P036 – Kuala Terengganu – Isu Hudud sebagai alat propaganda politik.

jangan-ptong

 

Genderang pilihanraya kecil Kuala Terengganu sudah dipalu dan antara isu awal, paling mudah untuk disalah erti, paling berpotensi untuk dipesongkan ialah penjelasan mengenai Hukum Hudud.

 

Hudud adalah sesuatu yang menakutkan kepada non-muslim (saya istilahkan sebagai “yang belum Islam” dan tidak sebagai “bukan Islam”)

 

Dalam pilihanraya, kayu ukurnya ialah bilangan undi yang diperolehi.  Itulah yang akan mendasari keputusannya nanti.  Soal halal atau haram, menyentuh aqidah atau syariat, dosa dan pahala, ethical atau tidak bermaruah semuanya menjadi nombor dua sahaja bagi sesetengah pihak.  Yang penting, parti aku menang – matlamat menghalalkan cara.

 

Isu utama Hudud yang dimomokkan ialah pancung, potong tangan, rejam sampai mati, sebat, pesalah rogol dapat lepas, wanita dinafikan hak sebagai saksi, kekurangan saksi dan beberapa lagi. Walhal semua perkara yang dimomok-momok ini mempunyai penjelasannya yang lengkap dan terperinci berdasarkan perlaksanaan Hudud.

 

Pandangan peribadi saya, kegagalan bagi yang belum Islam memahami Hudud ialah kerana orientasi agama mereka tidak sama dengan Islam – Islam adalah Ad Deen – satu cara hidup.  Bermula dengan solat sahaja – kita sudah berbeza dengan mereka.  Mana ada agama yang kena sembahyang lebih dari sekali sehari?  Konsep memelihara diri dan keluarga dari api neraka dan kebinasaan adalah sesuatu yang asing dan tidak termasuk langsung dalam ajaran kepercayaan mereka.  Yang ingin saya tekankan ialah cara kita berfikir tentang agama berbeza dengan teman-teman yang belum Islam.

 

Antaranya, konsep pengadilan di Padang Mahsyar atau judgement day hanya terdapat dalam agama-agama samawi sahaja, kepercayaan lain tidak dapat menggambarkan keadaan tersebut dengan menyakinkan, dan kalau adapun mungkin mengungkapkannya sebagai kehidupan kedua – reincarnation – tapi digambarkan masih lagi hidup di dunia yang fana ini.

 

Justeru dalam kaedah Hudud, mereka yang telah menerima hukuman sewaktu di dunia ini akan terlepas pembalasan di akhirat adalah sesuatu yang mencabar minda mereka yang belum Islam. Ini merupakan satu eksesais minda yang cukup kompleks untuk mereka. 

 

Tidak dinafikan faktor ketaksuban terhadap kepercayaan mereka turut memainkan peranan menolak perlaksanaan hukum Hudud, terutamanya bagi mereka yang mendapat agama turun temurun dan bukannya dari para Rasul dan Ambiya.  Mereka merasakan kepercayaan mereka itu perfect dan terbaik, tetapi apabila dibuat perbandingan dengan Islam ternyata mereka tidak langsung mampu bersaing dalam apa bidang sekalipun.  Sebagai contoh, dalam konsep kepercayaan lain – mereka juga berbuat kebajikan dan usaha-usaha menuju ke syurga tetapi ianya bersifat santai dan tiada penegasan untuk dilaksanakan.  Dalam Islam, usaha menuju kearah kebaikan atau jalan ke syurga ini diberikan ganjaran pahala dan ianya tidak terhenti setakat membuat kebajikan sahaja – kejahatan juga harus dilawan dan juga dianugerahi pahala – konsep amar ma’ruf nahi mungkar.  Agama lain ada amar ma’ruf tapi nahi mungkarnya tiada langsung. 

 

Dialog antara agama di Malaysia masih gagal dan kita masih saling tidak memahami.  Terlalu banyak perkara tentang Islam yang masih belum dapat dicernakan oleh mereka yang belum Islam.  Contoh lain ialah kenapa seorang Muslim tidak boleh memakan khinzir dan daging yang tidak disembelih secara halal.  Konsep bersih tidak sama dengan konsep suci.  Bersih secara lahiriah tetapi suci menjangkaui perkara batiniah dan ianya tidak ada pada konsep dan ajaran sesuatu kepercayaan yang lain.  Ini yang membuatkan mereka pening dan keliru.

 

Berbalik kepada Hudud.  Konsep yang asing ini ditambah tokok oleh golongan Islam yang jahil, berkepentingan, derhaka, fasiq dan munafik menjadikan seolah-olah Hudud sebagai satu bencana atau malapetaka jika dilaksanakan, membawa manusia kembali ke zaman pra sejarah – zaman batu.

