KESELAMATAN PETUGAS BANTUAN KEMANUSIAAN

SECURITY FOR HUMANITARIAN WORKERS

Terpanggil untuk berkongsi serba sedikit pengetahuan dan maklumat yang ada.

Isu GAZA menyebabkan berbondong-bondong NGO dan Agensi Bantuan Kemanusiaan menderu untuk turun ke bumi Palestin dan negara sekitarnya.

Ada beberapa isu penting yang perlu diambil kira, antaranya ialah logistik, komunikasi, operasi dan yang paling penting ialah keselamatan (security).

Banyak pertubuhan yang keliru dan tidak pasti samada nak beroperasi di bandar sempadan seperti Al Arish atau masuk terus kedalam Gaza.  Bila hendak kedalam Gaza, kenalah pulak tunggu pintu sempadan dibuka (ikut suka hati kerajaan Mesir).  Bila dah sampai didalam Gaza, nak menetap di mana pula?  Dan bila nak keluar dari Gaza samalah seperti hendak masuk – ikut bila pintu sempadan dibuka.

Dalam kecenderungan dan semangat yang meluap-luap untuk membantu Gaza, jangan diabai aspek keselamatan.  Saya huraikan aspek keselamatan ni seperti berikut:-

1.  Sebelum Bertolak

  • Pengambilan Vaksin yang sesuai
  • Persediaan ubat-ubatan peribadi
  • Jaket Keselamatan (Kalis Peluru)
  • Vest Kerja (kena terang dan ada logo bulan sabit atau palang merah)
  • Set Walkie Talkie
  • Bateri tambahan untuk semua alatan letrik yang dibawa
  • Bawa kasut yang sesuai – ringan tetapi tapaknya sedikit tebal
  • Perlindungan Insuran

2.  Semasa Berada disana

  • Pastikan mempunyai partner / translator yang berwibawa
  • Pastikan mempunyai tukaran wang tempatan yang mencukupi
  • Pastikan walkie talkie telah di selaras dan berfungsi
  • Pastikan mempunyai penginapan yang selamat (berkunci dan boleh simpang barang)
  • Siapkan kontigensi plan – kalau-kalau kena keluar dengan segera
  • Masukkan sedikit dana untuk kontigensi plan ini.
  • Dapatkan kenderaan yang baik
  • Pastikan kenderaan nie takde insignia ketenteraan
  • Tolonglah pastikan bekalan spare petrol ada
  • Dapatkan peta kawasan yang lengkap dan cuba fahamkan
  • Elakkan memakai pakaian yang ala tentera
  • Pastikan bekalan air minum mencukupi (bawa dalam setiap perjalanan)
  • Pastikan makanan sentiasa bermasak dan boleh dimakan (jangan kompromi)
  • Elakkan makanan dan minuman terbuka di tepi jalan
  • Hati-hati bila masuk ke kawasan serangan bom atau pertempuran
  • Sentiasa beringat dan berjalan diatas jalan raya
  • Jangan cuba buka pintu atau angkat kayu runtuhan tanpa sebarang alasan
  • Jangan pegang sebarang objek pelik atau serpihan bom
  • Jangan terlampau syok bergambar dengan kelongsong bom
  • Hati-hati bila cuba mengalih hadangan di atas jalanraya
  • Jangan terlalu syok nak ambil gambar – mungkin ianya dikawasan sensitif
  • Jangan terlalu jauh dari kumpulan besar
  • Jangan masuk ke kampung atau kawasan pertempuran tanpa meminta izin dari pihak berkuasa
  • Hati-hati dengan sniper
  • Hati-hati dengan jerangkap samar
  • Elakkan diri dari masuk ke kawasan pertempuran

3.  Sekiranya terperangkap dalam kawasan pertempuran

  • Sentiasa yakin bahawa anda akan keluar selamat
  • Sentiasa yakin anda akan hidup
  • Cari perlindungan yang sewajarnya
  • Pastikan anda ada kain putih didalam saku untuk dikibarkan
  • Jangan cuba jadi hero – nak selamatkan oranga
  • Jangan cuba jadi hero – nak ambik gambar
  • Jangan cuba jadi hero – balik tengah malam tanpa pengiring
  • Jangan cuba gunakan walkie talkie atau handphone ketika serangan bermula
  • Pastikan anda sentiasa membawa air dan bekalan makanan ringan yang sewajarnya untuk kekal sihat
  • Kawasan yang tercemar dengan radioaktif dan senjata kimia akan kelihatan gersang dan tiada tumbuhan
  • Jangan berurusan dengan mereka yang tidak anda kenali.

WALLAHUALAM

Semoga dapat membantu

SHAHRUL PESHAWAR, Alor Setar

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Gaza, Humanitarian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s