Catatan saksimata pembantaian di Gaza (siri satu) – Riduan Mohamad Nor

Riduan Mohamad Nor
Sat | Jan 31, 09 | 12:41:05 am MYT
“Ini kerana saya tidak memohon untuk ‘selamat’ dalam misi ini, pasrah dengan takdir dan berwasiat sebelum memasuki Gaza.

Allah sahaja yang mengetahui kecintaanku kepada bumi Palestin ini, bumi syuhada’dengan angin semilir yang membawa haruman kasturi para syuhada’, tanah subur ini menjadi saksi kemuliaan jihad dan para pejuangnya yang terus bersimbah darah. Bangsa Palestin yang tertindas ini didakap kedukaan bertindan-tindih.

Bangsa Yahudi membantai mereka semahunya tanpa menghiraukan suara bantahan dunia. Regim Zionis ingin melumpuhkan Gaza dan menguburkan rakyat Palestin dengan alasan ‘colateral damage’, mereka membunuh kanak-kanak,wanita, orang tua .Lebih memualkan lagi apabila bangsa Arab yang mengelilingi mereka hanya mampu melihat, malah ada yang menjadi pengkhianat dan tali barut seperti negara-negara Arab yang bersempadan dengan Israel .

Saya dan rombongan Muslim Care, Haji Zulkifli Wahijan dan Zulkifli Mohd Nani tiba di Kaherah untuk terus ke wilayah sempadan Israel bagi menjalankan tugasan misi kemanusiaan di wilayah Gaza yang bersimbah darah semenjak serangan 27 Disember. Misi Gaza ini sangat penting dalam hidup saya, berbeda dengan misi di Acheh, Kashmir, Pakistan, Lubnan, Jodja, Jakarta, Pangandaran, Cambodia atau Bangladesh.

ImageIni kerana saya tidak memohon untuk ‘selamat’ dalam misi ini, pasrah dengan takdir dan berwasiat sebelum memasuki Gaza. Palestin dan kedukaannya sentiasa dalam doa saya ketika bersimpuh di tikar sejadah mahupun ketika melantunkan doa di mimbar khutbah Jumaat.

Demi Allah ! Cintaku pada Palestin mengalir dalam aliran darahku setiap masa semenjak pengabungan dengan harakah Islam yang sentiasa mengambil berat isu Palestin.

Hari pertama di Kaherah selepas melalui perjalanan yang melelahkan, Kami terus ke kedutaan Malaysia untuk melunaskan urusan ke sempadan. Berbekalkan surat dari Wisma Putra Kuala Lumpur dan dokumen-dokumen berkaitan kami melangkah dengan seribu harapan . Urusan agak baik di kedutaan dengan bantuan teman-teman yang lain, juga seorang teman dari Mesir, Mr. Kamal Syami.

Pada malamnya kami bermesyuarat untuk memastikan jadual kami diisi dengan baik untuk memastikan bantuan dapat disampaikan dengan sempurna. Bukan mudah menggalas amanah dan harapan rakyat Malaysia yang bersimpati dengan Palestin, kami menitip doa berpanjangan kepada Tuhan moga dipermudahkan urusan.

Pagi kedua kami bertolak dengan menyewa sebuah van yang disewa selama 3 hari. Manakala teman-teman di Kaherah membantu menyiapkan hamper untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa serangan Israel yang ditempatkan di beberapa buah hospital di Kaherah seperti di hospital Bulan Sabit Merah Mesir.

Perjalanan jauh yang akan menerusi terusan Suez dan Wilayah Sinai ( sempadan Mesir , Israel yang ditawan semasa perang Arab-Israel 1967) dijangkakan 6-7 jam. Perjalanan itu turut disertai Mr.Kamal Shamy yang akan berurusan dengan pihak keselamatan Mesir di sempadan.

Beliau kelihatan begitu sibuk dengan telefon bimbitnya menghubungi menteri-menteri tertentu dan ‘orang penting’ tentera dan polis. Kamal seorang pejawat penting disalah sebuah kementerian di Mesir.