 

Saya percaya ramai yang belum Islam tidak tahu bahawa seseorang yang mencuri kerana lapar, kesusahan dan kesempitan tidak akan dipotong tangannya semudah itu sahaja.  Kalau mencuri jambu di hujung kebun atau susu setin tidak akan menjadikannya kudung.  Namun kalau dia seorang peragut, kerjayanya meragut disamping berpotensi untuk mencederakan mangsanya – melakukan ragut berulang kali dan seronok melakukannya adakah cara lain untuk mengajarnya?  Adakah jawapan kepada masalah ini di dalam agama dan kepercayaan lain?  Tiada. Malah kalau dihantar pada Polis pun peragut nie, paling lama ditahan reman – 24 jam, lepas itu mesti dibebaskan, dan dia akan kembali meragut.  Islam ada jawapannya:- kalau dia peragut tegar – dia boleh dibicarakan dan dihukum dibawah hukum Hudud.

 

Ada yang mengatakan memotong tangan menafikan hak seorang manusia, menaniayainya dan ini termasuk didalam hak kemanusiaan seseorang individu itu.  Bagaimana pula hak orang yang menjadi mangsanya?  Adakah orang ini tiada haknya pula?  Bagaimana untuk mendisiplinkan mereka ini? Tetapi manusia yang bercakap isu ini boleh pula menerima hukuman gantung tanpa banyak soal.  Hudud adalah dari ALlah, manusia hanya melaksanakannya.

 

Islam mengambil pendekatan mencegah – Cegah Sebelum Parah.  Sebab itu umat Islam dianjurkan untuk menjauhi Zina.  Dekat pun jangan pada zina ini.  Sebabnya banyak kerosakkan dan kehancuran pada zina. Islam memelihara keturunan dan nasab, inilah cara Islam meletakkan tanda hormat dan kasih kepada wanita.  Maruah seorang wanita itu perlu dipelihara – dan sebagai kilang manusia – apakah penghormatan yang lebih baik selain melahirkan anak yang sah dari perkahwinan yang sempurna?  Apakah kepercayaan lain menghayati kepentingan menjaga nasab dan keturunan ini?  Jawapnya tiada.  Masyarakat yang hidup dalam suasana zina dan seks bebas akan mendapat musibah – suka atau tidak natijahnya adalah bala yang diturunkan Allah kepada mereka.  Hilangnya perasaan hormat kepada golongan tua, pembuangan bayi, penguguran haram, rumah persundalan lebih banyak dari kedai runcit, kondom bertaburan, berpeleseran, sumbang muhrim, HIV, siflis dan sebagainya – Islam memelihara umatnya secara fizikal, mental dan spiritual.  Kepercayaan lain tidak ada nilai sebegini untuk dipertahankan dan inilah antara sebab mereka melihat undang-undang Hudud sebagai “not friendly to the human society”.

 

Konsep rejam sampai mati kepada pelaku zina yang sudah berkahwin dan sebat seratus kali bagi yang belum berkahwin adalah sesuatu yang menakutkan jika tidak diterangkan falsafah yang terselindung hukum tersebut.  Kepercayaan lain meletakkan status hubungan seks sebagai sesuatu yang menyeronokkan, sumber keSyaitanan, sesuatu yang menjijikan dan sifat kehaiwanan.  Ada yang melarang penganutnya melakukan seks dan ada juga yang terlebih-lebih memujanya.  Justeru hukuman sebat dan rejam dilihat sebagai tidak adil dan tidak bersifat kemanusiaan langsung.  Berbeza dengan Islam, kita melihat hubungan seks – terutamanya yang halal sebagai satu pintu ibadah dan ianya adalah keperluan asasi kepada manusia yang sihat.  Islam membenarkan seks dan mengalakkan umatnya melakukan seks secara sihat dan tabii.  Sebarang usaha bercanggah dan menyonsang dari prinsip ini adalah pencerobohoan privacy dan penghinaan kepada sifat manusia dan kehidupan bermaruah.  Setiap orang pasti akan menerima konsep ini dan menyokongnya.

 

Kesimpulannya, Hudud perlu dibicarakan secara keseluruhannya dan jangan dipisah-pisahkan.  Hati-hati saudara, ini soal akidah dan kepercayaan. Jangan kerana undi, hilang prinsip dan lebih malang merosakkan aqidah kita. 

Wallahualam.

 

Shahrul Peshawar

Alor Setar

1 Comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya

One response to “P036 – Kuala Terengganu – Isu Hudud sebagai alat propaganda politik.

  1. hanif

    Islam is a way of life . As a Muslim , I have to perform my submission to Allah by following the guidance and instructions from al-Quran and the sunnah. Hudud has been mentioned in al-Quran as Quranic law thus no matter how the muslims should obey .Wallahu ‘alam .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s