BERITA TERKINI DARI GAZA 030209

gpm

·         Perbualan Telefon

 

Sdr sekalian

 

Untuk makluman, Sdr. Azlan telah melaporkan melalui perbualan telefon dengan Dr Daud Sulaiman, Timbalan Pengerusi GPM malam tadi, bahawa jet-jet Israel telah mula mengebom semula Gaza bermula jam 4.00 ptg tadi waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia Isnin 2 Feb 2009).

 

Tiga serangan bom di tengah Gaza dan satu di utara Gaza. Misi 1 GPM dan krew RTM masih berada di Gaza City.

 

Kedengaran bunyi jet Israel semasa perbualan telefon tersebut.. Sdr Azlan juga telah menghantar red alert precaution kepada rakan-rakan NGO dari Malaysia yang kita kenali untuk bersedia keluar dari Gaza dalam masa 24 jam.

 

Kita sama-sama berdoa semoga rakan-rakan kita dan seluruh rakyat Palestin di Gaza khasnya, selamat.


 

·         Berikut pula emel dari Sdr Azlan yang diterima pagi tadi dari Gaza.

 

Assalamualaikum,
 
Salam dari saya dan Br Khairil dari Gaza City

 
Insyaallah misi terakhir GPM di Gaza ialah memberikan bantuan makanan kepada seramai 500 keluarga Beit Lahiya. Moral kami tetap tinggi. Meskipun terpaksa akur atas arahan HQ. Saya yakin ini adalah permulaan kepada satu perjuangan besar ABIM & GPM untuk membantu ummat Muhammad SAW khususnya di bumi Palestin.
 
GPM kini telah mempunyai rakan NGOs yang amat profesional dan bertaraf internasional di Gaza Palestin. GPM sangat peka dengan siapa kita berurusan. Saya yakin kumpulan ini sememangnya benar-benar ‘On-the-ground”. Mereka tahu setiap inci bumi Gaza dan tahu apa tindakan yang perlu dilaksanakan.

 
Hari ini GPM telah pergi ke pej mereka dan telah mendapatkan projek-projek yang boleh GPM/mana-mana NGOs di Malaysia yang ingin turut membantu.

 
Demi Allah ! langit Gaza yang kini GPM menjunjungnya dan Demi Allah, bumi Gaza yang GPM telah sampai kepelusuk rantaunya. GPM dan Gaza saling telah mengikat mati hati-hati kami untuk bersama-sama berjuang memerdekakan bumi para syuhada ini, agar Islam terus sgagah terpelihara dan pejuang-pejuangnya terus berjuang mencapai kemenangan atau mendapat syahid.

 
Salam Ikhlas dari

 
Azlan Muhammad Sharif

Head of Mission Palestine

 

SUMBANGAN

Kami menyeru kepada semua untuk segera menghulurkan bantuan kewangan bagi membolehkan GPM melaksanakan kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang telah di rancang.
Cek sumbangan boleh dibuat atas nama GLOBAL PEACE MISSION dan dihantar ke  alamat berikut :

 

 

(Sila tuliskan nama dan alamat penyumbang di belakang cek untuk membolehkan kami mengirim resit)


GLOBAL PEACE MISSION (GPM)

2-2A Jalan GJ 2

Batu 5 1/2 Jalan Gombak

53100 Kuala Lumpur

Malaysia
Tel: +60 3 6188 3230  Fax: +60 3 6188 3233

Web: www.gpm.com. my Email: gpmhq@yahoo. com


Sumbangan boleh juga dimasukkan terus ke akaun GPM seperti butir berikut melalui CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) atau ONLINE BANKING:


– BANK ISLAM (M) BERHAD : A/C no. 14 023 01 002922 4

– MAYBANK : A/C no. 564 221 611 602


(Untuk mendapatkan resit, sila fax atau emel butir transaksi berserta nama dan alamat penyumbang kepada GPM).


Sumbangan boleh juga dihantar terus ke pejabat GPM seperti alamat tertera di atas. Pejabat GPM kini bersebelahan dengan Masjid As Syakirin, Batu 6, Jalan Gombak.


Disesuaikan dari update oleh MOHD HALIMI ABDUL HAMID, Exco GPM

__._,_.___

Leave a comment

Filed under Bencana Manusia, Humanitarian, Palestine

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s