Perjalanan pagi itu dengan ‘sarapan berat’ di awal pagi tanpa berhenti mengalas perut kerana kami mengejar masa. Wilayah Sinai yang gersang itu serta pernah melakarkan sejarah akibat perang Arab-Israel. (Mesir menawan kembali Sinai dalam perang Ramadhan 1973)

Timbunan sampah, trafik kelam-kabut

Sekatan jalan raya kelihatan di mana-mana, tentera Mesir memeriksa kenderaan yang lalu lalang, kadang terfikir seolah-olah Sinai masih dalam zon peperangan. Kenderaan kami agak mudah melepasi sekatan ini dengan komunikasi Kamal dengan pihak keselamatan. Beliau dahulunya bekas pegawai tentera udara Mesir kelihatan menggunakan �jargon� yang hanya difahami kalangan tentera. Beliau pandai berbasa basi dan peramah sehinga mudah mesra dengan sesiapa yang ditemui.

Melepasi satu daerah ke satu daerah yang lain di Mesir memahamkan kita betapa daif dan terpuruknya Mesir, sebuah negara yang dianugerahkan sungai Nil,namun mengambil fahaman sosialis sebagai dasar bernegara . Timbunan sampah dengan aliran trafik yang kelam kabut, serta kebisingan hon kenderaan adalah kanvas dalam sebuah negara miskin yang menjadi boneka kuasa asing.

Kami sampai di Arish sebuah bandar yang paling hampir dengan sempadan selain Rafah Mesir. Di sini juga, ramai mangsa pertempuran dan serangan Israel dirawat di hospital-hospital. Usai minum teh dan bersolat, kami bergerak ke Rafah kerana menerima mesej ringkas dari Dr. Azharizma dan teman-teman NGO lain sedang menunggu di Rafah Crossing.Keterujaan kami untuk memasuki Gaza telah mampu memadamkan istilah lapar pada hari itu.”Aahh�orang Gaza sedang berlapar,” pujuk hati saya yang biasanya tidak boleh berkompromi dengan kelaparan.

Setiba di Rafah Crossing,kelihatan aktivis-aktivis NGO kemanusiaan dari pelbagai negara datang menunggu dengan letih dan sabar kebenaran untuk memasuki Gaza.Puluhan lori dan treler yang sarat dengan bantuan berderetan menunggu pintu pagar dibuka.Aktivis-aktivis kemanusian ini dating dari pelbagai belahan dunia ,ada yang telah berminggu menunggu dengan sabar di pintu pagar seperti dari Afrika Selatan dan Turki.

Ada yang telah pun pulang ke tanah air dan hanya mampu memberikan bantuan kepada NGO-NGO Mesir yang terlibat dengan bantuan di Gaza. Tidak kurang pula makanan yang berminggu di sempadan telah rosak seperti kentang.

Penat telinga saya mendengar rintihan kekesalan dengan cara kerajaan Mesir menangani isu sempadan “mana gambar foto?””datang pagi esok”, “10 minit lagi”, “ada pertempuran di dalam Gaza”, “hanya doktor pakar dibenarkan masuk”, “hanya wartawan dibenarkan masuk”,”mana sijil kelulusan doktor anda”,itu di antara soalan-soalan yang terpacul dari mulut aparat keamanan Mesir.

Sekali berlaku perang mulut yang hebat apabila seorang aktivis menengking pegawai keselamatan “apa sebenarnya yang kamu nak? Kamu nak duit, kamu bagitahu’ jerkah petugas dari Afrika Selatan itu yang pernah bertugas di sempadan Afghanistan. “berbeza dengan perang Afghanistan, Iran dan Pakistan membuka pintu sempadan untuk bantuan kemanusiaan� kata anak muda berperawakan India ini dengan dengusan kemarahan.

Hari akhirnya merangkak senja, peluang untuk masukke sempadan sangat menipis dan kami akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke Arish. “Besok datang semula,” janji dari mulut pegawai keselamatan Mesir. Kami tidak mempunyai pilihan melainkan akur kepada arahan tidak masuk akal itu.

