih bermanfaat dan barulah macho… ini dengan rakyat dan orang miskin tunjuk garang – testlah power dengan lanun somalia… MARAH ke bang? 

Leave a comment

Filed under Di Minda Saya, Kenyataan Media

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s