Samy Vellu perlu hormati kedaulatan undang-undang

HISHAMUDDIN BELASAH SAMY VELLU

saiful.hasam@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Pergerakan Pemuda UMNO membidas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk K. Devamany dan Senator T. Murugiah kerana cuba meletakkan kedudukan mereka melebihi undang-undang negara. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka bertiga tidak sepatutnya melupakan prinsip asas undang-undang bahawa yang salah tetap bersalah. Sehubungan itu, beliau meminta ketiga-tiga tokoh parti politik India dalam gabungan komponen Barisan Nasional (BN) itu menghormati kedaulatan undang-undang negara.

“Dia (Samy Vellu, Devamany dan Murugiah) siapa boleh meletakkan diri melebihi undang-undang negara, yang salah tetap bersalah. “Mereka perlu akur kepada undang-undang negara secara terhormat,” katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di Mekah hari ini. Hishammuddin mengulas kemelut tuding menuding jari antara menteri, timbalan menteri, polis dan ahli politik berikutan kematian suspek kes curi kereta mewah, A. Kugan, 22, sewaktu disoal siasat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, bedah siasat mendapati Kugan mati akibat paru-paru berair tetapi keluarganya mendesak diadakan bedah siasat kedua kerana mendakwa ia disebabkan kecederaan. Minggu lalu, Devamany dan Murugiah bersama sekumpulan orang awam didakwa menyerbu dan menceroboh rumah mayat Hospital Serdang sehingga ada yang bertindak merakamkan gambar mayat Kugan.

Kedua-dua timbalan menteri itu mempertahankan tindakan mereka berada di sana dengan alasan mententeramkan keluarga Kugan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar baru-baru ini pula membuat kenyataan bahawa kedua-dua timbalan menteri itu mungkin menghadapi tindakan jika didapati melanggar undang-undang.

Sehubungan itu, Samy Velu dalam kenyataannya kelmarin menyatakan komitmen untuk melantik peguam mewakili dua timbalan menteri itu sekiranya mereka didakwa di mahkamah. “Kami akan melantik seramai mana peguam yang boleh bagi mempertahankan mereka jika didakwa di mahkamah,” kata Samy Vellu yang menerajui MIC selama 30 tahun.

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Humanitarian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s