Kejam dan degil seperti keldai

Penduduk tempatan dan juga SB-SB mundar mandir dengan jumlah yang agak ramai di sekitar pintu sempadan, “kamu nak masuk melalui terowong?” Tanya seorang ketua kampong di sempadan kepada beberapa orang anggota misi,menawarkan khidmat kepada anggota misi untuk melepasi sempadan yang dikawal ketat itu. Pelawaan itu ditolak kerana risikonya menggunung tinggi. Namun saya difahamkan ada wartawan-wartawan luar negara mengambil kaedah ini, mungkin untuk pelaporan berita yang bernilai tinggi

Di Arish, kami menginap di sebuah hotel murah , sekitar 80 RM untuk enam orang, di hotel ini juga terdapat mangsa serangan Israel yang masih mendapat rawatan. Malam itu juga Zulnani (ketua Misi) dan Kamal mengadakan beberapa pertemuan dengan pegawai tinggi tentera, kebetulan pula pegawai tinggi tentera di Rafah adalah junior kamal semasa di Maktab Tentera.Pertemuan itu berakhir jam 12 malam dan kami merasakan ada ‘cahaya dihujung terowong’ dengan pertemuan tersebut. “solat hajat dan solat taubat lebih sikit malam ni” usik saya pada teman-teman anggota Misi.

Pagi berikutnya selepas bersarapan ala kadar, kami bergegas ke wilayah sempadan untuk menagih janji pihak keselamatan untuk melepaskan kami melepasi sempadan pada jam 9.00 pagi. Bersama Muslim Care juga , dua orang teman daripada Global Peace, Mejar Azlan dan abang Khairil.

Sampai ke Rafah Crossing, ratuasan orang dari pelbagai NGO dan negara sedang berurusan untuk masuk, yang peliknya urusan dengan NGO Barat atau wartawan berkulit putih cukup pantas selesai berbanding NGO dari negara umat Islam. Ratusan lori yang sarat membawa makanan juga tersadai di Arish dan juga Rafah Crossing.

“Mengapa begitu kejam dan keldainya mereka ini yang tega melihat kesusahan umat Palestin” raung hati kecil saya. “nanti balik Malaysia, kita pergi demonstrasi depan kedutaan Mesir, ustaz, mereka kurang ajar, semalam koyak surat dari kedutaan Malaysia,” saran Haji Zulkifli Wahijan kepada saya.

Setelah solat jamak Zohor/Asar di musolla,kami mengalas perut dengan roti dan tuna yg dibekalkan oleh adik-adik di Kaherah yang sangat mengambil berat perjalanan kami terutamanya Ustaz Asri Daud yang sentiasa bertelefon bertanya perkembangan misi .

Mr.Kamal tidak berhenti-henti melakukan urusan dan rayuan untuk melepasi Rafah Crossing,tiba-tiba “cepat ke pintu�polis panggil masuk dalam, cepat bagi paspot kamu semua “melompat kami dengan arahan Kamal dengan senyuman meleret.

Saya di awangan,”ini bukan mimpi,ini nasib kami dengan kebesaran Allah,” detik hati saya berbahasa, kaki ini dengan pantas menghayan langkah.Kebetulan juga kami berpapasan dengan rombongan Bulan Sabit Merah Indonesia,mereka pula kebanyakannya adalah aktivis Islam yang banyak terlibat dengan misi dan juga anggota PKS.

“Allahuakbar!”tangan diacung ke udara oleh seorang anggota rombongan dari Indonesiaapabila melihat rombongan kami.Mereka juga dengan bangga membawa masuk sebuah ambulan “sumbangan dari umat Islam Indonesia kepada rakyat Palestin”tersentuh hati melihat kesungguhan rakyat Indonesia menjuarai isu pembantaian palestin,denagn ratusan ribu keluar berdemonstrasi,menganjurkan kutipan derma,solat hajat,menganjurkan konsert bertemakan Palestin malah ada yang bersemangat untuk dihantar ke medan tempur seperti yang dilakukan oleh FPI (Front Pembela Islam).

