Sukarelawan dan Petugas Bencana

Yang dimaksudkan sukarelawan ialah mereka yang datang membantu secara sukarela.  Mereka nie ada kerja lain, tapi sanggup tinggalkan kerja untuk membantu mangsa tanah runtuh.  Dan mereka nie tak dikira sebagai buat kerja overtime.  Inilah yang dinamakan sukarelawan.

Anggota Bomba, SMART, Tentera dan Polis adalah pasukan bantuan bencana yang terlatih dan khusus untuk membantu dan menangani krisis-krisis alam sebegini.   Mereka dilengkapi dengan pelbagai alatan canggih moden dan tradisional seperti anjing contohnya.  Mereka ini bergaji dan kerja-kerja sebegini memang didalam ruang lingkup tugasan mereka.  Ini termasuk team Medikal dari HKL, HUKM dan Paramedik dari jabatan-jabatan yang bertanggungjawab.

NGO-NGO lain seperti Bulan Sabit Merah Malaysia, St. John Ambulance, Yayasan Salam dan yang lain-lain adalah pasukan bantuan yang melaksanakan tugasan yang tidak terbuat oleh pasukan BOMBA, SMART dan lain-lain tadi.

Ramai orang tak faham, bila berlaku bencana seperti tanah runtuh, gempa bumi dan runtuhan, pasukan yang pertama sekali kena masuk ialah SMART team, diaorang nie terlatih dan ada full equipment.  Bila kita berada ditempat bencana baru saja berlaku, pasukan Polis akan cordon seluruh kawasan dan menghadkan pergerakan kenderaan – tujuannya untuk memudahkan kerja pencarian orang yang masih hidup menggunakan deria bunyi.  Sebab tu bila berada di kawasan bencana jangan buat macam kita dekat pasar borong. 

NGO selain daripada yang memang ditubuhkan untuk search and rescue, tak payahlah menyibuk dekat tempat SMART, Bomba dan Tentera termasuk Polis bekerja.  Kita tunggu jelah kat kawasan penempatan mangsa bencana.  Buatlah kerja kita kat situ.

Kalau NGO tu berpaksikan medikal – buatlah kerja medikal – pastikan sakit demam dan trauma mangsa kejadian, bagi ubat dan betulkan bandage kalau ikatan dan balutannya salah.  Kalau NGO tu berpaksikan agama – dan katalah tempat tu ramai Muslim, sediakanlah satu surau medan, lengkap dengan tandas dan tempat wuduk, tentukan kiblat dan bila masuk waktu laungkan azan, tapi tempat tu janganlah di tengah-tengah jalan orang nak buat kerja.  Kalau NGO tuk berkonsepkan kebajikan – sediakanlah kawah makanan untuk mangsa dan juga petugas yang terlibat. Adakan menu pagi – tengahari – petang dan malam.  Kalau NGO anda berpaksikan pendidikan – pastikan anak-anak mangsa ada peralatan sekolahnya, pastikan buku-buku, pensel dan sebagainya terjaga.  Hah satu lagi, kalau anda NGO yang cintakan haiwan – bawalah haiwan-haiwan yang berkeliaran tu dan berikanlah perlindungan kepada mereka.

Dalam kerja-kerja sebegini (dalam krisis bencana begini) kita kena pantas dan tangkas.  Pada saya yang paling penting ialah mereka yang terperangkap di bawah.  Mereka ada kurang dari 24 jam untuk diselamatkan.  Sukarelawan dan petugas bencana tidak boleh bercanggah dan buat kerja copycat.  Sukarelawan seharusnya melengkapi petugas bencana dan bukan sesuka hati je nak buat apa walaupun NGO kita tu gah ada nama diluar negara.

Dalam krisis, pengalaman peribadi saya dibeberapa buah tempat – kebarangkalian mangsa mendesak untuk diberikan layanan terbaik, mendapat segala apa yang diminta, melayani segala rungutan dan sungutan mereka adalah biasa dan lumrah, cuma media tak payahlah terlalu mensensasikan isu tu.  Dalam kecemasan mesti ada yang terlepas pandang.

Apapun, tahniah kepada pasukan-pasukan yang terlibat SMART, BOMBA, PDRM, ATM, RELA, Hospital, NGO-NGO, jabatan-jabatan kerajaan dan seluruh yang terbabit.  Kaji punca bencana ini dan cuba elakkan dimasa depan.  Mana-mana faktor manusia dan teknikal boleh diperbaiki dan diperkemaskan.

Orang politik pula tak bolehlah nak lepas tangan tunding sana tunding sini.  Haji Bakhil kata Sudin punya kerja, Sudin pulak kata Aziz yang luluskan, Aziz pulak kata Ramlee yang arahkan, lepas yang susah sapa?  Rakyat jugak.

Shahrul Peshawar, Alor Setar

5 Comments

Filed under Bencana Alam

5 responses to “Sukarelawan dan Petugas Bencana

  1. yasmin binti safruddin

    saye seorang pelajar. saye mmg minat nak join volunteer services especially for humanitarian projects. mcm mana saya nak mendaftar untuk mane2 badan yang berkaitan sebagai sukarelawan???

    please reply.

    • shahrulpeshawar

      Maaf kerana lewat reply.

      Sdri Yasmin boleh menyertai mana-mana agensi sukarelawan yang berdekatan dengan kediaman sdri. Paling mudah ialah dengan menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. PBSMM ada di kebanyakkan daerah di Malaysia. Sdri. juga melawat laman blog Yayasan Salam, AMAN Palestin, AMAN Malaysia, Global Peace Mission dan yang sewaktu dengannya.

      • bella farhana

        salam….

        sy ni t’lalu la sgt minat bab sukarelawan ni…tp xtahu cmne nk join…byk sgt la skrg p’satuan2 yg bt benda amal ni…tp sy nk join sesuka hati pon rasa takot bcoz takot p’tubuhan itu xbtol @ tipu la…klo blh sy nk mtk kerjasama mr.shahrul tunjukkan jln btol utk sy..

        w’slm…

      • shahrulpeshawar

        W-salam. Terima kasih atas minat anda, Bella. Sila hubungi Malaysian Relief Agency, kami tengah mencari sukarelawan untuk pelbagai bidang, di dalam dan luar negara Insya ALlah.

        Sila hubungi Sdr. Khairil 019 3529522 atau Sdr. Hud Sulaiman 019 3174292 atau Sdr. Shahran Kassim 019 3326274

  2. haiqal

    hm…salam…blh x cerita psl peranan sukarelawn dgn lebih mendalam??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s