Gaza diancam krisis makanan

gpm-um-5feb09a
Utusan Malaysia 5 Februari 2009, halaman 13

RAFAH (Sempadan Gaza) 4 Feb. – Penduduk Gaza dijangka berhadapan dengan krisis makanan jika bantuan tidak dapat disalurkan sekiranya Mesir menutup sempadannya di Rafah.

Selain pembangunan semula ekoran kemusnahan kemudahan awam dan harta benda akibat serangan Israel, masalah utama yang dihadapi penduduk Gaza ialah makanan.

Pengarah Bantuan dan Kemanusiaan Global Peace Malaysia, Khairil Annuar Khalid berkata, masalah itu serius kerana kawasan pertanian di Gaza turut dimusnahkan oleh Israel.

Beliau bersama sukarelawan Azlan Muhammad Sharif yang berada di sana sejak 27 Januari lalu berkata, ternakan seperti ayam dan lembu dibunuh oleh tentera rejim Zionis dalam serangan itu. Kawasan pertanian terutama di sekitar daerah Zeitun pula diratakan oleh jentolak rejim itu.

Kesannya kata Khairil Annuar, penduduk Gaza kini kekurangan bekalan makanan selain menyebabkan harganya meningkat terlalu tinggi.

“Makanan merupakan masalah utama di Gaza. Kehidupan penduduknya sudah kembali normal dengan sekolah sudah dibuka dan urusan harian berjalan seperti biasa seolah-olah tidak ada peperangan.

“Namun mereka berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan,” katanya.

Khairil Annuar dan Azlan ditemui sejurus tiba dari Gaza di sempadan Mesir-Rafah dekat sini semalam.

Mereka yang berada di Gaza selama seminggu telah diarahkan keluar ekoran ura-ura Mesir akan menutup pintu sempadan bermula esok.

Menurut Khairil Annuar, sepanjang berada di Gaza mereka telah memberikan bantuan kepada penduduk terbabit terutama di Beit Hanum di Jabaliah Timur.

Katanya, bantuan bernilai kira-kira RM100,000 itu diagihkan kepada 2,000 keluarga yang memerlukan.

Ia terdiri daripada tepung, minyak masak, kacang dan bijirin yang merupakan keperluan harian penduduk terbabit.

Beliau memberitahu, kerja-kerja bantuan Global Peace Malaysia itu dilakukan dengan kerjasama Pusat Bantuan Kecemasan Palestin (IRC) yang terdiri daripada gabungan enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Palestin.

Leave a comment

Filed under Gaza, Humanitarian, Palestine

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s