Nak bagi Qurban pun salah ke? Carilah penyelewengan lain..

KENYATAAN AKHBAR

 1.        PKR Bahagian Bandar Tun Razak ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Badan Pencegah Rasuah Selangor yang telah bertindak dengan cekap dan pantas atas laporan  Gerak pada 21 Januari 2009  yang mendakwa  berlaku penyelewengan kewangan dalam pemberian lembu korban kepada penduduk di Bandar Tun Razak.  Tidak sampai 12 jam, pegawai-pegawai dari pejabat BPR telah bertindak dan menyoal siasat orang-orang yang dikatakan terlibat dalam pemberian lembu korban itu.   Kami berharap agar pegawai-pegawai BPR juga dapat bertindak sepantas ini terhadap pelbagai laporan penyelewengan yang telah dibuat oleh pelbagai NGO dan PKR sendiri semenjak bertahun-tahun yang lalu.

 

2.         Kami ingin membuat penjelasan tentang pemberian lembu korban yang didakwa berlaku salah guna kuasa  sempena menyambut Aidiladha yang lalu.  Menjelang  Aidiladha 1429 yang baru lalu, sebanyak 46 ekor lembu telah disumbangkan kepada surau-surau dan masjid-masjid di Bandar Tun Razak.  Sumbangan ini dengan hasrat agar penduduk-penduduk Islam di Bandar Tun Razak dapat sama-sama menikmati Aidiladha dengan sumbangan daging lembu.

 

3.         Lembu untuk agihan kepada penduduk di Bandar Tun Razak ini adalah sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan syarikat bersekutunya.    Sumbangan ini diberikan atas permohonan oleh PKR Bandar Tun Razak kepada PKNS yang telah dibuat menjelang Aidiladha.  Bukan sesuatu yang janggal apabila sebuah anak syarikat kerajaan negeri memberikan sumbangan ketika menyambut perayaan apatah lagi, pada suatu ketika dahulu,  Kuala Lumpur, dan sudah tentunya Bandar Tun Razak adalah kawasan di bawah negeri Selangor. Ramai juga warga Bandar Tun Razak adalah anak Selangor.

 

4.         Pemberian lembu menjelang Aidiladha adalah dengan niat yang murni yang memberikan manfaat kepada ramai orang.  Amalan anak syarikat kerajaan negeri memberikan sumbangan sebegini seharusnya digalakkan dan bukannya dipersoalkan dan dibuat tuduhan bahawa berlaku salah guna kuasa.  Sehubungan dengan itu Parti Keadilan Rakyat Bandar Tun Razak ingin merakamkan rasa kecewa dan malu dengan sikap individu-individu tertentu yang rendah akhlaknya yang tidak dapat membezakan amalan bersedekah dah tolong-menolong dengan amalan politik wang yang diamalkan oleh parti-parti tertentu.

 

5.         Kami juga ingin merayu agar penduduk Bandar Tun Razak amnya dan penduduk Wilayah Persekutuan dan mana-mana individu sekalipun agar bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim agar terselamat daripada tuduhan dan fitnah ini yang berniat jahat serta bermotifkan politik.  Bersama-samalah kita memohon ke hadarat Allah SWT juga dengan solat hajat jika berkemampuan agar amalan murni yang kami lakukan ini dapat disuburkan dengan individu-individu ini dilepaskan daripada pertuduhan yang tidak masuk akal ini.   Semoga mereka yang membuat tuduhan palsu ini diberikan petunjuk oleh Allah agar sama-sama berjihad melaksanakan amal makruf nahi mungkar.  Terserahlah kepada Yang Maha Esa jika mahu memberikan balasan terhadap mereka yang berniat jahat terhadap amalan baik kita ini.

 

6.         Sekali lagi ingin kami menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang salah guna kuasa oleh YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam pemberian lembu untuk sambutan Aidiladha 1429.  Kami menerima sumbangan lembu yang disumbangkan oleh anak syarikat kerajaan kepada surau dan masjid atas permintaan kami sendiri.

 

7.         Kami juga ingin menegaskan bahawa salah guna kuasa yang sebenar dan yang paling besar dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN dalam menggunakan jentera kerajaan sepenuhnya semasa pilihan raya kecil Kuala Terengganu.  Kami mencabar Gerak supaya membuat laporan polis berkenaan salah guna kuasa oleh pemimpin BN ini.

 

Amin Ya Rabbil Alamin, 23 Januari 2009 bersamaan 25 Muharam 1430

Leave a comment

Filed under Inilah dunia, Kenyataan Media

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s