Sumbangan vs Sumbanganx

slide6

Sumbangan.  Pepatah Melayu selalu mengungkap “tangan kanan memberi tangan kiri tak tahu”.

Bila tangan kiri tak tahu tak bermakna kita boleh sumbang apa saja yang kita suka.

Acapkali bila NGO buat kempen sumbangan barang-barang, kami menerima sumbangan yang bukan-bukan.  Kalau bab pakaian terpakai nie… kadang-kadang kami terima pakaian yang berbulan lamanya tak basuh.  Ada seluar dalam koyak, ada stokin sebelah, ada baju digigit tikus dan macam-macam lagi.

slide3

Janganlah buat begini.  Bila kita nak beri sumbangan atau derma – hayatilah kisah Habil dan Qabil.  Ikutlah jejak Habil yang meletakkan qurbannya – kambing terbaik yang gemuk.. bukannya yang kurus dan tidak dingini lagi.  Ini sumbangannya macam “jualan stok penghabisan” nak kosongkan rumah.  Baju dari zaman dia sekolah rendah lagi pun ada sekali.  Kasut yang dah koyak pun dia rembat sekali.

slide4

Kami, bila dapat kotak baju terpakai dari penyumbang – kena buka dulu, pastikan elok-elok sahaja dipilih, mana yang koyak kena dijahit, kalau perlu cuci – kami hantar dobi – kalau perlu di seterika – dan dilipat baik-baik. Masuk kan ke dalam kotak dan dilabel mengikut jantina dan umur.

Ada juga pakaian yang tak berapa sesuai untuk didermakan, contohnya yang terlalu “lip lap”, ketat, jarang dan yang terlalu banyak koyak dan rabaknya. 

Macam orang di Asia Selatan, yang tidak terdedah sangat dengan dunia luar – mereka tak suka pakai t-shirt atau seluar jeans, mereka lebih suka dengan pakaian “kurta” mereka, jadinya sumbangan pakaian adalah tidak menjadi keutamaan kepada mereka.

slide21

Sumbangan ubat pula.  Ada ubat yang diterima kadang kala dah nak luput tarikh – ngam-ngam sampai je.  Dan kebiasaannya kita terima dalam kuantiti besar.  Ada juga syarikat yang ada maruah dan terhormat.  Mereka hantar ubat-ubatan yang berkualiti dan tarikh luputnya pun lama lagi.  Dan kebiasaan bila kita bawa ubat masuk ke negara lain, kena ada satu surat deklarasi tentang isi kandungan kotak yang membawa ubat-ubatan dan disahkan oleh doktor atau pengeluar ubat tersebut.  Kalau kita tak bawa surat deklarasi tu, kemungkinan ubat tu dirampas @ ditahan adalah besar.  Cara nak keluarkannya pula adalah satu cerita lain.

slide5

Sama juga dengan sumbangan makanan.  Ada syarikat yang bagi makanan yang tarikh luputnya dah lepas ataupun dekat-dekat nak tamat.  Ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengosongkan gudang dengan menghabiskan stok melalui jalan murni – sumbangan kepada mangsa bencana dan sebagainya.  Ada juga kes dimana makanan perisa tertentu yang tak berapa nak laku diberikan kepada mangsa bencana.  Senang hidup – gudang dapat dikosongkan, pr coverage dapat, suratkhabar buat liputan, tv buat liputan, reputasi tinggi – tapi barang yang diberi hampeh.

Pelarian atau mangsa bencana di Malaysia semuannya orang baik-baik.  Tak berbunyi sangat kecuali dalam peristiwa Bukit Antarabangsa.  Saya ada pengalaman melihat karenah orang-orang besar yang kemaruk publisiti.  Ada satu YB nie, datang ke pusat bencana dah lah lewat, jam 3 pagi.  Hadir pun sekadar nak bagi selimut je.  Penghuni pusat bencana nie semuannya dah dapat selimut tapi YB Selimut nie masih nak orang ramai bangun tidur dan lihat majlis penyerahan selimut beliau.  Tak de besok lagi ke YB?  Kemudiannya ada lah dua tiga orang mengetik gambar YB Selimut menyerahkan sumbangan (jurugambar nie pun datang dengan YB Selimut gak).  Kenapa perlu menyusahkan orang yang sedia dalam kesusahan?  Nasib berlaku di Malaysia, kalau di luar negeri, harus YB Selimut di baling selipar.

Berikanlah yang terbaik dari anda untuk GAZA.  Janganlah pulak tulisan saya nie melemahkan semangat anda untuk menyumbang.  Keikhlasan pasti sentiasa memberikan nilai istimewa terhadap sesuatu sumbangan itu.

SHAHRUL PESHAWAR, Alor Setar

 

2 Comments

Filed under Bencana Alam, Humanitarian

2 responses to “Sumbangan vs Sumbanganx

  1. salam ukhwah,
    sebaiknyer bila menderma kita seharusnya memberi yang terbaik, pakaian yang baru & apa-apa jua yang masih layak untuk digunakan, baru lah apa yang diinfak akan memberi ‘faedah’ semula kepada kita. Kalo sebaliknya, ‘bala’ ajer la yang akan ‘kembali’ kepada kita.

    • shahrulpeshawar

      betul tu Kak Yong.
      Kekadang orang tak faham konsep “memberi yang terbaik”. Dalam Islam, kita sering diingatkan dengan hadis ni:-
      “Apabila mati seorang anak adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara – doa dari anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah” – Rebutlah setiap inci kehidupan dunia nie sebagai bekalan di akhirat nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s