Petugas Global Peace Malaysia ke Wilayah bergolak – Gaza

Assalamualaikum

SAYA terpanggil untuk berkongsi Misi Global Peace Malaysia ke GAZA 2009.  Ini bukanlah catatan rasmi bagi GPM, sekadar coretan seorang petugas bantuan kemanusiaan yang pernah terlibat dalam aktiviti pelarian di Pakistan,  Afghanistan, Kashmir dan Iran serta pernah bertugas di zon perang.

Misi GPM kali ini ialah untuk menyediakan prasarana pergudangan bagi memudahkan NGO-NGO kecil serata dunia menyalurkan bantuan mereka secara tersusun, sistematik dan berkesan.   Pengalaman ketika membantu di Kosovo, Afghanistan dan Acheh menjadi asas kepada perancangan ini.

Setiap NGO mempunyai ruang lingkup dan kemahiran masing-masing yang perlu dikisar (blend) bersama bagi menjadikan kerja bantuan kemanusiaan semakin meriah dan tidak photocopy (fotokopi) kerana ianya akan merugikan sumber, masa dan wang ringgit.

Setakat ini, saya belum boleh memberikan sebarang gambaran tentang operasi gudang ini, bagaimana strukturnya, bagaimana jadual pergerakkanya, keluasan, faedah nilai tambah yang ada, kemampuan penggendaliannya dan sebagainya sehinggalah saya mendapat maklumat yang lengkap dan tepat.  Apapun saya akan cuba mendapatkannya dalam masa yang terdekat.

Petugas yang terlibat dalam misi GPM kali ini ialah Dr. Hyzan, Mej. (B) Azlan dan Sdr. Khairil Anuar Khalid. 

Dr. Hyzan saya kenali sejak misi GPM di Afghanistan dan kami pernah ke Kashmir dan Lebanon bersama.  Dr. Hyzan seorang pakar Ortopedik memang dikenali ramai dan sering menjadi pakar rujuk didalam bidangnya.  Ketika di Afghanistan, kenderaan yang dinaiki beliau pernah ditembak tetapi mujurlah tidak ada sebarang kejadian buruk yang berlaku.  Malah ketika dalam perjalanan pulang, sewaktu menunggu penerbagan di Karachi, beliau berpengalaman merasai susulan gerakan (aftershock) yang menyebabkan orang bertempiaran lari menyelamatkan diri.  Kami pernah sama-sama tercampak dari katil dalam misi bantuan ke Balakot, Kashmir dalam bulan Ramadhan 1426 yang lepas kerana gegaran aftershock yang kuat.

Mej. (B) Azlan pula adalah ahli kepada kumpulan ke-2, tim GPM ke Afghanistan.  Beliau lah yang membuat interaksi awal untuk Sekolah Tinggi Sooriya di Miskeenabad, Peshawar, Sekolah Ummu-E-Salamah, University Town, Peshawar, Afghanistan Reconstruction and Development Council – ARDC – untuk projek Tadahan air di Dehbala, Ningarhar, Afghanistan.  Projek ini semuannya diteruskan ketika saya menjadi Pengurus Projek di GPM Asia Selatan.  Kami turut serta dalam Misi Bantuan ke Kashmir dan Misi Bantuan Banjir di Johor.  Sdr. Azlan telah pergi ke serata tempat termasuk di Iraq, Sri Lanka dan Palestin sebelumnya.

Sdr. Khairil Anuar Khalid adalah mentor lama saya semasa kami di Tabung Bosnia Malaysia dan Malaysian Relief Agency Tashkent, Uzbekistan.  Kami kemudiannya bekerja lagi di Afghanistan, Pakistan, Kashmir dan Iran.  Saya pernah berguru teknik membuat Effective Mircoorganisme (EM) bersama beliau di Satun, Thailand.  Sdr. Khairil terkenal dengan projek Malaysian Relief Centre-ABIM di Zagreb dan Sarajevo pada awal tahun 90an.

Saya akan mengemaskini untuk maklumat-maklumat yang terkini dari Gaza – Insya Allah.

Shahrul Peshawar, Alor Setar

Semenjak pulang dari Afghanistan dalam tahun 2004 lalu, saya tidak banyak menyertai Misi Global Peace Malaysia (GPM).  Saya sekadar membantu dari belakang dalam beberapa Misi antaranya Program Qurban Orang Asli di Ulu Yam, Kutipan Dana untuk Mangsa Tsunami Acheh, Bantuan Banjir di Batu Pahat Johor serta mengisi beberapa slot ceramah dan perkongsian pengalaman.  Selainnya saya turun membantu AMAN Malaysia dalam beberapa siri bantuan mereka di luar negara.

2 Comments

Filed under Afghanistan, Humanitarian, Refugee

2 responses to “Petugas Global Peace Malaysia ke Wilayah bergolak – Gaza

  1. lan

    Ngapa ko sertai Aman Malaysia, nama mu akan buruk dan memburukkan organisasi GPM dikhalayak ramai

    • shahrulpeshawar

      Terima kasih Lan. Dalam dunia kemanusiaan, dunia membantu orang yang ditimpa kesusahan terutamanya di luar negeri, fahaman politik kita tak penting – yang penting ialah fahaman aqidah kita dan apa kita nak buat. Saya tidak nampak bagaimana nama saya akan buruk kerana berkerjasama dengan AMAN Malaysia. Saya juga tidak rasa GPM akan menjadi buruk disebabkan itu. Teman-teman di AMAN Malaysia tahu stand politik saya dan menghormatinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s