Pengganti Antara Putera Yang Empat

KUALA PILAH, 28 Dis (Bernama) — Pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru berbeza dengan cara pemilihan pengganti raja dan sultan di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar.

“Dari keempat-empat mereka ini, seorang akan dipilih sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Besar Sembilan yang baru. Kaedah pemilihan ini dibuat oleh Undang Yang Empat,” kata Tiang Kerajaan (Pakar Rujuk Adat Perpatih) kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget, 69.

Persidangan yang diadakan pada pukul 3 petang di Istana Besar Seri Menanti dan pengumuman dijangka dibuat lewat petang ini atau pada Isnin sebelum jenazah Almarhum dimakamkan.

Khalid berkata pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar ini adalah mengikut adat yang diucap dan dipakai seperti kata adat “Yamtuan Mangkat, Yamtuan Menanam”, begitu juga dengan “Undang Mangkat”, Undang Menanam” yang bermaksud mengumumkan pengganti Yang Dipertuan Besar Negari Sembilan sebelum Almarhum disemadikan.

Cara pelantikan ini dipakai mengikut Adat Perpatih dari dahulu hingga selama-lamanya.

Beliau berkata, kemangkatan Almarhum Tuanku Ja’afar telah dimaklumkan kepada Undang yang Empat dan Tunku Besar Tampin oleh Datuk-Datuk Lembaga Yang Empat Luak Ulu Muar iaitu Datuk Paduka Besar, Datuk Seri Maharaja, Datuk Senara Muda dan Datuk Orang Kaya Bongsu.

“Kemudian Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin akan menziarahi jenazah Almarhum baginda, setelah itu mereka akan mengadakan rundingan secara tertutup bagi memilih bakal Yang Dipertuan Besar Negeri yang baru,” katanya.

Istiadat pemakaman jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat asar. Tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari sejak semalam.

— BERNAMA

Leave a comment

Filed under Belasungkawa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s