Global Peace Malaysia sihat sejahtera di Gaza

TERKINI – 010209

Sdr. Azlan dan Khairil sihat sejahtera di Gaza City. Dr. Hyzan Yusof telah selamat pulang dari Rafah pada 24/01/09 dan telah menyampaikan taklimat beliau kepada GPM (Global Peace Malaysia) dan KHIM (Kumpulan Hospital Islam Malaysia) pada 27/01/09 tentang keadaan dan masalah di lapangan serta cadangan-cadangan awal misi 1 GPM.

Misi GPM 1 berganding rapat dengan Palestinian Children Relief Agency(PCRF) dan telah berjaya berhubung dengan rakan-rakan GPM dari Turki di Gaza. Esok 31/01/09 pada jam 11.00 pagi waktu tempatan, GPM bersama PCRF akan menyampaikan bantuan susu dan ‘hygienic kit’ kepada kanak-kanak di East Jabaliya, Gaza. Petang tadi, pihak KHIM melalui Dr Ishak Masud telah menghantar dana tambahan USD10,000 ke Gaza melalui wire-transfer untuk bantuan kecemasan tersebut. GPM HQ bercadang untuk menghantar USD10,000 juga tetapi tidak sempat kerana kesuntukan masa petang tadi. Crew RTM 1 masih berada di sana dan akan pulang pada 2/02/09.

Menurut Azlan, keadaan di Gaza City telah kembali seperti biasa, di mana kedai, bank dan sekolah telah di buka. Rancangan radio dan TV tempatan kembali ke udara. Pesakit-pesakit mangsa pengeboman di Hospital Syifa‘, Gaza City juga telah mula berkurangan. Beliau mengesahkan ada pengeboman dilakukan oleh Israel terhadap terowong-terowong di Rafah City dan utara Gaza Strip.

Misi 1 mencadangkan agar pejabat operasi GPM di buka di El Arish, Mesir kerana ianya berada di zon selamat serta kos sewaan yang berpatutan. Jaraknya hanya 50km dari Rafah border crossing dengan waktu perjalanan 45 minit. Jika keadaan benar-benar selamat dan pintu sempadan Rafah dapat dibuka sepenuhnya, GPM boleh membuka pejabat operasi di Gaza City walaupun dilaporkan kosnya amat tinggi. GPM perlu tentukan rakan NGO Palestin di dalam Gaza yang mandiri, berkesan dan amanah untuk GPM salurkan bantuan secara berterusan dari rakyat Malaysia.

Salah seorang antara Azlan atau Khairil akan terus tinggal di El Arish/Rafah sehingga GPM buat keputusan muktamad mengenai projek-projek bantuan di Gaza.

Dr Mohd Daud Sulaiman, Timbalan Presiden merangkap Ketua Misi Perubatan GPM

 

 

 

 

 

Leave a comment

Filed under Humanitarian, Palestine

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s