Laporan Misi GPM ke Gaza – 28 Januari 2009

hands-for-gaza-9

hands-for-gaza-01

hands-for-gaza-10

Salam

Sdr sekalian

Dr. Hyzan Mohd Yusof, pakar otopedik dan salah seorang sukarelawan dari Misi Pertama GPM  ke Gaza telahpun selamat pulang ke tanahair pada hari Sabtu 24 Januari 2009, jam 10.00 malam setelah berada di sana selama seminggu. 

hands-for-gaza-02

Beliau melaporkan bahawa amat sukar untuk mendapat izin masuk ke Gaza. Pintu masuk ke Gaza melalui Rafah di kawal dengan ketat oleh pihak berkuasa Mesir. Tidak ada  kriteria  yang jelas yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Mesir mengenai  siapa dan bila boleh masuk. Ada masanya wartawan dibenarkan masuk, tetapi doktor tidak dibenarkan. Makanan pula tidak dibenarkan masuk tetapi ubat-ubatan dibenarkan masuk.

hand-for-gaza-03

Walaubagaimanapun, alhamdulillah, dengan kerjasama sebuah NGO tempatan, sebuah truk berisi ubat-ubatan yang dibeli oleh GPM hasil sumbangan orang ramai telahpun berangkat masuk ke Gaza pada hari Jumaat, 23 Januari,  yang lalu. Trak-trak lain akan menyusul.

hand-for-gaza-041

Di maklumkan bahawa 2 orang anggota misi GPM  iaitu Sdr Azlan Muhammad Shariff dan Khairil Anwar telah tiba di Gaza pada jam 4.45 ptg waktu tempatan (10.45 malam waktu Malaysia) Selasa 27 Januari 2009. Mereka juga memaklumkan bahawa krew RTM1 juga berada di Gaza dan dijangka akan bersama membuat liputan.

hands-for-gaza-05

Misi juga telah melawat ke Hospital Palestine di Kaherah.

Cek sumbangan boleh dibuat atas nama GLOBAL PEACE MISSION dan dihantar ke alamat berikut :
(Sila tuliskan nama dan alamat penyumbang di belakang cek untuk membolehkan kami mengirim resit)

GLOBAL PEACE MISSION (GPM)
2-2A Jalan GJ 2
Batu 5 1/2 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel
: +60 3 6188 3230  Fax: +60 3 6188 3233
Web: www.gpm.com. my Email: gpmhq@yahoo. com

Sumbangan boleh juga dimasukkan terus ke akaun GPM seperti butir berikut
melalui CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) atau ONLINE BANKING:

BANK ISLAM (M) BERHAD : A/C no. 14 023 01 002922 4
– MAYBANK : A/C no. 564 221 611 602

(Untuk mendapatkan resit, sila fax atau emel butir transaksi berserta nama
dan alamat penyumbang kepada GPM).

Sumbangan boleh juga dihantar terus ke pejabat GPM seperti alamat tertera di
atas. Pejabat GPM kini bersebelahan dengan Masjid As Syakirin, Batu 6, Jalan
Gombak.

SHAHRUL PESHAWAR, disesuaikan dari Laporan Mohd Halimi Abdul Hamid, Exco GPM

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Gaza, Humanitarian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s