BLOG HINA NABI…

Blog Hina Nabi.

Memang kita marah dengan orang yang hina Nabi, apatah lagi Rasulullah SAW.

Tapi kita juga marah dengan orang yang mengguna Nabi, untuk tujuan yang salah.  Nak kahwin ikut nabi, tapi solat tak nak pulak ikut nabi, bab puasa tak nak ikut Nabi.  Malah antara orang yang jahat ialah orang yang suka memanipulasi isu untuk kepentingan diri dan tembolok masing-masing.

Berbalik isu blog hina nabi nie, kenapa tetiba je jadi isu?  Dekat nak pilihanraya je mulalah isu memburukkan blog nie bermula. 

Dalam pilihanraya P44 – Permatang Pauh yang lalu, BN gagal menyembunyikan fakta dan menafikan serangan-serangan BA, malah penggunaan media massa yang dikawal oleh mereka juga gagal untuk meraih simpati dan menaikkan jumlah undi yang diterima.  Malah dalam pilihanraya umum ke 12 lagi, penggunaan blog dan capaian internet yang lain rancak memberikan maklumat alternatif dan tambahan kepada para pengundi khasnya dan rakyat umumnya.

Untuk memulakan kempen bagi menjauhkan rakyat dari mendapat maklumat tepat dan bernas – rakyat perlu dijauhkan dari internet, terutamanya blog.  Kempen yang menyamaratakan semua blog akan dibuat habis-habisan.  Mereka akan memburukkan dan membusukkan blog sepertimana yang mereka buat pada tokoh-tokoh tertentu.  Simbiosis yang akan dibuat ialah INTERNET (Blog) = Hina Nabi (Kafir dan Murtad). 

Antara tujuan memburukkan blog ialah untuk menaikkan semula rating pembaca akhbar sampah semacam Berita Haryan, Utusan Merayu, eNST, S’tar termasuklah RTiM dan TV-3.  Bila blog dah diblok, senanglah minda rakyat nak diracun dan dicanai semula.

Peliknya, blog hina nabi nie tak dapat pulak dicari asal usulnya, kalau Raja Petra cepat aje nak ditangkap.  Kalau Kickdafella senang je nak tahan.  Tapi yang nie dapat lepas pulak.   Maknanya tak lah canggih sangat pihak yang berkuasa nie, bab “torture”, pukul orang, terajang orang, aniaya orang dia lah hero – tapi bab guna kepala otak dan akal tak lah pintar sangat (bangang).

Mak bapak pun akan diminta untuk jaga anak-anak agar jangan terjebak dengan blog nie, jangan baca dan jangan buka – bunyinya macam jahat je blog nie.  Baru-baru nie ada cadangan nak adakan garis panduan untuk blogger, kononnya untuk kawal blogger dari memesongkan fikiran pembacanya.  Apalah punya penakut.  Memang ada blog yang mengarut, lucah dan tak beretika – tapi sama lah jugak cam TV – ada yang tak bermaruah – pelaporan berita yang menyesatkan – penafian fakta dan memihak kepada satu pihak sahaja.  Kita kenalah bijak memilih.

Go blog tapi jangan jadi goblok.

SHAHRUL PESHAWAR, Alor Setar

 

 

In

1 Comment

Filed under Bencana Manusia, Di Minda Saya

One response to “BLOG HINA NABI…

  1. Wow, brother…berasapnyer….caya lah…
    Menarik gak tu…Go Blog! usah jadi goblok ya pak-pak penguasa….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s