Sime Darby sahkan ambil 51% ekuiti IJN – CANTIK… kenapa tak ambil alih aje Kementerian Kesihatan?

Dulu lagi, sebelum pilihanraya 8 Mac kerajaan pusat dah nyatakan hasrat untuk swastakan perkhidmatan kesihatan, jadi pengambil alihan nie adalah sebahagian daripada cita-cita tersebut.  Pak Lah ada kata bukan kerajaan tak mampu tapi nak lihat ianya jadi lebih baik – patutnya SIME DARBY ambil alih terus putrajaya – lagi bagus.  Pak Lah kata lagi dia nak jaminan dari SIME DARBY bahawa kepentingan orang miskin akan dipelihara… DAHSYAT… langsung tak dibincangkan ke bab nie dalam rundingan semasa pengambil alihan – jaminan kena buat berasingan pulak?  Baguslah Pak Lah turun cepat, besok tah apa benda lagi yang menyusahkan rakyat nak dibuatnnya. Tak peduli rakyat langsung.

SHAHRUL PESHAWAR

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Konglomerat Sime Darby Berhad (Sime Darby) yang mengesahkan hasrat untuk mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam Institut Jantung Negara (IJN), memberi jaminan untuk mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid berkata, aspek tersebut adalah antara tiga syarat yang digariskan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dalam surat persetujuan secara prinsipal bagi Sime Darby mengambil alih kepentingan tersebut dalam IJN.

Menurutnya, Sime Darby merupakan pihak yang mengemukakan cadangan rasmi kepada kerajaan mengenai hasrat tersebut beberapa bulan lalu dan bukan kerajaan yang menemui konglomerat itu.

Katanya, Sime Darby sendiri terkejut dengan berita yang tersiar hari ini, sedangkan pihaknya baru hari ini menerima surat kelulusan EPU.

Surat EPU tersebut ujarnya, mensyaratkan Sime Darby supaya memberi komitmen untuk meneruskan tanggungjawab sosial kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin termasuk kakitangan kerajaan seperti yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan menerusi IJN sekarang.

Beliau berkata, syarat lain ialah rundingan mengenai nilai ekuiti pengambil alihan kelak yang memerlukan Sime Darby melaksanakan kajian wajar yang akan dikemukakan semula kepada kerajaan untuk kelulusan.

Syarat terakhir katanya, ialah berkaitan penyediaan pelan perniagaan iaitu perancangan Sime Darby untuk memajukan lagi IJN dalam tempoh lima tahun atau selanjutnya.

”Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan ke atas IJN, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus dan bakinya masih dipegang oleh Kementerian Kesihatan.

”Dan mengapa Sime Darby? Ini kerana Sime Darby juga adalah sebuah syarikat rakyat. Kami adalah syarikat milik kerajaan (GLC) dan memiliki 10.5 juta pemegang saham,” katanya pada sidang akhbar khas di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini hari ini.

Sidang akhbar tersebut diadakan berikutan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sebelah pagi, yang mengesahkan khabar angin dalam blog mengenai kemungkinan Sime Darby mengambil alih IJN.

Ahmad Zubir berkata, di pihak Sime Darby, pengambilalihan itu akan mampu membawa sinergi kepada IJN, menerusi kekuatan Bahagian Penjagaan Kesihatan Kumpulan Sime.

”Kita komited terhadap perkhidmatan sosial kepada mereka yang berpendapatan rendah dan dari sudut Sime Darby, aspek mereka yang berkemampuan akan turut menikmati manfaat.

”Misalnya, jika berlaku katil atau bilik pembedahan penuh di IJN kelak, pesakit tersebut boleh dihantar menggunakan kemudahan kami di Pusat Perubatan Pakar Subang Jaya (SJMC) dan dengan doktor yang memiliki kepakaran yang sama,” jelas beliau.

Menurut beliau, langkah seterusnya ialah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus sebagai formaliti.

Beliau menafikan pihaknya akan membuat rombakan terhadap barisan pengurusan IJN kerana ‘mereka kini menguruskan IJN dengan cemerlang’.

Ditanya mengenai pendapat bahawa bila sesebuah institusi kerajaan diambil alih swasta akan menukar kadar caj, Ahmad Zubir berkata, pihaknya komited untuk tidak berbuat demikian.

Ahmad Zubir berkata, langkah mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam IJN adalah sejajar dengan pelan perluasan Bahagian Penjagaan Kesihatan Sime Darby.

Sime Darby kata beliau, mempunyai pilihan untuk membina sendiri pusat perubatan jantung tetapi ia akan memerlukan bertahun-tahun untuk membina nama dan reputasi.

Sebaliknya menerusi jenama IJN ujarnya, aspek reputasi tidak menjadi masalah disebabkan IJN sememangnya sudah terkenal sebagai pusat perubatan jantung terulung di rantau ini.

1 Comment

Filed under Di Minda Saya

One response to “Sime Darby sahkan ambil 51% ekuiti IJN – CANTIK… kenapa tak ambil alih aje Kementerian Kesihatan?

  1. Hai, sheikh…panas komen anta ni…FRU dah tunggu kat luaq tu…heheh! Anyway, good impression!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s