Pemberontak LTTE bina kapal selam sendiri

kapal-selam-ltte

GAMBAR tanpa tarikh yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Sri Lanka semalam merakamkan askar-askar kerajaan memeriksa kapal selam jenis kraf yang dibina oleh pemberontak LTTE di sebuah perkampungan di Udayarkattu. – AFP

COLOMBO 29 Jan. – Askar Sri Lanka hari ini menemui sebuah kapal selam yang dibina sendiri oleh pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di timur laut negara ini.

Askar menemui kapal selam itu semasa menjalankan operasi mencari anggota pemberontak LTTE di kampung Udayarkattu, menurut satu kenyataan tentera kerajaan.

Menurut kenyataan itu, askar kerajaan juga menemui tiga bot yang boleh digunakan untuk melancarkan serangan berani mati ke atas kapal tentera laut.

“Dipercayai inilah satu-satunya pertubuhan pengganas di dunia yang memiliki kapal selam,” menurut kenyataan itu.

Tentera kerajaan dan LTTE kini terbabit dalam pertempuran sengit di timur laut negara ini, yang merupakan kubu kuat LTTE. – AFP

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s