Berita dari GAZA – 010209

gpm-gaza1

hands-for-gaza-101

Azlan dan Khairil telah terlibat dalam pembahagian bantuan di East Jabaliya pagi tadi. Menurut mereka, crew RTM ada bersama dan membuat liputan tentang bantuan tersebut.

 

Misi 1 telah bertemu dengan sdr. Husam dan Khalid Gouda wakil dari NGO tempatan di Gaza City iaitu rakan kita dalam UNIW. Esok GPM dan mereka akan teruskan bantuan kemanusiaan dan mereka akan bergerak dari utara ke selatan Gaza.


Menurut Azlan, GPM perlu selesaikan bantuan kecemasan sebelum 6hb Feb kerana pintu sempadan Rafah akan ditutup untuk keluar/masuk kerana kemungkinan akan berlaku lagi pengeboman IAF ke atas Gaza.  Beliau juga menasihatkan supaya NGO Malaysia lain yang merancang untuk menghantar sukarelawan ke Gaza selepas 6hb Feb supaya melihat dari aspek keselamatan sebelum masuk melalui sempadan Rafah.

 

Saya telah arahkan misi 1 untuk berundur ke Rafah/Arish pada 5hb Feb dan akan bertemu dengan misi 2 di Cairo pada 8hb Feb nanti untuk menilai dan membuat postmortem sebelum pulang ke KL.

 

Buat masa ini, GPM akan teruskan hubungan dengan Palestinian Red Crescent, PCRF dan ISJ untuk bantuan di Gaza  dan akan menilai cadangan-cadangan dan laporan misi 1 nanti.

 

Wassalam.

 

Dr.Daud
GPM

 

p/s Surat ini telah disesuaikan untuk tatapan awam.

 

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Gaza, Palestine

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s