Berita Gempar – MANUSIA ZAMAN AIS ditemui di Perak

Sudahlah kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke 12 tempohari, kalah lah pulak di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, kalah lagi di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu… maka ramai pemimpin umno kehabisan modal untuk bertanding pada pemilihan umno Mac 09 nanti.  Oleh yang demikian – buat kenyataan macam MANUSIA ZAMAN AIS – satu zaman yang mana manusia idok le berTAMADUN sangat… tak begitu Zahid?  Itu baru balik Haji tu…

iceman

Agensi Persekutuan Tidak Iktiraf Tandatangan Pengerusi JKKK

By: Ramjit

IPOH, 20 Jan (Bernama) — Semua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang telah diarah untuk tidak lagi menerima dan mengiktiraf sokongan dan pengesahan daripada pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) yang dilantik oleh kerajaan negeri yang berkenaan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Perak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya semua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan kini akan hanya menerima borang-borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan yang ditandatangani dan disahkan oleh pengerusi JKKK Persekutuan (JKKKP) yang dilantik kerajaan persekutuan.

“Dan saya telah mengarahkan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di Perak agar mematuhi arahan ini yang berkuatkuasa serta-merta,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Perak di sini, Selasa.

Bagaimanapun, katanya, arahan itu tidak terpakai terhadap mana-mana permohonan atau urusan di jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di negeri ini yang dikemukakan sebelum hari ini.

Beliau yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata semua ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di Perak juga dilarang daripada menghadiri sebarang mesyuarat yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

“Mesyuarat yang dianjurkan kerajaan negeri hanya dihadiri oleh ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri sahaja. Arahan itu saya sudah keluarkan lama dan ini adalah langkah serta-merta kerana sebarang kehadiran ke majlis-majlis mesyuarat anjuran kerajaan negeri di peringkat negeri dan peringkat daerah, maka tindakan tatatertib akan dilakukan kepada ketua jabatan dan ketua agensi kerajaan persekutuan yang menghadiri mesyuarat berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata bagi ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan yang mempunyai tugas gunasama dengan kerajaan negeri seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan polis adalah dikecualikan dengan larangan berkenaan.

— BERNAMA

 


3 Comments

Filed under Bencana Manusia

3 responses to “Berita Gempar – MANUSIA ZAMAN AIS ditemui di Perak

  1. Reformis

    … emm ntah ler apa nak jagi dgn puak2 UMNO ni, nak kata bodoh, mcm pandai, nak kata cerdik, bongok pulak, jagi bolehlah disimpulkan sebagai Bodoh Nak Mampus depa ni…..

  2. zackKlang

    …dah nampak depa dah ngelabah dah nii..baru 2009 apatah lagi 2011 (PRU 13) banyak kene darah tinggi dan sakit jantong…maklumlah Be End dah nak berkubur..!!!!kalau dulu kita lihat semasa kempen
    PRU12 gerombolan Be End bukan main gah dan garang pakai baju umno…tapi semangat dan keberanian itu dah hilang bila masa kempen PRK Trengganu….agaknya takut kena baling telor busook kot..tapi yg tersirat ialah PAKATAN RAKYAT lebih menonjol dlm kempen PRK Trengganu kerana yakin menang. Oleh kerana yg akan tersurat pd PRU13 nanti maka pihak gerombolan hanya akan pakai baju parti bila diPWTC jee…tak berani lagi pakai selepas mesyuarat….dah tak gah lagi …takut kalah lepas nii……kahhhh…kaaahhh.kaaaahhhhhhhhhhhh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s