Rumah DARUL WARDAH memerlukan bantuan ANDA

Assalamualaikum w.b.t

 darul-wardah

Saya bagi pihak pengurus DARUL WARDAH ingin memohon simpati dan sumbangan kepada muslimin & muslimat agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan serta mewakafkan kepada DARUL WARDAH iaitu Rumah Perlindungan Wanita di Jalan Kebun, Klang bagi melancarkan lagi urusan dalam membimbing insan-insan teraniaya.

Sumbangan yang kami perlukan adalah berupakan seperti berikut :-

  1. Sumbangan makanan untuk sebulan (anggaran sebulan RM600)
  1. Sumbangan berupa wang tunai, cek, wang pos (nombor akaun atas nama Helwa ABIM Selangor Bank Muamalat, Bank Muamalat: 1204-000-2343- 71-1  (mohon fakskan atau emelkan slip bank-in)
  1. Barangan Elektrik seperti kipas angin, seterika baju, mesin basuh, thermos air dan sebagainya.
  1. Kos untuk pemasangan talian telefon/faks dan streamyx (anggaran RM500)
  1. Wakaf kenderaan terpakai motorsikal, kereta atau van.
  1. Perabot bagi melengkapkan sebuah rumah (sofa, meja, kerusi, tikar getah, karpet dan sebagainya)
  1. Keperluan pakaian (pakaian sekolah untuk perempuan, telekung, sejadah dan sebagainya) 
  1. Buku teks, buku ulangkaji sekolah rendah (darjah 1 hingga darjah 6)
  1. Al-Qurân dan dan Surah Yassin
  1. Buku panduan solat, buku panduan Islam dan sebagainya.
  1. Penyidai pakaian
  1. Rak kasut
  1. Rak fail
  1. Write box
  1. Sukarelawan bagi mengajar kelas-kelas bimbingan.

Bagi sesiapa yang ingin mehulurkan sumbangan serta mewakafkan apa sahaja keperluan tersebut bolehlah menghubungi kami :-

Puan Hazlina Abd Razak – 019-277 4175                   Cik Suraya – 017-229 8358

Ustaz Zawawi – 019-333 9871                                             Encik Amir – 017-605 7324

Sekretariat ABIM Selangor  Tel/Faks: 03-5511 8994

Setiap sumbangan dan wakaf anda tidak sesekali pihak kami lupakan, insya-Allah.

MOHON DIPANJANGKAN EMAIL INI SERTA DIUAR-UARKAN KEPADA SEMUA.

Sekretariat ABIM Selangor                                                                                                                                                                                   2-20-6 Wisma MAIS, Jln RU 3/9A Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor.                                                                     Tel/Faks: 03-5511 8994 @ 019- 266 1772                                                                                                                                                 Emel: anjungberkat@ gmail.com

4 Comments

Filed under Humanitarian

4 responses to “Rumah DARUL WARDAH memerlukan bantuan ANDA

  1. Salam,

    Kami mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan kerana sudi meletakkan iklan darul Wardah dalam blog ini.

    Uszth Hazlina Abd Razak

  2. shahrulpeshawar

    Sekadar membantu setakat kemampuan saya. Terima kasih kembali kepada Ustazah yang membantu mereka yang memerlukan bantuan

  3. maryam

    insyaallah kami akn sbrkn..smg allah memudahkan ujian yg diberi..

  4. wawa

    AssaLamu’aLaikum Ustazah Hazlina, apa khabar rumah Darul Wardah sekarang? Ni Wawa..

    Ustazah,Terima kasih krn bagi Wawa tumpang rumah Darul Wardah hari 2. ALHAMDULILLAH, sekarang ni tgh merangkak2 nak bina kehidupan yg lebih baik. Terima kasih di atas segala budi baik Ustazah dan sukarelawan2 Darul Wardah, banyak yg Wawa belajar. ALHAMDULILLAH .. :-) Ustazah, sekarang ni, Wawa dah pandai mengaji tau? Boleh ajar Syamil (Anak) lagi. Syukur ALHAMDULILLAH, Byk sgt nikmat rahmat yg Wawa dapat sepanjang berlindung di rumah Darul wardah.

    Semoga ALLAH SWT memudahkan segala urusan Ustazah, Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s