Menitiskan air mata

Urusan di imigresen cukup pantas, namun sedikit cuak apabila paspot saya dipegang oleh petugas Imegresen Mesir, Kamal dengan pantas menggunakan bahasa diplomatiknya untuk memujuk pegawai itu untuk melepaskan misi kam. Urusan di sempadan Palestin juga di sempadan palestin,petugas-petugas Hamas dengan penuh kehangatan menyambut kami.Jurucakap kerajaan Hamas yang popular kerana sering muncul di layar TV menyambut kami dan memberikan taklimat iaitu Dr.Ghazi Hamad,beliau sangat bergaya dan tenang.

Saya dan teman-teman menitiskan air mata apabila menginjak bumi Palestin,bumi penuh keberkatan ini menjadi rebutan tiga agama samawi sejak zaman berzaman.Sebagaimana telah diungkapkan oleh Salahudin Al-Ayubi,barang siapa menguasai Palestin ,maka mereka akan menguasai dunia. Bumi ini sarat dengan sejarah malah penjadi tempat pemakaman para Rasul-Rasul.

Kami bertolak ke kota Gaza dengan sebuah kereta lama, mata saya leka menatap bumi palestin yang subur dilatari dengan pohonan hijau zaitun, oren tomato dan pelbagai tanaman lain.

Hati tersayat pilu apabila melalui daerah Khan Yunis yang dibedil tentera binatang Israel. Semenjak 27 Disember, 1300 telah syahid, ribuan yang lain cedera dan hilang dalam timbunan puing-puing bangunan yang berselerakan. Israel bukan sahajammembunuh manusia tetapi juga turut membunuh binatang ternakan dan merosakkan tanaman supaya rakyat palestin menderita kelaparan.

Khan Yanis adalah sebahagian wilayah Palestin yang melambangkan kedaifan di mana 80% rakyat Palestin hidup di bawah garis kemiskinan. Jalanraya agak teruk dengan kesan serangan zionis, juga turut dikongsi bersama dengan kereta keldai .

Pimpinan Kerajaan Hamas yang melayan kami sebagai tetamu Negara menempatkan kami di sebuah penempatan yang selamat kerana hari ketibaan kami, pertempuran masih meletus. Beberapa orang terbunuh termasuk daripada pihak tentera regim. Pesawat �unmen craft� yang dibekalkan dengan senjata pembunuh sering merayau di udara mencari sasaran utama iaitu pimpiman Hamas, pesawat in I sering muncul dibalik awan putih bumi Gaza.

Kami mula memasuki Gaza, kota pentadbiran kerajaan HAMAS yang turut dibantai dengan serangan udara regim.

Pemandu kereta begitu teruja menunjukkan kepada kami rumah Syeikh Ahmad Yassin yang terletak di sebatang lorong di Gaza. Kami berhenti seketika di tengah Bandar sebelum ke tempat penginapan, rakyat Palestin meneruskan kehidupan seperti biasa, sibuk bertanyakan Negara asal kami. “terima kasih rakyat Malaysia yang berdemontrasi dan mendesak dihentikan serangan, kamu dan umat Islam seluruh dunia memberikan kekuatan dan semangat untuk kami di sini,”kata seorang teman Palestin kepada saya ketika sama-sama menonton berita dari stesyen al-Quds.

Kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan, kerana pihak kerajaan HAMAS telah mengaturkan pertemuan pemimpin mereka dengan delegasi luar. Pertemuan ini turut disertai oleh menteri undang-undang kerajaan HAMAS, speaker parlimen dan ramai tokoh-tokoh mereka. Penerangan dan taklimat situasi terkini telah diberikan. Mata saya merayap pada tangan Menteri-Menteri HAMAS yang sentiasa menggerakkan biji tasbih dan juga kejernihan airmuka mereka yang sentiasa bersedia untuk kematian mulia. – azm

(BERSAMBUNG SIRI DUA) _

diSEDUT oleh DUNIA KEMANUSIAAN dari HARAKAH Daily – http://harakah.hizbi.org/  . 

Saya kenal Ust. Riduan melalui tulisan-tulisan serta ceramahnya, dan kami sebenarnya selalu terserempak ketika saya menetap di Kampung Changkat, Gombak dulu, tapi sekadar bertukar senyum dan bagi lampu (kereta). 

Shahrul Peshawar

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Humanitarian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s