Henti desak kerajaan terbit Bible dalam BM

SAYA merujuk seruan Timbalan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia – The Christian Federation of Malaysia (CFM), Rev. Dr. Eu Hong agar membenarkan Bible (Injil) diterbitkan dalam Bahasa Malaysia (yang sebenarnya bahasa Melayu) yang tersiar dalam sebuah akhbar Inggeris tempatan beberapa hari lalu.

Umum mengetahui bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar utama orang Melayu-Muslim yang juga merupakan bangsa majoriti di negara ini.

Percubaan menerbitkan kitab Injil dalam bahasa Melayu secara tidak langsung bermaksud mensasarkan Bible kepada bangsa Melayu-Muslim. Ini tentunya mengundang isu yang lebih sensitif dan berbahaya iaitu isu murtad.

Sama ada kita mahu menafikannya atau tidak, kemungkinan itu akan berlaku dan saya menjangkakan jika terjadi kemelut, krisis, salah faham, rasa tidak puas hati, geram dan kemarahan umat Islam, CFM dan semua yang menyokong seruan itu hanya akan berlepas tangan.

Amat malang jika mana-mana pihak tidak dapat melihat bahawa isu kitab Injil dalam bahasa Melayu amat rapat dengan isu murtad; dan isu murtad pasti mengundang rasa tidak senang serta bantahan daripada umat Islam seluruhnya. Negara pernah melalui episod hitam dalam isu murtad ini baik berdekad lalu seperti kes Natrah ataupun kes paling sensasi Aishah Bukhari. Persoalannya apakah kita sanggup melihat kesudahan sebuah pertembungan dua agama, ia sama seperti isu perkauman melampau yang seharusnya dielakkan.

Apakah dengan alasan rapuh iaitu bagi memenuhi kehendak etnik bumiputera Sabah dan Sarawak yang minoriti jumlahnya dan yang pastinya mereka boleh memahami bahasa Inggeris; serta alasan Islam harus toleransi dan kerajaan perlu mengakui hak kebebasan bersuara, maka kita harus berdepan dengan bahaya yang lebih besar iaitu kemarahan umat Islam seluruhnya.

Pertimbangan ini seharusnya difahami semua termasuk CFM sendiri. Di Malaysia kita mesti menghormati sesama kita tanpa menggadaikan prinsip agama dan undang-undang yang telah dipersetujui. Kita tidak perlu melakukan eksperimen ‘dangkal’ seperti ini.

Bukanlah satu yang aneh jika saya katakan jika seruan ini terus diulang-ulang bermaksud ia adalah ‘inisiatif curang’ yang sengaja mahu mengundang kemarahan umat Islam dan membuka ruang baru dalam krisis murtad yang sepatutnya dielakkan. Ini sewajarnya difahami oleh CFM.

Saya mendesak kerajaan bertegas dalam isu yang amat sensitif ini pada peringkat akar umbi lagi iaitu jangan benarkan ‘riak-riak’ ini menjadi ‘gelombang’. CFM harus faham ini bukan isu tidak toleransi, kebebasan bersuara atau liberalisme kerana komposisi bangsa, prinsip, sejarah dan budaya negara tidak sama seperti Indonesia mahupun Singapura.

Malaysia tidak didirikan atas doktrin-doktrin yang cuba dipropagandakan oleh anasir-anasir Barat yang sememangnya sudah runtuh moral serta terhakis kepercayaan terhadap agama. Apa perlu kita menyahut seruan curang yang berslogan hak kebebasan bersuara, liberalisme mahupun bertoleransi yang bukan pada tempatnya.

Kita sudah saksikan bagaimana kecelaruan dan salah faham antara agama mudah berlaku seperti dalam isu fatwa pengharaman Yoga. Amat malang Islam diletakkan dalam kandang orang salah iaitu seolah-olah tidak toleransi terhadap agama lain dan mengongkong penganutnya.

Hal ini amat mengecewakan, pada hakikatnya agama lain yang tidak berusaha untuk memahami asas dan susur galur prinsip Islam. Dalam isu pengharaman yoga bagi umat Islam, kita sedia maklum bahawa yoga adalah sub-set daripada amalan ritual agama Hindu.

Maka mana-mana Muslim yang sihat akalnya tetapi beramal dengan amalan Yoga, secara sedar dia sedang mempratiskan ritual agama Hindu yang dikhuatiri akan gugur syahadahnya. Syahadah adalah teras agama orang Islam. Oleh kerana itu fatwa pengharaman dikeluarkan bagi memelihara akidah (kepercayaan) umat Islam; maka apa yang salahnya di situ.

Isu ini diperbesarkan sehingga orang Hindu sendiri salah faham terhadap perkara ini. Kini percubaan yang sama dibuat sekali lagi menerbitkan Injil dalam bahasa Melayu. Ia menyentuh sensitiviti umat Islam yang tidak mahu isu murtad ini ditimbulkan kembali.

Adalah keterlaluan jika saya katakan orang yang terus mendesak isu yang sensitif ini tanpa peduli bermaksud mereka naif dan sanggup menggadaikan keharmonian negara. Kita yang hidup dalam pelbagai bangsa dan agama seharusnya peka dan prihatin. Tidak mementingkan hal minoriti dengan menggadaikan keharmonian majoriti.

Mungkin bagi CFM, isu murtad itu remeh dan tidak berkaitan dengan urusan mereka tetapi tidak bagi Islam dan penganutnya – isu murtad adalah isu dasar, berat dan serius.

Sekali lagi saya mendesak agar kerajaan bertegas dan prihatin dalam isu sensitif ini yang boleh mengundang isu dan gejala murtad kembali keruh. Kita harus bersedia menghormati agama lain dengan tidak mencampuradukkan dan menambah kekeruhan yang akan terjadi.

MOHD. KHALID YAHYA, Gombak, Selangor

Orang Kristian pun nak gunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa Bible, tapi segelintir pemimpin Melayu masih diawang-awangan dengan Bahasa Inggeris.  Syabas Sdr. Khalid.

Mana geng PEWARIS? pegilah buat demo cepat…

Shahrul Peshawar, Alor Setar

Leave a comment

Filed under Inilah dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s